Wednesday, March 16, 2011

Kahwin di Pahang.

Assalamualaikum.
hai rakyat jelata. Nak inform awai-awai bahawasanya saya belum makan dari pagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 2. Maksudnya saya akan kurus dengan mendadak. HAHA. Actually tak dak mood nak makan. Lebih berminat untuk habiskan masa di library yang serba indah ini. bweeeek! Oleh kerana saya sangat banyak aktivity sejak kebelakangan nih (bajet macam orang penting), terlupak lak incik belog saya yang maha bersawang ini. So, take time nak story mory dulu. ohh! saya kona lagi. Tak masuk topik lagi nih. Memang menjadi taggungjawab saya untuk mengauta dulu sebelom menyampaikan fakta. CAKAP BANYAK ITU WAJIB OKE!

Kahwin di Pahang? sapa? oke-oke. Duk diam-diam saya nak cita kat hampa ni. Minggu lepas saya dan kawan-kawan p Pahang. Sebenarnya da lama si Syuhada invite untuk ke majlis perkahwinan dia. Setelah bejuta kali pikir, mintak kebenaran yang bertanggungjawab menjaga serta mendidik saya dari kecik, segala mak, ayah, kakak, adik, pakcik, makcik, tokwan, nenek, boyfren, girlfren suma kena mintak izin. sungguh tidak faham. tapi buat-buat paham. Punya la panjang bejela soalan depa tanya. Padahal nak mintak izin p Pahang ngan kawan-kawan ja pon. Saya tabah ja dengan soklan-soklan tu sebab terlalu excited nak p jalan-jalan. Tak penah kot jalan jauh-jauh ngan kengkawan. Dengan itu saya mendapat kelulusan dari semua pihak. Settle satu bab. 

Kemas-kemas baju, Feza tolong buh baju lam beg. Sangat pemalas. Nak bertolak malam jumaat, petang tu baru kemas baju. Pastu kami semua (saya, feza, ain, lin, siti) bersiap bagai nak p buat fashion show. *tipu-tipu. Tunggu mereka datang jemput kat hostel. Bersiap punya awai padahal Black and Chepet cakap dyeorang kat rumah lagi. Kami tunggu agak lama. Tabah2. Agak dalam pukul 11 malam jugak la kami bertolak. Pemandu berhemah saya ialah Black dan tukang teman sebelah tu adalah Belang (dua-dua bukan nama sebenar). Dalam perjalanan sangat la tak bole tido. Saya bajet belom kua puchong da tido. Last-last rancangan saya gagal sebab dalam keta ada concert weh. Pemandu saya artis la katakan. Mawu tak concert sampai lebam. Ada pulak backup singer kot tepi yang sampai sekarang saya tak paham apa yang dia nyanyikan. Pecah perut gelak sebab dia ja. Pastu singgah kat mana tah. Ambik pic sebab ini wajib sebagai bukti.
pic ni ja yang mampu. Perempuan semua cukup tapi laki ada dua ja lam pic. Singgah sini sat ja sebab kami dah lambat sebenarnya. Pastu masuk keta dan teruskan perjalan. Dalam perjalan pon bole bergambar oke.

jangan tiru aksi ini. Kami buat ini jalan macam kami punya jalan. HAHA. untuk kereta yang dipandu oleh Syamil sila jangan jeles sebab pic anda berkereta tak di ambil. Kami punya DSLR tertinggal plak. HAHA. Dan teruskan perjalan lagi. Macam biasa la, saya orang yang paling malas nak mengetahui di mana tempat kami berada. Singgah lagi dan lagi. Tapi tak tau kat mana. Lain kali tinggal saya di situ oke. 

Sampai lebih kurang pukul 2.30 pagi kat umah Lin. Terus masuk bilik. Banggg! campak beg. Tukar baju, cuci muka segala terus tido. Markah lebih, saya pakai kain batik time tido! Tengkiu mak Lin. Lena tak ingat dunia. Bangun agak awal sebab time saya bagun yang lain belum bangun. Tapi Lin da bangun la sebab tuan rumah la katakan. Cey, bagun dan terus p mandi bajet macam awai gila saya mandi hari tu. Rupanya-rupanya dah agak pukul 10 lebey oke. Mak,abah,along and adik-adik lin siap tak da kat umah lagi time tu. Sangat malu. Tapi buat macam tak malu. Siap-siap p beli barang sebab malam nak sambut besday mak Lin. sangat penat sampaikan yang lakinya p jalan-jalan pun kami tak ikot. Tengkiu Chepet sebab ajak tapi unlike semua pic ni. HAHA.

kecik,syamil,black,belang,chepet. sapa snap pic nih?

lalalalalalalala~ sila bangga sebab saya masukkan pic anda semua.

Malam BBQ bersempena sambut besday mak Lin. Satu kejutan elektrik untuk saya sebab mereka beli kek untuk saya jugak. Walaupun dah bedekad besday saya lepas. uh! HIPERBOLA, padahal baru 2, 3 ari lepas. Segunung trima kasih untuk anda semua, tak lupa jugak untuk along yang buat susah-susah je belikan kek untuk saya. Lain kali beli besar sikit oke! HAHA. *joke.

muka terharu tapi buat rileks. Tak tau nak cakap pa. Diam ja.

Macam biasa la kan. Bila jadi besday girl nih dia akan bagi pakej jadi artis sekali. Bergambar dengan peminat. HAHA. Sila muntah. Habis malam BBQ settle satu masalah lagi. Kemas semua yang berkaitan iron baju segala untuk kenduri esok. 

Bangun sangat lambat, pukul 11 kot. terus p mandi. Awal dari yang lain jugak. HAHA. gelak bangga. Tak sempat siap Black dah sampai. Gerak p kenduri umah kecik dulu. Tinggal Lin and Feza atas kesulitan yang tak dapat di elakkan. Kat sana jumpa kecik, Bob, Rimau, Belang, Kak Mila, Kak Ekin dan juga kenal dengan Mira. Kawan PLKN mereka jugak. Sangat sweet ya kamu. Best dapat kenal kamu. Time tu tak sembang pon ngan Bob and Rimau. Tapi last-last Bob geng saya oke. Rimau tak kenal sangat. Tapi sangat kelaka orangnya. Suka dapat jumpa kalian. Lepas umah kecik umah Ada pulak. Time sampai orang dah tak da. Padahal baru 2.30 kot time tu. Satu lagi kejutan elektrik buat saya. Rupanya memang style mereka kenduri habeh awai. Tapi lauk tetap ada untuk kami makan. Siap bawak balik sorang sebungkus lagi. Tengkiu tuan rumah susah-susah je. Len kali bagi dua bungkus taw. *joke.

Time sampai pengantin tengah tuka baju nak potong kek. so, kami lah main kawin-kawin atas pelamin tu dulu. 
 Lepas tu baru kami kawin ramai-ramai. Sekali dengan budak laki yang agak jeles tengok budak pompuan ja yang kawin.
oh! yang kiut miut tudung warna putih tu Wani. Sangat peramah. Suka kenal kamu. 
Asik bergamba sampai lupa nak makan. Sampai kena suruh baru la kami semua kua p makan. Tadi makan dan sekarang makan lagi. Pastu Wani jemput ke rumah dia pulak. Makan lagi. Sebelum balik snap pic lagi.

ini pic last kat umah Ada
ni kat umah Wani.

Dan last skali balik. Masing-masing macam tak nak balik je. Al maklumlah agak susah nak jumpak-jumpak cmni. Pape pon sangat hepi dengan kamu semua. Time balik ikut jalan pa tah panjang gila. Memang tak tahan tapi buat-buat tahan. Last-last Feza tewas. HAHA. Kesian. Sampai KL agak lewat dalam kul 10 cmtu. Bole p makan lagi dan lagi. Pastu lepak KLCC jap. Pastu balik. Penat gila. Gila pon tak penat cmtu. Mereka hantar sampai hostel. Uh! macam sedey je nak berpisah. Sedih ka? HAHA.. Tamat la sudah.

notakaki: Kalian terbaik, terima kasih sebab ajak saya juga walaupun macam tak da kena mengena dengan PLKN. Sangat best sebab semuanya sporting. Bahasa lain GILA! haha..






2 comments:

Mieyla Bella Chenta said...

wah3....happy go luckynya die....dpt bt satu jln crta lg....thniah2...satu pncpaian terbaik punyer...best2...(^_^)

ieda CUMA said...

hahaha... xda kje.. sangat best...

Awak click, ieda click balik oke?