Friday, December 30, 2011

Andainya aku pergi dulu sebelummu.

Assalamualaikum.
Andainya aku pergi dulu sebelummu. Kamu harus tahu motif aku letak gamba ni dalam entry ni. Kamu cakap aku gemuk dalam gamba ni. Padanlah dengan muka kamu kan dapat awek gemuk. Padan la padan! Aku harap lepas ni aku akan lebih gemuk supaya padan muka kamu banyak banyak kali.


Andainya aku pergi dulu sebelummu, aku harap kamu tak marahkan aku sebab publishkan entry macam ni tanpa izin kamu. Kamu selalu marah kalau aku sebut pasal mati. Masalahnya masti itu pasti, entah hari ini, esok, lusa atau tulat. Itu, aku pun tak pasti. Tapi yang pastinya mati itu pasti. Aku nak kamu tahu itu.


Andainya aku pergi dulu sebelummu, ingatlah. Pada ketika ini aku sedang bermuka buku. Bosan lah teramat sebab dari pagi tadi aku kira aku bermuka buku. Hanya muka buku. Tiada lain. Oh ya, juga imesh yang aku pasti kamu tertanya tanya laman sesawang apakah itu. Tapi tak mengapa. Itu tak penting. Ianya mungkin penting jika ini merupakan laman laman terakhir buatku.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Tolong amil tahu, bahawasanya hari ni aku mandi dua kali sahaja di sebabkan hujan turun dengan lebatnya tengahari tadi, lalu aku membatalkan niatku untuk mandi tengahari tadi. Mana tahu mandi malam tadi kali terakhir aku mandi sendiri dengan menggunakan tangan lembutku.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Buat buat tahu lah, sesungguhnya dari pagi tadi aku tunggu mesej dari kamu sampaikan empat pinggan setengah nasik aku habiskan. Aku nak kamu tahu sesungguhnya kamu selalu bagi peluang untuk aku menternak lemak tepu dalam badan aku.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Aku nak kamu tahu, dunkin donut itu hari yang kamu cakap nak belanja tu. Aku masih mengharap aku dapat makan dunkin donut tu. Dan terima kasih kerana kamu suka buat aku menangis sambil tersenyum. Terima kasih.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Aku teringin satu benda ni. Tolonglah jangan panggil aku pegkikis tegar. Aku cuma teringin. Biarlah aku teringin. Tapi aku kena cakap jugak. Aku nak teddy bear yang besar besar. Teddy bear tu kalau boleh aku tak nak yang ada ekor sebab aku meluat la tengok ekor ekor dia. Bulu teddy tu kalau boleh aku nak yang warna coklat. Lepastu bulu dia serius gebu. Yang boleh peluk dan tidur tak bangun bangun lalu emak aku ambil sebaldi air jirus tepat tepat dekat muka aku baru aku nak bangun. Ya, serius. Serius aku teringin teddy bear macam tu. Aku harap kamu boleh bayangkan rupa sebenar teddy tu. Yang boleh buat aku tak bangun pagi tu. Ish, paham tak? Jangan sampai aku ulang lagi description teddy yang aku explain kat atas. Paham la k. Ish, risau pulak kalau kalau kamu tak paham. 


Andainya aku tak pergi pergi selepas beberapa hari aku publish entry ni. Aku harap kamu murahkanlah kredit handphone yang kononnya mahal tu. Sila la wahai kamu untuk buat super saver dua tiga jam cukup la. tak banyak kan? Sesungguhnya aku sangat rindukan suaramu. Rindu.


#Dia call aku weh! k, bye! Assalamualaikum.

Friday, December 23, 2011

Gathering at Kuala Lumpur Convention Centre

Assalamualaikum.
Ini cerita lama yang perlu di uar uarkan. Saya pergi gathering kat KLCC. Yang sebelum ni terlepas sebab saya buat buat macam sibuk dengan tugas. Padahal tak, saya balik kampung masa tu. Ini tak penting. Tinggal ini.


Cerita sebenar.


Gathering 19 haribulan hari tuh. Saya pergi naik bas. Bas ya kawan kawan. Nampak tak sedikit semangat yang saya tonjolkan kat situ. Tapi bukan sorang sorang. Kalau sorang mungkin semangat tu ilang ghaib. Saya dengan Feza, Leen, Syaza. Sampai Pasar Seni kutip Thines kat sana. Pastu gerak KLCC. 


Kami sampai lambat sebab bajet onar. Lepas register terus masuk hall. Orang semua tengok kami. Padahal TAK! Saya kecewa.


Oke, cari tempat kosong yang strategik. Jangan harap strategik sangat la. Datang pun lambat. Saya marah diri sendiri. Sedih. Kadang kadang saya boleh tacing dengan diri sendiri. Ish, senyum senyum. 


Pastu duduk kat sebijik meja yang kosong dan tak strategik. Tapi dekat dengan Chef cina. Oke, dia cakap tak faham. Sebelah sini pulak bangla steward. Dia cakap pun tak paham. Tak aci. 


Pastu kami buat onar. 
Saya makan ini

dan ini sahaja. SAHAJA. paham?


yang ni Leen.

yang ni pun Leen. Kami pulun. Lapaq.

SAHABAT.

Gamba blur blur pun nak bubuh. Taram suma.

Nah. Tak saket sangat mata. Tada kaler kaler. Muah. Lebiu.


hah! Ni la bangla sebelah meja saya. Dia dapat TV tahu? Nak sangat ambik la. Nak jugak sebenarnya.

AWESOME kot! suka yang ni seribu kali.

Nah nah. Lawa pic ni. 

Nah! Lakonan semata mata. Bajet cerita HINDUSTAN.

Ini pun berlakon. Kamen Rider kata Kamil. 

Comel Linda pakai shawl. Suka suka.

Oke, cukup. Gambaq pun tak belambak. So,rasanya dah semak kot cerita ni dengan gambaq. Seronok dapat jumpa kawan kawan. Lepas ni kalau kawin bawak bawak jemput lah. Saya balik Penang dan mungkin susah kita nak jumpa macam ni lagi. Jadikan ini sebagai kenangan terindah untuk kita.

Sayang hangpa semua. ^_______^

Thanks for reading.

Thursday, December 15, 2011

Don sangka clear wata no boya.

Assalamualaikum.
Salam 1 Malaysia dan salam 1 Blogger. 
Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya.
i'm not so strong as my smile seem to be.
Saya tengah bengang sedikit. Nasib baik la sedikit. Cuba kalau banyak. Ha, meninggal la anda saya kerjakan. Nampak macam hebat kan? POYO. Ya, itu saya.


Nak pesan kat semua.
Walaupun kawan kita tu sangat baik pijak semut tak mati. Tolong berhati-hati dengan beliau. Baik ada makna. Dia buat baik, kita balas baik. Last last dia pijak kepala kita. Uih, nak suruh saya pijak kepala dia jugak ka? Memang tak sanggup la nak pijak kepala anda!


Saya bengang.


Sunggoh.


Sentap pon ada.


Macam macam lagi.


Sampai hati kan kawan. Saya sangat percayakan anda. Orang cerita buruk buruk pasal anda. Saya diam. Saya tetap kawan anda kan? kan? Betul tak saya cakap? Saya tak pernah pilih kawan kan? Tapi kenapa anda balas macam ni.


Cara anda buat saya rasa sangat menyampah! Paham tak meyampah? 


Ish, tak boleh nak sambung. Satgi tak pasal pasal kena mencarut. 


P/S: Insan, tolong pulangkan harta saya! paham?
Thanks for reading this. 

Wednesday, November 23, 2011

Berserabut la menda alah ni.

Assalamualaikum.
Danish butter cookies tu sedap. Serius. Saya layan cookies ni time buat report yang maha serabut kepala otak. Saya ulang, serabut kepala otak. Paham? 


Saya benci bila lori sampah presint 14 datang kaut sampah kat sini. Saya tak benci lori tu. Serius lori tu tak datangkan masalah. Serius lagi. Masalahnya sekarang, setiap kali lori sampah tu datang, dan setiap kali itu juga lah anak buah saya akan heret tangan saya, lalu berdiri di tepi balkoni sambil menikmati pekerja pekerja tersebut mengutip sampah. Oke, ini dugaan baby sitter. Saya seperti mahu jerit supaya pakcik tu heret sampah tu cepat cepat. Tapi, pastinya pakcik tu akan dongakkan kepalanya ke atas, lalu jeritkan kepada saya "sini kau tolong aku!". Saya tak nak!


Oke, lori sampah dah balik.


Tinggalkan cerita tak penting itu.
Saya demam. Sebab report. Saya benci buat report. Saya pasti yang report tu pun akan benci saya. Taip padam taip padam. Saya tak paham apa yang saya taip. Saya yakin orang yang baca lagi lagi dan lagi la tak paham. Memalukan.


Terima kasih kepada yang suka buat onar kat tempat practikal saya tu. Sebab anda la saya susah. Saya minta info semua tak boleh. Apa yang boleh? Apa pon tak boleh. Alasan tak munasabah. Saya tak boleh terima. Sekarang yang susah saya. Bukan saya sorang, tapi tiga lagi kawan yang sama tempat practikal dengan saya. Anda pasti gembira kalau tengok saya menagis kan? Anda melayu dan saya melayu. Susah sangat nak tolong sesama kaum kan? Sampai bila kaum melayu nak maju. TAK AKAN! sampai bila bila pun tak akan kalau masih ada manusia yang macam ni. Sumpah saya geram. Malu.


Saya pasti saya boleh buat! Saya akan cuba berhubung dengan onar sendiri dan bukan orang yang buat buat onar. Anda duduk diam diam. Terima kasih daun keladi. Tolong jangan langgar saya kalau jumpa kat luar. 


Report perlu di siapkan.
Saya nak menangis. Sentap. Ambik bantal tutup muka.



Saturday, November 12, 2011

Indahnya hari ini.

Assalamualaikum.
Hye kawan. 
Tadi saya kerja. Tapi salah set jam. Bangun pukul empat dan terus mandi. Kerja pukul tujuh. Memalukan. 

Dekat tempat keja ada dalam lima orang cakap saya gemok. Sentap. Tapi saya senyum. Tanda setuju. Yang saya hairan. Sejak bila kelima-lima orang tu usha saya. Sampai sekarang saya rasa macam saya artis. Geli.

Balik rumah saya duduk tepi tingkap. Tengok luar. Saya nampak kapal terbang sedang bersuka ria. Tiba tiba saya teringat Keluang Man. Tawu cerita tu? Angguk jela. Cuba nyanyikan lagu keluang man tu dengan nada mendayu dayu ja. Serius layan. Cuba la cuba. Menarik.

Tadi pegi pasar malam. Ada katak lompat naik atas seluar. Ish, bertuah. Saya kira katak tu tawu saya tak suka dia. Lagi mau manja manja. Berambus kau! Saya marah dalam hati. Tak sanggup nak luahkan kepada beliau. Takot beliau kecewa.

Apa lagi yang indah hari ni?

Oh ya. saya mengatuk. k bye!

Sunday, October 30, 2011

Di tengah alam Queensbay.

Assalamualaikum.
Pagi tu bangun lambat sikit. Tak banyak pun. Sikit cuma. Mandi dan blablabla tak perlu nak cerita semua. Nanti saya malu dan anda pun malu juga. Persoalannya di sini. Kenapa perlu malu? Tolong fikirkan. Saya tinggalkan cerita ini di sini. 


Feza cakap muka saya macam nak berak. Najis!

Main topic.
Semalam saya pergi Queensbay dengan kakak saya. Dia datang dengan tunang. Oleh kerana saya tak peroleh tunang, saya ajak Feza jadi tunang saya sat. Syukur dia tak keberatan untuk jadi tunang saya. Saya bangga. Perlu di ulang BANGGA. Oke, cukup.


Oh ya, maaf la Syidah sebab tak dapat tunggu anda semalam. Terpaksa balik awal. 


Sampai kat Queensbay. 


Mak datuk kau kereta sedang bermegah megahan kat sana. Saya hampir tak faham. Situasi kat situ  macam ada yang bagi barang percuma dalam Qb tu. Sungguh bangga kereta kereta berpusu pusu masuk parking. Parking luar sudah lah penuh. Kecewa. Ujan renyai renyai (gerimis kot). Kat tepi laut tu ada yang sedang main kejar kejar dengan pasangan masing masing. Saya seperti mahu turun kereta dan menjerit. "Hoi! tak reti ujan ka?". Tapi saya takot. Saya yakin saya akan makan selipar percuma. Abaikan mereka.


Tunggu nak masuk parking dalam 10jam. Saya tipu. Tiba tiba ada pakcik ka abang tah. Tak pasti usianya. Dia bukak parking bawah tanah. Saya terkinja kinja dalam kereta jerit terima kasih dekat manusia tu. Saya pasti dia tak dengar. 


Masuk Qb, manusia penuh kat situ. Sini. Saya berdiri tepi kaki lima tu dan tengok bawah. Manusia lagi. Tengok atas. Manusia jugak. Tengok kiri kanan. Semua manusia. Syukur. Saya pasti lari kalau semua hantu. Memalukan.


Saya di tinggalkan dengan Feza. Kami buat onar dekat Qb. Pergi Elianto. Beli semua serba satu. Cis! Pondan rupanya dia punya promoter. Dah habis perempuan agaknya. Saya tak kan maafkan mereka. Dia benar benar tipu saya. Ingatkan perempuan. Hampeh.


Saya mula rasa menyampah sebaik saja kepala pusing pusing bagai roda. Saya tak boleh tengok ramai manusia macam tu. Saya duduk diam diam kat tepi tepi dinding tu. Ish, rimas. Saya nak balik!


Sebelum balik kakak belikan KFC. Dia tak boleh lama kat situ sebab mak dah call suruh balik. 


Tenang lah kami bila dapat balik ke tempat asal. Syukur. Kat rumah tak dak orang. Saya dah tak pening. 



Saturday, October 29, 2011

Saya rasa saya orang paling rajin bila update blog harini.

Assalamualaikum.
Tadi saya dapat tips dari pak arab tu. Anak dia comel. Saya main kejar kejar dengan anak dia pastu dia bagi tips. Oke tipu. Ini permulaan rajin saya. Gud try.


Lupakan pasal tips. Tak penting. Ada perkara yang lagi serius perlu di bincangkan. 


Tadi lagi saya kena marah dengan supervisor sebab tak nak buat obertime. Dia marah saya oke. Dia marah. Jelas. Dia marah. Puas. Saya lemparkan senyuman puas sebab dapat bagi dia marah. Saya practikal saja, anda tak perlu semangat waja nak force saya buat obertime. Saya tak minat. Perlu ka saya ulang? TAK MINAT. Sekian.


Saya dah maafkan supervisor tu sebab dia dah malukan saya depan semua staff. Dia cakap saya tak bagi komitmen dalam kerja. Oh, hampir lupa saya. Dia sangat berkaliber, komitmen tinggi macam komtar. Hampeh. Staff anda dah cerita perangai anda dekat saya dari mula mula saya practikal kat sana. Tak payah nak komitmen sangat la kan. Saya senyum saja time briefing tadi. Tangan dalam poket, habis gulagulagetah saya koyak kertas sampai semua gulagula tu terabur dalam poket. Makan dalam. Luar cool. Nampak tak sifat cool saya? Dah, tak nak cerita pasal ni la. Tak best.


Harini jugak saya tacing dengan Khairol Hafizzi. Malas cerita pasal ni. Hati sayu. Saya sangat sensitip. Sila faham.


Tadi saya tido sampai pukul lapan malam. Lambat p pasar malam. Kena denda dengan pakcik jaga tapak pasar malam. Ketuk ketampi seratus kali sambil tahan nafas. Penat. Auta.


Saya beli laksa, kurang sedap makan separuh habis. Lagi suku buang. Betul ka kira kira ni. Separuh dan suku, yang lain mana? Abaikan. Reject kedai tu. Maafkan saya. Lepastu pulak saya beli shawl, beli shawl, beli shawl. Sangat cantik bagi saya. Saya beli shawl tu duit tips daripada pengacara ustazah pilihan. Saya memang suka kumpul tips. Terkenang saya pesanan beliau. Jangan tinggal solat ya. Oke, saya janji. 


Sekarang saya membesarkan mata untuk update belog sebab ada orang cakap saya malas. Tak payah cakap pun tak pa. Saya memang tawu saya malas tahap tak boleh di maafkan. Saya selalu tak tolong mak masak dan akibatnya saya tak pandai masak sampai ke hari ini dan mungkin saya akan sambung kontrak tak masak sampai kawin. Ini kelemahan saya. Sang suami nanti tolong jangan marah saya. Ini bukan salah saya. Ianya terjadi sendiri.


Hari ni hari tension saya. Semua orang nak cari pasal dengan saya. Tapi saya cool. Saya mampu berdiri di tepi jendela bilik sambil memerhatikan gelagat kapal terbang di awan. Mereka sangat cool sampai saya rasa nak ketuk kepala mereka. Itu pun kalau saya dapat cari kat mana kepala kapal terbang. Eh sat, ini fakta ka auta? Kapal terbang tak dak gear reverse. eh? Memalukan. 


Nampak tak? nampak tak? mata bengkak tapi saya pose cool. Saya dah cakap saya memang cool.


Tadi saya terima pesanan ringkas dari kakak saya. Dia ajak saya dating esok. Oke, ada jugak orang nak ajak saya dating. Tapi mungkin esok akan menjadi hari tension saya jugak sebab dia dengan tunang dia dan saya sorang sorang. Memang tak adil langsung.


Cukup lah. Panjang panjang nanti orang cakap sangat rajin pulak. Cukup sekadar rajin. Rajin. Saya rajin.


Saya rasa cerita saya ni dah mampu buat orang cakap saya rajin update blog. Nanti nanti saya rajin lagi oke. Selamat malam. Bye! 









Thursday, October 13, 2011

Because of you are my lil sys, NUR SARAH~


Assalamualaikum.

Listen to me dear,

Kenapa dalam dunia ni perlu ada perasaan dengki terhadap sesuatu yang di capai orang lain? dan kenapa pula perlu ada perasaan gembira dengan sesuatu yang hilang dari orang lain? KENAPA?

Why people Hate you?
There are two reason why peaple HATE you. First is they hate you because of they wanna be you and they hate you because you are not like them.

Kadang-kadang manusia tak suka kita ataupun lebih di kenali dengan dengki akan kita kerana mereka tak dapat apa yang kamu ada. Yes! jelous babe. Mereka tak benci kamu sebenarnya tapi mereka nak jadi macam kamu but they cant.

Mungkin kamu cantik, mungkin kamu pandai, mungkin kamu tak cantik tapi kamu pandai dan mungkin juga kamu tak pandai tapi kamu cantik. Oke, aku dah putar belitkan ayat. Supaya kau pening. Padahal aku nak cakap yang mereka ni jeles la dengan kelebihan yang kamu ada. Itu ja. Dalam erti kata yang lagi indah mereka cemburu, mulanya cemburu lama-lama akan berubah kepada benci. Lepastu pulak akan terdetik kat hati "yes! i HATE this girl. Sukahatinenekdia. 

Bila tanya kenapa?
Dia ni sombong, riak, takbur, pecah amanah, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa. Hah! banyak la pulak kau punya songel kan? oke2, kau perfect. Aku tawu itu.

please yeah, if you feel hurt when people hate you, assuming that they want to have what do you have. so, why not share a lil bit with them. Nampak macam chill bukan? ya memang bukan. lol~

Simpan ni kat otak! bila manusia bencikan awak, buat tak tahu je oke? people who hate successful people are usually, unsuccessful. Kadang kadang kita rasa macam. "Wei, meh sini kita lawan nak" rasa geram, rasa down, rasa macam errrrrrrrrrrr~ tekanan! so, so n so, my advice is if you become a successful and any people decide to hate you, its because their own fears. Just ignore them. Full STOP.

Keduanya pula, people hate you just because you are not like them?

Just let them be, jangan sesekali rasa macam. Alahai, kenapa la aku tak jadi macam dia. JANGAN fikir macam tu oke. Jadi apa yang kita nak jadi. Jangan jadi orang lain. Ada faham? Stand for the truth. Fight for the right. Be yourself. CONFIDENT! wajib. 

Akhir kata, pedulik apa yang orang nak kata pasal kita. Anggaplah tak pernah wujud perasaan tu semua dalam hidup.

notakaki: life is too short to wasting your time by hating people. Be what you wanna be. Then let them be what they wanna be. Live with peace! yeahhhh. 

notacinta: try to understand my message ya. just because i treat you as my lil sys dear.

Tuesday, October 4, 2011

Khairol Hafizzi


Awak, 
English saya tak bagus tapi saya nak cakap I LOVE YOU.

Awak, 
saya tak pandai Geografi sebab saya selalu tido kelas cikgu Dolah tapi saya tawu yang awak tinggal kat hati saya.

Awak,
saya tak suka nak hafal-hafal Sejarah tapi saya ingat first time saya kenal awak.

Awak,
subjek Kimia bagi saya sangat la susah tapi saya boleh bagi tindak balas bila awak senyum kat saya.

Kesimpulannya saya tak la hebat dalam semua subjek melainkan topiknya adalah awak.


Wednesday, August 17, 2011

Hello kawan!

Assalamualaikum dan salam kerahmatan ramadhan.

Tudia, hampir empat tahun tak hapdet belog weh. Rasa macam alahai kesiannya kau belog. HAHA. orang lain semua entry setiap hari, setiap jam dan setiap minit. Belog ni dok beletiaq sorang-sorang yang tuan dia baloq liat.  Oh bukan malas ya sahabat sebelogger. Saya tengah practikal dan agak sibuk. Banyak benda yang nak di ceritakan. Tapi nanti-nanti la kot. Nak p bukak puasa sat. Cukup untuk kali ni. Bye!

Selamat Berbuka dan Selamat Hari Raya.

p/s: sapa-sapa nak bagi kad raya boleh mintak alamat k. HAHA. muka tak malu weh..!

Monday, August 1, 2011

its going to be memories.

Assalamualaikum dan Salam kerahmatan Ramadhan.
After all of sakit kepala tahap nak meninggal at last i'm done my Diploma in Hospitality Management. Eh, poyo la kau. Actually i have to face dengan satu lagi masalah negara iaitu i'm going to finish up my industrial training soon. Nak balik ke negeri asal. So, i choose to doing my industrial training in Penang International Airport. Rasa macam ngeri la pulak. 

Zaman kegemilangan di kolej memang tak dapat nak di lupakan. Jadi student tu sangat la best walaupun kinda tough and hard actually. Di tambah pula dengan malas yang hari-hari kuasai diri. Memang terbaik la kan. Kadang-kadang sampai rasa macam dah bosan la nak study-study ni. Ha, sampai macam tu skali ye kawan-kawan. Tapi tetap sabar dan redha je.
Thanks to Allah for blessing me and give such a great people around me. Saya sangat bahagia di samping mereka. Susah senang we shared together. Menangis, gelak tawa, bergaduh, bergurau semua dengan mereka. Sangat indah saat itu just god knows. We shared, we learn everything. Rasa macam satu family. Walaupun kadang-kadang ada selisihan faham. Itu semua normal ye kawan-kawan. 
But now, kami dengan haluan masing-masing untuk habiskan our industrial training. Kami ikut haluan masing-masing. Merata alam lah Port Dickson, Melaka, Penang, dan paling jauh area Kuala Lumpur je. Jauh la sangat kan. Sekarang hanya tinggal kenangan je masa-masa kita bersama dulu. Kita la malas nak pegi kelas, kita la masuk kelas lambat, kita la bising dalam kelas sampai lecturer pun tak dapat nak buat apa-apa, kita la nak gaduh sesama sendiri, kita la fail exam dan kena repeat paper. Semua tu akan tinggal kenangan. Jangan pernah bermimpi untuk kembali dengan masa lalu. Cuma apa yang kita lakukan sekarang hanyalah berusaha untuk perbaiki kesilapan masa lalu. 

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua lecturer yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam mengajar saya sepanjang saya di kolej tu. (kenapa aku rasa macam aku buat ucapan menang award ni?) Nak sebut nama satu-satu memang tak habeh sampai esok. So nak sebut satu jela. Thanks to Chef Amir sebab membuatkan saya rasa yakin untuk masak. Chef Amir terbaik. Sporting habis nak meninggal lah. For the first time i'm baked a cake by myself.  Tak pernah buat sebelum ni.
Saja nak bagi Chef terharu. Dan terharu bila tengok dia betul-betul terharu. HAHA


Chef masak untuk kami for the last time. Sambal udang terbaik.


Chef yang sendukkan nasik! Terbaik.


Apa pun, aku harap hangpa semua pandai lah bawa diri. Kita dah tak bersama. Jaga diri kat tempat orang. Kadang-kadang perangai macam budak-budak tu tak perlu kot bagi kita yang nak masuk ke alam pekerjaan ni. Macam nasihat diri sendiri. HAHA. 


p/s: nak jugak ada p/s, tak paham. Jangan nakal-nakal tau. Kawin jemput. Tiba-tiba. HAHA. Selamat berpuasa.


Thanks for reading.

Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur. Bulan syaaban dah pun melabuhkan tirainya. Muncul ramadhan. Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya dan kita semua untuk bertemu dengan bulan ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. 

Tahun ni saya menyambut bulan ramadhan di rumah kakak putrajaya di sebabkan ada tugas yang perlu di selesaikan di kota Kuala Lumpur ni. Lepas ni mungkin dah jarang kot saya ke KL. Saya akan kembali ke tanah air. Bajet macam duduk luar negara. HAHA. Balik kampung saya di Penang. Tak sabar nak balik ke pangkuan keluarga. 

Teringat masa zaman hingusan dulu. Kalau nak puasa mesti nak duit. Sehari puasa seringgit. Budak-budak la katakan. RM30 macam tiga juta la. Time tu tak berapa nak faham pasal pahala semua tu. Kira nak duit jela. Sekarang kalau mintak sepak terajang bole la dapat. HAHA. 

Kalau bab nak mangkit sahur tobat malas. Mula-mula mak akan kejut. Pastu kakak-kakak suma. Pastu paling teruk di dunia ayah yang kejut. Tudia. Baloq liat. Calon isteri ni. HAHA. Lepas sahur paling best kalau tido balik. Memang terbaik la kan. Sapa nak tolong semayangkan kat saya? Oke, bangun untuk kali ke dua.

Bila time bukak puasa memang paling best la. Siap tunggu depan-depan makanan nu. Buat macam tak makan lapan belas tahun dah. Apa punya turr da. Lepas makan pulak p main bunga api. Time tu mercun di haramkan oleh ayah. Budak kicik macam saya tak boleh main mercun. bahaya. Budak besar tak bahayakah? Lu pikir lah sendiri.

Uh, nostalgia yang paling tak akan saya lupa sampai bila-bila. Main bunga api semangat gila nih. Sampai tak sempat pakai baju. Kecik lagi masa tu. Ntah kenapa saya kuar depan rumah tak pakai baju. Main bunga api. Syok dok main sekali kakak saya halakan bunga api tu kat arah badan saya. Pergh! Terbaik. Mau tak nagis sampai nak meninggal time tu. 

Oke, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua orang-orang islam. Jangan setakat puasa ja. Banyakkan amalan dan tingkatkan iman. InsyaAllah kita di berkati. 



Tuesday, July 26, 2011

Dua kategori orang yang berdebat tak nak kalah.

Assalamualaikum.
Face everything with smile. Open your heart. When you are ready to cry its mean u are ready to smile again.

Alhamdullillah. Saya di beri peluang untuk bernafas lagi hari ini. Syukur. Dikeheningan pagi yang dingin ni. Sedang manusia lain sibuk tarik selimut. Pergh! memang best la tido. Sumpah rasa macam tanak bangun sampai esok malam. Pengakuan jujur, saya memang orang paling malas nak bangun subuh. Tapi bangun. Kadang-kadang alarm postpone sampai dua tiga pat kali. Cari apa tah. Kan senang kalau bagun p solat ja terus. Tak payah nak banyak cakap. Oke STOP!

Lepas subuh blogwalking. Baca komen. Balas komen. Komen-komen balik. Dengan hati yang tenang time tu. Komen pun kena la yang tenang-tenang jugak. Macam-macam ragam manusia saya perhatikan. Dan saya nak konklusikan kat sini tentang dua kategori manusia yang berdebat tak nak kalah.

KATEGORI A
Pendebat adalah orang yang pandai-pandai. Berdebat dengan bukti dan fakta yang kukuh dah bernas bole di terima pakai. Lebih kepada memberikan bukti daripada maki tak ketahuan hala. Pendebat kategori ini boleh di kategorikan sebagai pendebat penawar. Kehalusan budi pekerti ada pada mereka. 

KATEGORI B
Pendebat adalah yang kurang pandai mungkin. Komen tak nak kalah. Tak attach bukti atau fakta. Cakap ikut sedap mulut. Komen ikut suka huruf nak di taip. Semuanya gara-gara dia sangat tak berpuas hati dengan seseorang tanpa usul periksa. Tanpa membuat kajian terus nak fire orang. Pendebat seperti ini jatuh di bawah pendebat racun.

Saya bukanlah doktor falsafah nak berdiri bermaharajalela untuk komen sesapa. Saya manusia biasa yang juga ada silapnya. Kadang-kadang ada tutur yang tak kena. Yes! boleh di tegur. Boleh di komen sebab ada ruang komen. Kalau tak bole komen dah lama saya disable ruangan komen. TETAPI...!

Ingatlah kamu wahai manusia. Untuk mengkritik atau komen orang tolong berikan alasan yang jelas. Tolong fahami apa yang orang nak sampaikan. Tolong baca enam belas ribu kali supaya tak salah faham. Kalau tak faham sila lah bertanya. 

Kesimpulannya kat sini, jadi lah pendebat kategori A. Sila baca sesuatu dan cuba fahami maksud yang nak di sampaikan. Jangan nak berdebat tak ketahuan hala tanpa alasan dan bukti yang kukuh. Sekian.


Thanks for reading.


Terharu dua minit..!

Assalamualaikum.


Sila jangan buat-buat tak nampak. Tenyeh mata 44 kali. Tak caya Abg Ben folo blog saya. Mungkin blog ampa ramai la kot blogger hebak folo. Tengok folower pon ada berapa ketoi la sangat blog selekeh tak kena gaya nih. Sapa sangka blog cikai ini sudi di folo oleh Abg Ben Ashaari. Eh, serius rasa terharu sampai terjerit. Kawan cakap saya gila. Saya cakap balik ampa gila kuasa dua! Hamek. HAHA. 

Sebenarnya memang minat baca blog Abg Ben nih. Abg Ben juga menjadi senarai yang memang wajib di kunjung la kalau blogwalking. Siap letak kat bloglist kot. Tapi terjah diam-diam ja. Tak penah komen. Rini gatai tangan nak komen. Lalu  beliau ter folo saya. Thanks Abg Ben. Nangis~

Monday, July 25, 2011

Ustazah pencen bole la.

Assalamualaikum.
Salam muhibbah. Manis tak kurma itu? heh! ayat lapok la makcik. Oke, fine. Sebenarnya saya rasa macam telan nasik banyak-banyak tapi tak boleh kenyang. Itu makan tak bismillah namanya. Bukan itu la. Tadi ada sorang lelaki idaman setiap insan ni chat saya. Kenapa idaman setiap insan, sebab rambut kale perang tak nak kalah. Muka bole la nak cakap hensem. Hati? Sori saya tak ambik taw. First dia bagi salam, oke saya jawab. Dalam hati "oh, islam rupanya". 

Lelaki: Awak, nak tanya. Awak alim eh?
Saya: Gulp! errrr~ kenapa tanya cmtu?
Lelaki: Sebab gambar awak semua bertudung. Jap, kenapa awak bertudung?
Saya: Wajib.
Lelaki: Kenapa ada yang tak pakai?
Saya: Mungkin belum dapat hidayah.
Lelaki: oo, kiranya yang tak pakai tudung semua belum dapat hidayah la?
Saya: OFFLINE!

Oleh kerana saya nak tidoq. Saya nak serahkan soklan itu kepada mereka yang tak bertudung. Tolong jawab sat. Silap-silap haribulan lelaki itu chat lagi. Boleh la saya tolong sampaikan jawapan anda.

Nyte! Tata.

Sunday, July 17, 2011

Terima Kasih Hakers!

Assalamualaikum.

Out of mood! Semua gara-gara  FB nak kena hack. Terpaksalah men-deactive-kan account FB. Terima kasih orang. Hang terbaik la weh. Muka tak tawu pape pastu p layan orang tu. Mana tak layan. Budak pompuan sekolah aku kot yang tego. Junior aku, kalau tak layan confirm kena cop sombong, riak, takbur bagai.

Tapi yang peliknya budak ni speaking terbaik ah. Aku pun bajet2 la speaking jugak. Walaupun omputih aku kelaut. Pastu dia bagi link cakap tu video aku. Aku pun pelik r, sejak bila la pulak aku ada video bagai. Tahik sungguh la. Dengan rajinnya aku p klik. Terbaikkkk! Apa pon tak bole.

Nasib baik ada Angah. Tengkiu Angah atas nasihat. Jasamu di kenang. 

Pesanan penaja: Len kali kalau ada orang tegur duk speaking2 tanya khabar la hape, tolong jangan layan. Kalau dia bagi link tak payah nak buat rajin macam aku. Tak payah klik. Paham? Sekian.

Thanks for reading.

Saturday, July 16, 2011

July Give Away:kau sahabat kau teman by Hana,syafa dan kak yana

Assalamualaikum.


Di pagi yang hening Ieda di invite oleh tuan penganjur sendiri untuk join contest mereka. Ieda paling suka join kalau tuan penganjur sendiri yang invite. Rasa macam bertuah gitu. Yeah! Jum join bagi meriah. Tapi untuk perempuan sahaja. Kalau nak join boleh click banner yang comel tu oke.

Syarat-syarat:
  1. korang mesti follow blog hanasyafa dan kak yana
  2. contest ini adalah terbuka untuk sesiapa saja yang berminat.
  3. buat satu entry bertajuk July Give Away:kau sahabat kau teman by Hana,syafa dan kak yana
  4. copy banner kat atas letak dekat entry anda.
  5. ceritakan tentang sahabat baik anda . gambar korang dengan sahabat anda mesti ada(kalau takda letak lah gmbar sahabat anda).
  6. ceritakan tentang sahabat anda contoh: perangai dorang,fizikal "dia"
  7. ceritakan dugaan apa yang anda pernah tempuh bersama-sama
  8. ceritakan pengalaman paling manis anda dengan sahabat anda.
  9. copy syarat-syarat ini dan copy senarai sponser.
  10. tag kan contest ini dekat kawan-kawan korang sekurang-kurangnya 2orang (diorang mesti tahu tentang contest ni)
  11. lepas dah buat entry komen dekat post ini.


    Senarai sponsor:
    1. Husnaman Lens Shop
    2. FazUnique Collection
    3. many presents from kak yana
    4. Lovely Lil Efashion
    5. Topup from hana

Oke dah cukup syarat yang perlu di copy. Here we go untuk syarat yang ke 5,6,7,8.


Cerita tentang dia.

Oke, she is my friend, my best friend, my classmate, my roommate, and also my everything. Nama comelnya Feza. Saya dan Feza berkawan sejak tingkatan 1 dan sampai sekarang. Saya sangat kenal dia dan dia pun rasanya kenal saya kot. kami sentiasa meluangkan masa bersama seperti shopping, jalan-jalan, berkongsi pendapat, berkongsi cerita, berkongsi suka dan duka dan banyak lagi. kadang-kadang kalau kami keluar ke mana-mana pun ramai yang tegur dan tanya kami ni kembar ke adik beradik. kami mengiyakan sahaja. hee.. puas kami tilik entah mana sama muka kami ni. mungkin aura keakraban kami yang menampakkan kami seakan kembar or adik beradik. ahaks! apa pun saya sayang dia sangat-sangat! Bagi saya 9 tahun tu sangat lama. Oke. Feza ada lesung pipit. Dan dia kidal. (harus di inform ke? haha)

Shopping!

Dalam persahabatan banyak dugaannya, memang tak dapat di nafikan. Ramai yang saya tak pasti la dengki ke hape. Tapi pernah ada yang sengaja kot nak pecah belahkan kami dengan cara mereka cerita, menfitnah saya. Saya tak akan lupa pasal ada seorang kakak ni menfitnah saya yang menceritakan bahawa Feza keluar dengan laki lain la ape sedangkan time tu saya dan Feza balik ke kampung sama-sama. Tak sangka ada lagi manusia yang tak boleh tengok orang senang. Sumpah saya rasa macam kelakar sebab kakak tu macam tak de keja lain nak buat. Nasib baiklah kan si Feza lebih kenal saya dari kakak tu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong Tempat kami berlari dan bermain.

Pengalaman paling manis yang saya dan dia pernah lalui adalah kami bersama selama 5 tahun di asrama yang sama. Best sangat time tu. Yang nakal itu kami, yang baik itu kami, yang senior itu kami, yang junior itu kami. Kesimpulannya semua adalah kami. Masa untuk serius kami serius dan masa untuk bergurau kami bergurau. 

Dan sekarang kami masih lagi belajar bersama. We are pursuing Diploma in Hospitality Management. And going to grad this year.InsyaAllah.
Harap persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. Amin.

Saya tag:
dan semua pembaca.

Thanks for rading

Alhamdulillah dan Terima Kasih MJ.

Assalamulaikum.
Fisrt of all nak marah kat Encik Poslaju tu sebab dia dengan sesuka hatinya tak tekan loceng rumah saya. Padahal saya berada di rumah semalam. Kejam! Keluar dari rumah nampak ini tertempek kat dinding umah.

Ada nama saya oke. Dengan bangganya tarik notis tu buh dalam beg sebab nak balik putrajaya time tu. Eh maaf, senyum sorang-sorang dalam lif. Mana taknya, first time join contest dapat hadiah. HAHA. Jakun jap.

Tadi abang ipar p keja. Notis tu pun dia tak bawak. Tapi boleh ambik je barang. Sebab abang ipar keja kat pos. HAHA.

Lalu saya belek-belek bungkusan tu. Oh! baru teringat. MJ dah poskan hadiah tu. Saya ada join Contest Riview Blog Fix Computer Problems yang di anjurkan oleh MJ. Saya menang hadiah misteri. Alhamdulillah saya terpilih.

Ini yang saya dapat. USB drive 4GB. Terima kasih bebanyak MJ. 

Jum berkunjung ke blog MJ. Blog MJ adalah blog berkaitan dengan IT. Banyak info dan tips yang boleh dapat kat sana. Dan yang bestnya MJ ada banyak hadiah nak di beri kepada semua. Hanya perlu komen, untuk menjadi pengomen bertuah setiap bulan dan setiap tahun jugak. Hadiah yang sangat berbaloi-baloi.

Tekan SINI untuk ke blog MJ.

Thanks for reading.

Awak click, ieda click balik oke?