Wednesday, November 17, 2010

Notes And Ketupat!

Assalamualaikum.



suka la jugak kan raya haji taun ni. =) sebabnya dapat la jugak merasa raya ngan kawan-kawan. first time la kot raya macam ni. mula-mula tu memang malas gila lah nak bangun. encik boyfren pun hantar mesej yang berbunyi *mesej ada bunyi ka? (sila pikir ya). beliau berkata "selamat hari raya sayang,mudah-mudahan raya tahun ni adalah yang pertama dan terakhir sayang di perantauan. saya bangga dengan awak sebab awak dah buat pengorbanan untuk raya tahun ni. sayang awak." hah! camtu la bunyinya. sedih la jugak baca mesej tu. tapi malas nak melayan perasaan sedih tu sangat. 

ayah pun ada call pagi tadi. cakap ngan ayah, cakap ngan mak, cakap ngan kakak, cakap ngan adik. cakap ngan semua la kot kesimpulannya. sangat happy hari ni sebab semua orang sayang saya! sayang kalian jugak oke. 

tapi yang paling best sekali lah kan, first time la kot pagi raya saya tidur. bukan saya saja oke. kawan-kawan pun tidur gak. mna tak nya, kul 5 pagi baru tidur la kot. semuanya melayan perasaan. haihhh. tak paham da aih.

then eyka bagi tau nak datang rumah. eyka bawak nasi impit, rendang ayam, dan kuah kacang! HUH! kami pun raya jugak oke. tapi raya dan study. lebih kurang macam ni la kesimpulannya.

rendang ayam


rendang ayam dan buku


rendang ayam lagi


notes yang panjang sekali

nasi impit pulak


nasi impit dan rendang ayam dan buku jugak


notes lagi

nasi impit dan kuah kacang


notes balik

hah! siap. sila kira makan dan baca notes mana lagi banyak? *kira cepat!. ni la makna raya korban saya taun ni. raya yang paling bermakna dalam hidup. saya suka situasi ini. sangat best. esok last paper la kot. doakan saya dan kawan-kawan tau. akhirnya saya juga raya macam kalian semua. sangat happy. sumpah saya tak kan lupa pengalaman ni.

nota hati limpa paru: thanks sangat-sangat untuk mak ayah yang call pagi tadi. boyfren yang tak henti-henti bagi saya kata-kata semangat. dan kawan-kawan yang raya bersama tahun ni. ilyasm!



Tuesday, November 16, 2010

Final Exam VS Raya Aidiladha!

Assalamualaikum.

nampak dak apa tu? hah! anak dara ni tengah sedih taw tak? *sila anggukkan kepala untuk menunjukkan anda tawu. hmmm. tak tau camna nak cita. sangat sedih, amat sedih, teramat sedih larh! 

orang sibuk-sibuk kemas barang nak balik kampung tapi saya sibuk-sibuk baca buku nak exam. adusss.. tak bole la. nak nangis!!! ni first time raya ngan kawan-kawan. huh! tak dapat nak bayangkan la. belom raya da 80 kali call family. esok mungkin sejuta kali setengah la kot. tapi pape pun exam tu penting jugak untuk masa depan. tabah ida tabah.

study ye kawan-kawan. kita raya sama-sama taw!


tak paham kenapa muka dia ni yang nampak sedih. =(


mereka ni semua tak balik aw.


kesian kan? hmm.. apa bole buat. khamis da abis exam. so bole la nak balik penang. harap-harap ada la lebih-lebih daging korban yang disimpan untuk saya. 

tamau sedih-sedih tau kawan-kawan. kita raya sama-sama k. nanti kita bole berjaya sama-sama gak. saya tetap raya bersama yang tersayang. bukan family tersayang tapi kali ni kawan-kawan tersayang.

siti ada


ain ada

feza ada

eyka pun ada


yang ni confirm ada

kawan-kawan suma tamau sedih-sedih tau. kita jadikan raya kali ni yang paling bermakna bagi kita semua. ni semua pengorbanan jugak. 

untuk ayah: ayah jangan nangis macam ayah nangis waktu kakak tak balik raya dulu-dulu tau. ayah jugak yang cakap study betul-betul kalau nak berjaya. ya ayah, saya janji.

untuk mak : mak jangan la cakap "kalau ida ada mesti dia tolong mak" "kalau ida ada mesti dia makan paling banyak" . jangan cakap camtu tau. kalau saya tak da pun sama ja. saya tolong sebab saya balik sekali sekala ja. saya makan paling banyak sebab sejak form 1 saya duk hostel, so jarang-jarang makan masakan mak. sebab tu bila dapat peluang saya tak lepaskan. yang lain tu hari-hari da makan sebab tu depa makan sikit. depa pun tolong jugak, tapi mungkin mak nampak saya ja sebab saya la yang paling jarang tolong mak.


untuk semua sayang-sayang saya yang nun jauh d sana. nanti saya balik tau. doakan saya untuk final exam.

nota kaki: untuk sayang-sayang saya, saya sayang sayang-sayang saya sangat-sangat. tolong sayang saya jugak tau. =) 

*family saya,kawan-kawan saya, dan boyfie saya.



Monday, November 15, 2010

Chinese Set Dinner.

Assalamualaikum.


hah! rasanya anda semua nampak kot pic yang terpampang kat atas ni. kalau nampak gud ye! lulus ujian rabun warna. =)

sebenarnya tujuan entry ni adalah bersempena dengan final exam hari ni. iaitu FOOD SERVICE SKILLS. so, dikesempatan ini (ayat mintak sepak) saya nak la jugak kan kongsi pengalaman ni kat semua-semua orang lam dunia ni (bajet semua akan baca)

kami semua ni di tugaskn untuk mensetkan ( sedih cikgu BM aku) untuk function pa tah lupa da. tapi yang pastinya Chinese Set Style. uhhh! lupa suda cmna nak set ni. yang supervisor pun 1. asal budak Kolej MASA buat kerja ja semua dia nak tinggal cmtu ja. pecaya sangat kat budak-budak ni. tapi turut bangga gak la kan, pihak KLCC sangat percaya kat budak-budak Kolej kami. sebabnya kami sume baik-baik kot (perasan la kau!)



ok2 sedia. nak cita dah ni (harus ka bersedia?HAHA) mula-mulanya pergi belakang nu. mksud saya kat tempat bangla-bangla steward duk basuh pinggan nu. hah! yang tu la. p kat situ amik barang-barang untuk chinese set ni. then longgok atas meja macam kat atas ni. ok, siap.



ok, pastu kan, bila semua cutleries n groceries tu semua da cukup bole la mula set. mula-mula letak bb plate. nama penuh beliau adalah bread and butter plate.




pastu kan, letak benda alah tu. chopstick nama dia.




pastu pulak, letak tu. dua bradik kembar tu. dessert fork dan dessert spoon.




pastu kan, letak piring kecik tu. nama dia soya sauce dish.



pastu pulak letak chinese tea cup.




then, letak rice bowl.




lepas tu,letak smoked glass.




ni la kesungguhan dalam menjalankan tugas.




ok, lepas da siap letak suma benda-benda tu, bole la letak napkin. bukan letak camtu ja tau.




kena bukak camni. paham?




ni hampir siap. budak-budak ni tengah bukak napkin.




ni macam da siap. nampak kan soup bowl atas lazy susan and tooth pick holder kat tepi tu. semua-semua tu pun kena letak gak.




bila semua da siap kan. boleh la kita semua main! naik atas troli linen tu and suh orang tolak.




pastu boleh min pose-pose maut tepi troli linen. (macam tak de tempat lain da)





min jadi-jadi model.




pastu kua kat koridor amik pic ngan twins tower yang tinggi melayut tu. tunggu sampai lebam sebab kerja siap awal. bagi kerja senang cmtu. kacang jela. siap bole main-main lagi.

tu ja nak cita. untuk pengetahuan semua pic saya tak berapa nak banyak sebab saya tukang tangkap gambar ja. then,gud luck tuk yang amik paper FOOD SERVICE SKILLS.

dari ieda untuk DHM student: kalau ada soalan suh set untuk function jangan la bengap p cita sal yang kita main-main tu. paham? 

try ja pon!

Assalamualaikum.

tak tau pa nak merepek tapi gatai gak nak merepek sebab nak hilangkan tension.  nak cita sal semalam. jalan-jalan cari makan. then singgah kat kedai mana tah, nampak la topi yang bole la nak di katakan cantik jugak la kot. lalu.....


ini


ini


ini


dan ini terjadi. =)

macam pa tah. sumanya try ja. tak beli pun. kesian kan. tak dak arah sebenarnya. ni suma siti punya pasal la ni, dia yang try dulu then mula la yang lain jugak turut nak mencuba. memalukan la. sabar jela. 
 itu ja yang nak cita. babai.

dari ieda untuk semua : nanti kalau kamu semua jumpa benda-benda yang menarik jangan lupa cuba tau. free ja pun. tak yah bayar. =)

Sunday, November 14, 2010

Surat untuk bakal suami.

Assalamualaikum.


Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).

Oh, b (boleh saya call kamu b kan?)

b, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin b, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang b, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.

Oh b (chewah geli pulak dah ni)

b, saya harap time saya jumpa awak nanti, awak dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah b, geli awak vaca statement saya kan? Tapi b, saya tak suke couple-couple then dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. saya tau b, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la b!  Tambah dosa je tau.

So kalau kita jumpa nanti b, tapi saya jual mahal, b jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersang sudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg!

Oh b,

Kalau nanti saya first time jumpa b saya tanya dah Solat Subuh ke belum, b jangan marah tau. Wajib tau b saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, saya baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh b, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi b tak angkat…siap b!

Pastu b mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surah Juz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau.  Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? b kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…

Oh b,

Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap b jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk ayah and mak je. Depa suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap b kata banyak sangat pulak. b, nanti b tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku reispi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu b balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak b….

Oh b,

Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak b nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway b, saya on je (wah terkejut kau!).
 Tapi syaratnye b kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat b? Saya pon penat gak. b pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan b pulak. Heisss…kalau kurang layan b nak jadikan tu alas an pasang dua pulak!

Senang-senang b, kita upah bibik sorang. Takpe b, saya bayar separuh awak bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke b yang bahagia?

Oh b,

Kalau nanti awak jalan-jalan dengan saya (of cozz lepas kahwin ok), jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, b. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok.
b, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke b? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).

Dan b,

Kalau b tengok awek-awek cun depan mata jangan la b sweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau b type yang gatal depan-depan saya b pi usik dia lagi. Amboi b, b suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila b keluar dgn saya b pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa b kata? “dia pakai macam tu b tengok la?” b, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila b tengok b pon tumpang dose sekali. b nak? b kata b tak boleh tahan diri dari tengok? OK b, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi

b,

kalau awak betul, betul sedia, saya tunggu awak lama-lama pun takpe. Maklum la saya tau payah nak simpan duit untuk masa depan. ayah saya pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi b, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan b merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, b pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi b boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa b kata, itu keperluan kita bersama? Ah, b sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti b kongker tengok Chelsea main EPL kan,then bole pulak b pergi beli rokok. meh2 kita isap rokok sama-sama mau? kalau b tak mau, b kena janji duit lebih-lebih baru boleh beli rokok k. kalau boleh tak payah beli langsung pun tak pa.

b, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji b kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorg nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua b!

Cuma ingat b, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah b, kita senang.

Sekian sajalah b. Hope to see you soon! tunggu saya taw..!

Saturday, November 13, 2010

Paling GERAM!



Assalamualaikum…
Hah amik tajuk macam apa tah. mai mai,nak cita ni. pa la dok p boh tajuk cam ni. macam xdak matlamat hidop la pulak kan. sapa cakap tak dak? Angkat tangan mai nak tegok muka. haihh. mrapu dah ni.

Berbalik kepada entry pada kali ni kan, saya nak cita la. benda pa la yang membuatkan saya ni geram sangat sangat.. grrrrrrrrrrr. rasa macam nak telan ja pa yang da depan mata. kalo bole sekali dengan almari baju pon nak telan da. nampaknya saya melalut lagi ya.

Ok2. kali ni serius. nak taw kat sapa yang saya dok geram ni? Sat nak tunjuk. nah amik amik, padan muka awak.

yang ni la yang dimaksud kan..

ni ada lagi

ni pon!



 beeps..beeps… talipon saya berbunyi. then terpampang nama en.boyfie saya disitu. saya pon angkat larh. dengan muka serabai tahap dewa, almaklumlah kan.. saya belom pon berniat nak bangun tido.. saya pon jawab la “hello,hmmm.. np?” ya rabbi punya la sakit ati. tawu tak boyfren bertuah saya cakap pa..??? adoii… sakit ati wo0oo. beliau cakap camni “ b kena bangun ni,so bby pon kena la bangun jugak, baru adil” waaaaaaaarhhh!! Ini tidak adil…!!! Ada ka patot time tido d suruhnya bangun? X patot kan? Dalam pukul 6.30 kot rasanya. da la saya dibenarkan cuti pada hari tue. Haaaihh.. baru ku sedar boyfren ku ini amat kejam sekali. sekali?

Hah! Tak dak makna lah sekali. hampir 4 kali gak la beliau call sebab nak suh saya bangun.. katanya nak bagi adil… ingatkan dah abis la kan.. saya cakap nak bangun tapi harap maklum saya tak bangun pon.. tipu sunat bole kot.. ngntok la..

Then lagi sekali hp saya bunyi.. beeepss…beeps.. adoii. pe la en.boyfie saya nak lak kali ni. dengan mata yang tak berapa nak bukak.. Cuma telinga dan mulut ja kot yang berbuka pada ketika itu. sekali lagi en.boyfie cakap.. “b nak kena g senam ni, bby pon kena bangun taw..” hadoiii… apakah ni? Dugaan btol la. lalu saya pon jawab..” ok2, bby bangun” lepas je cakap babai. mmg mata dengan sendirinya tertutup. memang tak terlintas langsung di fikiran yang nak bangun awai awai camtu…

Da tido segala. mai kul 12 la kot lebey kurang.. skali lagi en.boyfie nak kol.. harus ke awak kacau saya tido ni…? Haihh. memang mintak sekeh la kot… kali ni kol nak pe la pulak.. cmni dia cakap “bby blom bangun ka? Bangun la, matahari da terpacak ni” grrrr… geram geram… saya cakap “ok2, bby bangun” bangun la sangat kan. hahaha. babai tido balik.. hahahahahahahaha…. Semuanya tipu sunat…

Then last sekali kol “bby, bangun la.. da lama sangat tido..” hahahahahaha… ops! Lupa lak yang saya da tido lama… then trus bangun dan segera pegi mandi seperti yang disuruh oleh bos saya en.khairol hafizzi… camtu la cita dia… ada ka patot orang nak tido langsung tak bagi peluang… sabar jela kan dapat boyfren macam ni.. tapi bila dia wat camni kan.. saya rasa bahagia sangat… geram pon adahappy pon ada.. rasa dihargai pon ada… sweet sangat.


 Kesimpulannya saya nak cakap saya bahagia dengan dia walaupon dia suka bagi saya geram segala…
Sekian terima kasih…babai..

p/s utk en.boyfie: sok kacau lagi taw! =P

Awak click, ieda click balik oke?