Friday, December 31, 2010

Azam Tahun Baru 2011.

Assalamualaikum.



wah! semangat betul nak sambut tahun baru. siap nak berazam-azam lagi. memang perlu la kot setiap orang mempunyai azam dan cita-cita. tapi la kan, selalunya ramai yang berazam beria bagai. padahal last-last habuk pun tak nampak. ada bermacam-macam pendapat tentang azam nih. ada pulak yang berfikiran macam nih.

  • Tak payah nak berazam-azam lah. Buang masa je.
  • Tak payah tunggu tahun baru kalau nak berazam.
  • Kecoh apa masuk tahun 2011 baru nak berazam. Tuhari masuk tahun 1432H takde pun nak berazam-azam.
  • Ia cuma satu budaya biasa bila tahun baru tiba.
  • Azam tahun lepas pun tak tertunai lagi.
  • Orang berazam, dia pun nak berazam. Tapi last-last azam tinggal azam je laaaa.

ouch! semuanya berbunyi negatif ya. orang cakap kalau nak buat benda baik tu tak payah tunggu tahun baru pun tak pa. *ni orang la yang cakap, saya tak cakap. tolong taipkan je. hari-hari biasa pun bole buat baik. penting ke azam tu? sebenarnya azam tu memang penting sebab dia macam doa kita la jugak. kalau kita nak kan yang terbaik,InsyaAllah baik yang kita dapat kalau kita usaha bersungguh-sungguh. tapi kalau hangat taik ayam je baik tak payah! *marah ni. heh!


Nah amik ni buat pedoman hidup.

Tips supaya azam tak tinggal angan-angan cuma.


  1. Berazam mengikut keupayaan
    1. Kalau kita tak boleh nak buat bungee jumping sebab ada masalah kesihatan, janganle buat azam nak ber-bungee jumping. Kalau rasa sesuatu tu di luar upaya tak payah le nak berazam-azam nanti jadi angan-angan. Contohnya, baru dapat lesen L tapi azam nak jadi pemandu F1. Patutnya azam untuk dapatkan lesen P dulu ok?
  2. Berpijak di bumi nyata
    1. Ye, memang kita patut tanam azam yang tinggi-tinggi tapi tak payah la nak over the top of mountain sampai kita sendiri pun rasa tak logik untuk kita buat/dapat. Azam nak beli Ferrari cash? Memang la boleh.. tapi kalau kita ni jenis boros, gaji pun ciput, nak bisnes takut-takut… mana nak datang cash beli Ferrari tu?
  3. Mempunyai perancangan yang mengiringi azam tersebut
    1. Aha, inilah perkara yang utama. Azam or pape, bukannya turun dari langit. Kita yang kena buat. Kalau azamnya nak dapat 10 1A SPM tapi hari-hari kerja tido, main games, belajar malas. Agak-agak dapat ke 10 1A tuh.
  4. Tulis azam di kertas yang boleh selalu dilihat
    1. Tampal kat dinding ke cermin solek ke. Hari-hari leh tengok kan?
  5. Jadikan azam tu sebagai amanah untuk diri sendiri
    1. Yang ni payah kalau kaki kelentong. Amanah orang pun payah nak pegang, ni plak dengan diri sendiri.
    2. Berazamlah untuk jadi seorang yang amanah OK? faham?




  1. di samping itu sama-sama la kita berdoa sesama kita oke. semoga semua azam dan cita-cita kita tercapai.

  2. kamtumi: ingat! insan yang cemerlang datangnya dari akal, hati yang bersih dan jiwa yang tenang


"Selamat Menyambut Tahun Baru 2011" 





Thursday, December 30, 2010

Moment

Assalamualaikum.

Dengan ini saya nak umumkan yang saya tak tidur semalaman sebab mood tidur tak datang. semua housemate balik rumah masing-masing. saya sorang-sorang kat rumah ni.*tipu belaka ya. feza,miza,nisa pun ada jugak! 

then tergodek la gambar-gambar mereka.




tak dak keja lepak tepi jalan

ala-ala perempuan melayu terakhir la weh!

baju saya tu agak terkeluar tajuk sikit ye.. 



ouch! tertuka tempat dengan akmal la pulak.


yeayy! hujan. jalan slow-slow sebab malas nak p class.


nak p KLCC.

birthday Cik Mya. *yang tudung itam tuh.


Thines a.k.a Khairul and Vijay a.k.a Khairil *memandai je aku ni


Duta MASA College


kat rumah fiq.

rindu ni semua!





Award dari Atika Aula

Assalamualaikum.



dengan bangganya nak cakap saya dapat first award dari Atika Aula. kalau awak-awak semua nak pun bole. sila la follow belog inithanks a lot ya dear! nak lagi bole? =) *lebih-lebih pulak budak ni,lempang laju-laju maw?

Wednesday, December 22, 2010

Main tukaq-tukaq

Assalamualaikum.

kamu semua mesti ramai kawan kan? bagus-bagus. sila bangga dengan diri sendiri kalau kawan lebih dari sepuluh. sepuluh ja? macam sikit kan? hmmm.. seratus la. penah tak kamu-kamu semua bilang berapa ramai kamu-kamu punya kawan? yang pernah tu nampak sangat kawan kamu sikit. so, kamu dikategorikan sebagai kalah oke. bagi anda yang tidak mampu mengira berapa ramai kawan kamu, kamu harus bangga kerana kamu adalah pemenang. sebabnya kamu boleh dikategorikan sebagai seorang yang 'FRIENDLY'

tak salah kalau kita kumpul kawan ramai-ramai. dengan niat yang baik. InsyaAllah semuanya akan jadi baik-baik sahaja. boleh tukar-tukar pendapat segala. kongsi masalah segala. macam-macam la. tak tau nak habaq.

nak cita sal kelas semalam. cikgu Nana suruh cari group untuk buat presentation. dengan muka tak tau asal usul kejadian. saya bangun then p kat group yang tak penah-penah pulak saya sertai mereka. sebabnya saya join mereka adalah kerana nak try la bekerjasama dengan ahli-ahli yang agak tidak pernah saya sertai. then, ain pun ada jugak invite saya masuk group mereka. ternyata memang lah lain caranya dengan group-group yang pernah saya join sebelom ni. sudah belajar sesuatu dari itu.

macam biasa. *biasa ka? saya telah meng-offer-kan diri untuk menjadi tukang tulis.


vijay pulak nak jadi tukang search.


amir and kamil pulak nak jadi tukang deco kata mereka.


ain tukang komen


ainun tukang tengok dan snap pic. HAHA.


zack and jaja pula tukang bluetooth pe tah kat handphone.




semua ada kerja masing-masing. sangat cepat kerja itu siap. kami group yang ke-2 hantar kerja tu. haaiiih. sangat la hebat tak tau nak kata dah. kesimpulannya, best kalau kita tukar-tukar kawan. lain-lain pendapat. lain-lain cara dan juga gaya.

notakakitangan: best buat kerja dengan anda semua. happening! thanks a lot.






Monday, December 20, 2010

Hanimun! khas untuk Akim.

Assalamualaikum.

tujuan entry ni adalah untuk bagi orang yang bernama akim amir jeles. jahat kan? oh tidak, biasa-biasa saja. tengok ni kim, bertapa bestnya kacau orang hanimun. sapa tak dak memang rugi. weeeee~

akim hat belah kiri tu. kenai dak?















ada banyak lagi. tapi tunjuk sikit dah la. satgi ada orang nangeh lak. weeeeeeee~

notahatilimpaparu: sila jeles ye kim! =P

Thursday, December 16, 2010

Adam Dan Hawa

Assalamualaikum.

 Adam,Mengertilah...
Hawa Bukanlah Insan Yg Kuat..
Bukan Juga Insan Yg Bisa Menahan Nafsu..
Tatkala Diri Diuji, Hawa Sering Tewas...
Tewas Dgn Godaan Syaitan & Nafsu Sendiri..

credit to google

Adam,Mengertilah...
Sungguh, Hawa Telah Cuba Melakukan Yg Terbaik..
Agar Diri Ini Tidak Menjadi Fitnah Dunia...
Telah Hawa Cuba Menjaga Diri Ini Sebaik-Baiknya..
Hawa Sedaya Upaya Menjauhkan Diri Dari Tabarruj..
Perfume, Make Up, Perhiasan...
Telah Hawa Elakkan Sejauh-Jauhnya..
Namun Mengapa Masih Adam Tertarik Pd Hawa
Yg Serba Kekurangan Ini..

credit to google

Adam,Mengertilah...
Hawa Ini Berjiwa Lembut...
Sukar Untuk Hawa Menolak Bila Adam Meminta...
Hawa Tau Permintaan Adam
Tak Mungkin Membawa Hawa Ke Kancah Maksiat...
Namun, Hawa Lemah...
Hawa Takut Zina Hati...

Adam,Mengertilah...
Setiap Kali 'Sms' Diterima..
Hawa Keliru...
Ingin Sekali Hawa Membiarkan Sahaja..
Tapi Hawa Akur Tuntutan Sahabat...
Hawa Tewas...
Hawa Reply Juga...
Mengenangkan Adam Adalah Sahabat....

Adam,Mengertilah...
Setiap Layanan Yg Hawa Beri Hanya Sekadar Membantu..
Mungkin Hawa Adalah Antara Kasih Sayang Allah Yg Dikurniakan Buat Adam..
Memudahkan Perjalanan Hidup Adam..
Jgn Disalah Tafsir Apa Yg Hawa Berikan..

credit to google

Adam,Mengertilah...
Hawa Mengharapkan Adam Menjaga Hawa..
Namun,Bukanlah 'Couple' Yg Hawa Pinta...
Tp Cukuplah Sekadar Tidak Memandang Hawa..
Cukuplah Sekadar Menghormati Hawa Sebagai Hawa..
Jgn Dipinta Apa Yg Tak Mampu Hawa Berikan..
Kerana Hawa Milik Allah Sepenuhnya...

hmmmm...

Assalamualaikum.


kawan-kawan sekalian, saya teringin sangat-sangat nak minum ayaq macam tu. tapi saya demam ni. encik boyfren kata jangan minum ayaq karan *air yg berais. hukhuk.. kawan-kawan tolong doakan saya cepat sembuh sat maw tak? tolong la maw. doa tau. saya janji saya akan sayang kawan-kawan sampai bila-bila. 

Muaaaaaaaahhhhhh! ops!

Wednesday, December 15, 2010

Letih la letih..

Assalamualaikum.

Hampir bersawang belog saya ni. al maklum lah kan, saya duk kampung ja. lepas final exam ritu cuti 3 minggu. kat kampung line tak berapa nak mengizinkan untuk saya meng update belog ni. masa cuti tu macam-macam la jugak yang sempat saya buat kat rumah. sampaikan sekarang saya telah demam! sangat tidak suka akan demam. rimas la. batuk,sakit tekak, kepala rasa berat ja, hidung lak tak leh bernafas. rasa macam nak mati la pulak. huh! tamau la kot. 

kebetulan balik ritu kakak yang nombor 2 tu nak kawin. so, saya and mak kemas-kemas rumah yang maha bersepah tu. godek-godek bilik yang bagai stor simpan baju tu. jumpa baju baby yang sangat comel sekali. mak tunjuk baju yang mak pakaikan kat saya time baru lahir tu. ouh! sangat-sangat kecik! 

mak cakap ni baju 1st saya pakai.

punya la nak tunjuk batapa besarnya saya sekarang berbanding time baru lahir.

semua ni baju saya time comel dulu, sekarang da tak comel.

lepas kemas-kemas rumah segala, saya menjalankan operasi buat kotak comel untuk hari knduri tu. mula-mula tu saja-saja nak test. tiba-tiba kotak tu jadi comel betol-betol.. *ops! perasan la kau!


kotak yang di maksudkan. comel kan?*sila angguk kepala anda oke



saya buat kotak ni 450 biji. sangat penat sekali lah. 

da habeh cita buat kotak mai pulak hari kenduri. mensnap pic kakak saya yang kawin itu. 







ni pic lepas nikah. waktu sanding baju len. tak sempat nak snap sebab ramai tetamu.

adoi la, sangat penat. hah! nak cita ni. sangat-sangat la geram pada en.boifren saya. ayat punya la best minta maaf sebab tak dapat datang. tut tut, sampai depan rumah. rasa macam nak cekik ja la kan. tapi orang ramai, terpaksa la buat-buat cool.


nampak macam cool kan? tapi hakikatnya letih oi.

ha tudia, hudoh troih!

saya terdemam!

dengan berbekalkan iman dan takwa (haha, sila muntah) saya terpaksa menghadirkan diri ke kelas. sebab terpaksa adalah kerana saya da terponteng kelas hari isnin. sebab ponteng pula adalah kerana saya balik ke puchong ni lambat. sebab balik lambat adalah kerana kesian kat family nak mengemas rumah yang maha serabai selepas kenduri tu. kukuh kan alasan? *angguk cepat!

sekarang saya tengah demam. malas nak cita panjang walaupun ada banyak lagi cita yang belom diceritakan. lain kali la kot cita. babai.

pesanan untuk tukang baca: sila doakan saya cepat sembuh. da tak tertanggung da ni. thanks. =_=

Awak click, ieda click balik oke?