Thursday, January 27, 2011

Thanks Sharifah! Saya Ambik!

Assalamualaikum.

Nak bikin hal lagi nih. huhu. bukan-bukan! nak habaq p kat hangpa nih, cek dapat award dari Cik Sharifah sebab cek follow dia. terima kasih banyak-banyak la Cik Sharifah. nanti bagi lagi oke. cek memang suka ambik-ambik kalau orang bagi-bagi. ni award yang beliau bagi. 

tadaaaa!


comel kan? sila angguk cepat! sapa nak award jugak sila la p mintak kat Cik Sharifah di belog beliau. HAHA. cakap ieda CUMA yang suruh mintak. weeee~ jalan nak p belog beliau pulak, sila kelik award yang beliau bagi tu.

Sekian Terima Kasih! cek nak mandi. Babai.

Wednesday, January 26, 2011

Saya tetap nak cakap saya SAYANG dia. Ada masalah?

Assalamualaikum.

muka marah style baru.

awas! saya tengah marah. HAHA. ayat mintak sepak sampai mati. nak buat luahan perasaan kat kamu wahai belog. sila dengar. nak habaq nih, saya sedang berexam. semalam buat-buat jadi macam ulat buku, baca buku gila tekun lah kan. tapi macam biasa tekun dan juga hingaq sampai semua orang boleh hafal apa yang saya hafal. itu style saya. sila jangan tiru. 

sebenarnya tengah marah ni. tapi buat-buat macam tak marah sangat. haha. bole lak camtu. baca buku tu sangat bosan oke. so, amik keputusan untuk on FB sat. bukan sat! lama kot. macam biasa, saya layan chat yang penting sahaja. kalo setakat chat yang dok p tanya "dah makan?, dah minum? dah tido?, dok buat apa?, BF sehat? nak no bole? nak kenal bole? awak dok mana?" saya sangat tidak akan layan. sebabnya saya da terangkan segala bagai detail saya di FB sana. nak tanya apa lagi? tampaq maw? tak reti baca ka?

pastu kan ada la sorang insan nih. saya sangat yakin yang dia menyimpan rasa ketidak puas hatian terhadap saya. *betol ke ayat tuh? detail insan tuh, laki, sebaya saya sebab sekelas masa skola rendah nu, tak da la hensem sangat. errrr~ memang tak hensem pon! amik hg!

dia ni dulu pernah menyimpan perasaan kat saya. bukan saya nak perasan tapi dia memang penah mintak couple. eeeer~ please try later lah. saya tak layan orang macam anda. semalam tiba-tiba dia chat saya. dia cakap " weh! nak habaq nih. dah relationship rupanya. dulu hg nih bajet tiptop gila, aku ngorat tak layan, tapi lani baru aku taw. tak da la apa sangat hang nih. biasa ja."

weeee~ dia cakap saya bajet tiptop? nak bajet tiptop macam mana eh? tolong ajaq mai sat. adakah sebab anda tak di layan terus anda cakap saya bajet tiptop? awww~ suka aku lah! kacau hang? 

da relationship? yup! ada masalah dengan tu? kacau hang jugak? tak kan? so? paham-paham jela.

heh! tak ada apa la sangat saya nih? sapa cakap tak da? saya di lahirkan sempurna  oke. cukup sifat. tak pernah kacau hidup orang macam yang anda buat. itu lebih baik oke.

anda ngorat saya tak layan pun salah ka? suka ati saya lah saya nak layan ke tak. saya tak da maki hamun awak kan? saya cakap baik-baik kan? sumpah saya tak suka la habiskan masa nak maki orang.

haihh! apa la masalah dia ni. sampai sekarang saya tak berapa nak tau apa yang dia nak. tak paham bahasa melayu kot. maaf la, saya tak tau nak cakap bahasa omputih macam ayaq. so, bahasa indah saya melayu jela. tolong la cuba paham. saya malas nak layan anda oke. saya nak anda tahu yang saya SAYANG dia. tolong tak payah nak ajar saya oke. saya tau apa yang saya buat. tak suka saya tak yah la dok buat-buat ambik tau hal saya. saya tak perlukan semua tu.

saya adalah saya oke! kawan-kawan yang comel sekalian, doakan saya dapat jawab exam dengan tenang ya. muahhh! ops! bye.

Tuesday, January 25, 2011

Contest Kami Post Paling Comey!

Assalamualaikum.

Di hari mulia ini saya terjalan-jalan kat blog Cik Amni dan terfollow beliau. lepas tuh kan. saya terjumpa contest yang beliau anjurkan nih. tajuk macam kat atas. setelah terfikir 100kali, saya macam terasa yang saya ada gambar yang tak berapa nak paling la kan. tapi bole la nak dikatakan comey sebab saya sangat-sangat cintakan itu gambar. so, saya pun nak mecuba nasib mempetaruhkan itu gambar untuk contest nih. intro panjang berjela. sah budak ni mulut hingaq! HAHA.. 

banner nih salah satu syarat sah contest!

gambar yang post paling comey la kot.

saya join contest ni sebab menarik, sangat bajet post itu paling comey, rasa macam comey ja kalau terpilih. HAHA. lagi 1 sebab nak ngorat tuan penganjur bole? HEHE.

untuk keterangan lanjut kepada sesiapa yang nak join jugak boleh la pi melawat cik penganjur kat SINI.

saya heret mereka untuk join contest nih di SHOUTMIX oke.

Sunday, January 23, 2011

Thanks Scyha!

Assalamualaikum.

Entry nih khas untuk si baik hati Scyha. awww~ dia bagi saya award sebab saya jawab soklan dia dengan betul. Scyha tanya apa yang saya nampak kat si comel ni.

saya curi pic nih tampal sini jap taw!

comel kan? nampak tak? dengan yakinnya saya jawab lah nampak LOVE tuh!

then, ini saya dapat! nampak tak nama saya kat award tuh! bangga sat.


terima kasih ya Scyha! nak lagi yoooo... HEHE..

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG !

Assalamualaikum.


next week mid term exam. tapi nak luangkan masa jap nak join ini. korang nak join pon bole. sila klik SINI.

hatilimpaparu: Doakan saya untuk exam next week ya!

Wednesday, January 12, 2011

Zaman Gelap.

Assalamualaikum.

semalam sedang berFB, chat dengan cikgu disiplin sekolah kot, En.Rosli Saidin. kalo dengar nama tu time skola dulu memang sume cabut lah kan. tapi sekarang siap boleh chat macam kawan kot. maka dengan itu ter-rindu la pulak kat sekolah dulu-dulu. HAHA. nak gelak pun ada gak la sikit. macam tak boleh blah la bila pikiaq balik time sekolah dulu.  agak nakal ketika itu. siap ada geng bagai. tak paham troih. saya sekolah kat seri nibong,Nibong Tebal,Pulau Pinang! dah confirm lah kat Penang kan.

sekolah saya nih macam pelik sikit kadang-kadang. cuba tengok pic hamba Allah ni. kun tudung hat warna hijau terang nak mati tuh lah yang selalu dibebel. kun tudung tu tak pa la jugak sebab macam tak berapa nak kacau idup orang tapi masalahnya siap kena pakai jarum hat ada kepala nuh! adoi la, punya rimas. kalo la jarum tuh color putih tak pa la jugak weh, ni warna ijau terang benderang kot! gila macam sakai. sumpah kami suma jadi cantik bila pakai jarum tuh. *geli gila arh! 


name tag ni lagi la masalah,siap color kuning pastu combine dengan biru. apakah wei? HAHA.. tapi kami semua redha ja. buat-buat bangga bila pakai. geng-geng saya boleh la di katakan yang agak tidak nakal la sangat. tapi yang paling tak tahan, geng tuh macam wajib pulak. time form2 paling ramai lah ahlinya. lebih kurang dalam 14 orang 1 group. semua dok hostel and bila lapaq ja kami semua sedaya upaya berusaha untuk "fly" sama-sama. gila best weh bila dapat "fly". cuba bayangkan 14orang nak lompat pagar. memang kantoi lah kan. HAHA.. sakai betoi la. awat yang bongok sangat tah.

mai form3 pulak semua excited nak exam. conteng merata alam lah '8A PMR'. hotak hang! 8A celah mana kalau asik nak mengukur sekolah. HAHA. seronok la kot bila dapat tawu luas kawasan sekolah. ngoks! time 'prep' pulak semua pakat-pakat tidoq. warden pun sampai tak terkawal dah. sekali senior-senior pun tidoq,apa kes nih? itu bagus untuk kesihatan oke. 

time form4 dah ramai ahli-ahli yang tak dak. pindah sekolah segala. so, tak berapa nak otai lah time tuh. dalam tak otai pun boleh jugak ada yang kena tangkap panjat dinding hostel. HAHA. itu saya and kilah oke. motif panjat sampai sekarang tidak diketahui. errrr~ saja bikin hal.

 time bulan posa pulak terawikh di sebelah malam itu wajib bagi kami walaupun sunat. punya la malas nak p tarawikh. time tu Aina iaitu kawan baik saya memegang jawatan sebagai ketua Exco Ibadah. waktu tu saya and the geng tak kawan ngan dia. HAHA. dia geng lain. *anti gila kat hang aina wei. maka dengan itu saya and the geng pakat-pakat tak p semayang tarawikh. konon bijak lah kan. siap p sembunyi dalam fire hoses bagai. lebih kurang 6orang la kot time tu. kalau semua kecik-kecik satu hal la kan. ni tak, semua hat gedabak punya nu. siap main gelak-gelak lagi dalam fire hoses. memang kantoi la kan. errrr~ denda! jahat hang Aina. sanggup noh hang denda kami. HAHA. last-last Aina jadi geng kami.

tak serik pun. lampu dorm wajib tutup pukul11 malam. tapi jangan tutup taw. rileks dulu, makan megi ruski Tom Yam. gila femes la megi nih time tuh. yang paling saya ingat lah kan hawa, ninim and nisa and semua la kawan-kawan saya sangat suka itu megi. kalau makan diam-diam tak pa la jugak. tapi kami pelik sikit, makan dan juga bercakap! bising tu wajib oke. pastu warden datang. ceramah sikit then bawak selimut segala tidoq kat dataran ampaian oke. sejuk nak mati. padan muka! 

bab bercinta pulak serah la. HAHA. macam bangang! orang sibuk nak exam. kita sebuk nak cinta-cinta pulak. tak paham teroih. siap main-main tulis atas kertas. suruh kawan bagi. gila jijik arh. muntah wei. awat la jadi gu tu. selamat lah saya ni jenis teror sikit. tak penah kena tangkap couple. mungkin sebab couple tak ikhlas kot. weeeee~ shhhh. rahsia. bongok!

time form 5 pulak agak dah besar kot. tak dak la sangat benda terkutuk yang kami buat. ni la masa untuk kami pulak rasa apa yang senior rasa time jaga kami dulu. gila macam sakai perangai. memang ramai adik-adik lah time nih. macam-macam perangai. ada ka patut pasal berus gigi pun nak gado. gelak guling-guling arh! ada sorang adik nih, Izzati kot nama dia kalo tak silap. dia ni paling pelik sekali la di dunia. setiap kali balik dari rumah kan, dia mesti bawak bekalan untuk saya. HUHU. kadang-kadang kek la, kuih itu dan ini, nasik segala. macam-macam la. bila di tanya kenapa bagi? dia cakap mak yang suruh bagi kat Kak Da. celah mana la mak dia kenal saya. HUHU. sangat beruntung!

paling tak best sekali time tuh tak bole bawak handphone and camera segala. tapi ada la jugak yang bawak. HAHA. so, tak da la pic nak ditunjukkn. bila di godek-godek balik lam laptop nih, jumpa la sikit pic saya and mereka. tapi bukan time sekolah lah. time dah besar kot.

time perjumpaan Alumni. dari kiri Nana,Wanis,Ustaz Hasrol Dani (kaunselor),Me,Feza.

ni kawasan kelas saya oke! mish!

tuh la hostel kami. kiri Aspura and kanan Aspuri

nih emi, kawan laki yang paling cool lah. kenal dari darjah 1 sampai sekarang kawan lagi weh! *weh sewel! rindu hang.

nih ira. kawan dari darjah 1 jugak. comel kan?

ini Wanis a.k.a Wanda. mish u.

hat ni Nana. kenal sejak form 1. dia macam tukang sikit. macam-macam dia bole buat. mish hg weh!

ini Kilah. yang kantoi panjat dinding hostel tuh. agagaga. jum dating Kilah! rindu nih.

ni Faema ku sayang! duk dua-dua lam class. belakang sekali oke. rindunya time tuh!

time p raya umah dia 2 taun lepas.

ni Feza. dia masih bersama saya hingga sekarang. so tak rindu lah. lebiu!


time graduate form 5. muka baik. HAHA. hat depan nih Maisarah

time join 3R (Remaja Raikan Ramadhan) kat USM.

ni pic time grad jugak. rindu sama kamu suma la weh! jum reunion nak? plezzzz!


time p kenduri Sofi kawin.

Me,Kin,Warah,Kilah,Ninim

bila tengok balik pic ni, sumpah nak nangis weh. 5 taun hidup sama-sama,kadang-kadang gado,kadang-kadang baik pulak. sungguh tak paham. tapi kalian suma sahabat,kawan, teman dan segala.

hatilimpaparu: Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah KAWAN berfikir yang baik.. ♥ kalian terbaik!



Monday, January 10, 2011

CRAZY LOVE CONTEST

Assalamualaikum.
  
kali ni nak menggedik untuk join contest ni pulak. tak paham kenapa rajin sangat nak join. ngeeeee~ suka-suka. korang nak join pun bole. terjah SINI.


nah. tak paham pe motifnya pic nih. pic ni di ambil taun lepas.benda alah yang agak macam bentuk love tu sebenarnya gelang! HAHAHA.. flexible oke. cik Aini cakap asalkan ada LOVE. so, macam love la jugak kot.


tag jz_min, Eyka and Nesa.

'KAMI BERBAJU KURUNG/MELAYU , KAMI TETAP OTAI'

Assalamualaikum.

di tag oleh Nelly untuk join contest yang di anjurkan oleh Combi. Detail sila clik SINI. so,nak sambut seruan lah. terima kasih ya Nelly. tak de pic otai and yang ni la kot paling otai sekali di dunia.

tadaaaaaaa!

 saya dan dia (feza) kawan baik uh. sejak form 1 sampai sekarang. sampai skarang mksudnya sampai kami ambik diploma sama-sama kt tmpat yg sama. sejak form 1 duk hostel sama-sama and sekarang pun duk umah yang sama,bilik sama dan segalanya sama la. pic ni di ambik lepas class. baju ni pulak di buat time form 5. time tu nak masuk pertandingan nasyid la kot. dapat tempat ke-2. sejak kami kenal and sampai sekarang ramai yang cakap macam adik beradik and ada jugak yang cakap macam kembar. masih belum di kenal pasti lah kat mana la yang kembar tuh. hope persahabatan nih kekal selamanya lah. sekian.

saya tag:

"blOglist blOgger 2011"

Assalamualaikum.

saya dengan bangganya nak cakap la kan saya di tag oleh kawan baik saya nih jz_meant untuk join mende nih. terima kasih ye min. so, saya dengan berbesar hati menyambut seruan ini untuk join bloglist Cik Diana. kalo kamu nak join jugak sila godek SINI.

beliau seru untuk perkenalkan diri aw.
ehem,nama penuhnya Rohida Binti Razali. Umoq akan genap 21tahun pada tanggal 8 Mac ni. so sekarang bole dikategorikan sebagai 20 lah. masih study. taken Diploma in Hospitality Management. suka itu sebab all about service. suka cakap-cakap ngan orang. kenal-kenal mereka segala. ouh! asal penang lah. Bukit Mertajam oke. sila la kunjung kesana.


Cik Diana cakap letak header and describe.
haaah.. tataw nak cakap lah. sebab header yang amat buruk jika dipandang dengan mata kasar. tapi sangat bangga sebab saya cipta header sendiri weyh! pic lam header ni saya sendiri lah. "ieda CUMA?" for short its mean saya adalah saya. tak de orang lain yang bole jadi saya and saya juga tak suka jadi orang lain. ngeeee~ peace! oke, sal name of my blog? "proudtobeieda" sedia maklum la kot. maksudnya saya bangga la jadi diri saya. heeeeee...

tag cinta ati nih:

Thursday, January 6, 2011

without Tittle oke.

Assalamualaikum.

awat yang duk hilang hah? ampun dan maaf di pinta lah kepada suma yang datang singgah-singgah sini. singgah dah banyak kali dah tapi entry tak jugak tukaq. mana la pi tuan belog ni. ada-ada, ni ha. tuan belog tak dak masalah pa. yang bermasalahnya adalah berukband nih. line tak berapa nak mengizinkan. dia marah sebab saya online sampai tak ingat dunia. heh! padan muka. 

oleh kerana beruk saya sedang merajuk,saya pun kena la berenti meng-update belog kuh yang ensem kadang-kadang nih. lagi pun banyak la pulak assignment yang nak di siapkan. nasib baik cikgu baik-baik dan comel-comel belaka. so, semangat la jugak nak siapkan assignment. tak tau la kenapa,sem ni agak best dari sebelum-sebelum ni. yang paling best sekali la kan,time lecturer masuk lambat. tiba-tiba terus jadi gila. huh! gila glamour ya. 






ribuan terima kasih lah di ucapkan kepada siti sebab tolong jadi photographer yang tak bertauliah untuk saya. 

bila lecturer tak masuk lagi ja kan,suma pakat-pakat bukak loudspeaker punya sora. kuaq habeh cita zaman prasejarah dulu nu. bajet macam sejarah dapat A++. malas la la kot nak layan cerita mitos nih. bek menggedik lagi baguih. tak kacau orang pun. bila lecturer mai suma pakat diam. pura-pura suci la nok.

dah lecturer masuk pulak assignment mula la tinggi macam KLCC.*ini hiperbola sahaja ya.  tak tau la nak buat yang mana satu. last-last suma tak yah buat la kot. dush! hotak hang!. ha amik,padan muka. huh! sangat la penat kot bila da mula sem baru nih.so, kalau dok buat lawatan kat sini tapi entry tak jugak tukaq. paham-paham jela. saya masih bersekolah.*bajet muda. ish! rasa macam nak pi sekolah balik ja aih. lam kelas duk belakang sekali ngan faema. dia bawak krepek pa tah. time cikgu duk ajaq,kami makan kat belakang. makan diam-diam sebab satgi geng-geng soib,najmi,megat,rafizal tu nampak confirm depa mintak. 'wei,aku rindu hampa'. nah,cakap sorang-sorang dah.

notapenaja: untuk para pelawat saya sekalian. thanks sebab buat lawatan ke sini ya. kalau free InsyaAllah saya akan buat kunjung balas ke belog anda semua. wish me luck okay!




Monday, January 3, 2011

Blog Review 2011 by Nurulchumel.

Assalamualaikum.


nah. tiada arah lah kot sejak kebelakangan nih. asik join je apa segment-segment blogger ni. uh,itu tidak salah bagi saya. oke, kali ni nak join ini segment pulak lah. hope penyertaan ni di hargai ya. ngeee~ nak tambah kenalan sebab suka kenal-kenal. kawan di alam reality juga sudah banyak nak tambah pulak kawan di alam fantasi. *haha,alam fantasi ke ni hah? maksud saya kawan yang kenal guna jari nih. orang cakap "berkawan biar beribu,bercinta biar satu" *cinta banyak-banyak pun tak pe kot. HAHA.

more details click banner or  HERE.

harap Cik Nurul boleh lah review belog saya yang tak berapa nak hensem nih. boleh la kritik-kritik apa yang kurang or terlebih-lebih.





Sunday, January 2, 2011

Segmen Insan Tersayang

Assalamualaikum.



ewwww! sangat suka banner ni sebab warna pink gitu oke. kali ni saya nak join segment insan tersayang ni pulak. sebab menarik and nak promote lah kat anda-anda tentang insan yang saya sayang. korang pun boleh join ini segment. further detail intai SINI.

antara mereka yang saya sayang:
gambar hiasan sikit bole kan?

Razali Bin Ariffin (Daddy saya)-16/5/1960
Maimunah Binti Bahari (Mummy saya)-6/11/1962
Rohiza Binti Razali (kakak saya)- 20/7/1983
Rozila Binti Razali (kakak saya)-19/7/1985
Rohaya Binti Razali (kakak saya)-19/11/1988
Mohammad Nur Ameen (adik saya)-15/5/1993
Mohammad Nur Iman (adik saya)-11/12/1994
Nur Fatin Najwa ( adik saya)-2/9/1996
Muhammad Ikmal Hakimi (adik saya)-19/5/2003

lebih dari 5 bole kan? ngeee~ tapi awas ya, tuan pengajur segment ni tak benarkan letak nama boyfriend,girlfriend,and yang angkat-angkat segala. aware of it oke.

ucapan untuk sayang-sayang saya:


jerit kuat-kuat nih. errrr~ saya sayang sangat-sangat kat sayang-sayang saya nih. walaupun kalian jauh di mata, tapi dekat dihati gitu ya. thanks for everything! muaahhh! mish you all so much! *bajet macam duk luar negara la pulak.


ucapan untuk blogger pulak haih:

nak cakap-cakap kat sini heh. sayangi la mereka selagi masih ada. mereka? maksud saya orang yang ada di sekeliling kita lah terutamanya family kita sendiri. sayang mereka banyak-banyak dulu baru bole sayang orang lain.oke?

saya tag mereka:

Saturday, January 1, 2011

THE SIMPLE BLOG BUT STILL NICE TO LOOK.

Assalamualaikum.

layan ni jap. jum-jum.

yeah! sempena tahun baru ni kan, saya maw join ini contest yang di tag oleh Nelly. Thanks again ya Nelly. Bertuah uh.


jum-jum ramai-ramai join ini contest ya. detail terjah SINI.


saya mau tag mereka:-


Atikah
Yann
Muink




Award Azam Baru dari Umar.

Assalamualaikum.

tadaaaaaa! weeeewiiit..

ello anda! saya dapat award ni oke. thanks Umar. nak jugak? buleh-buleh. award ni saudara Umar yang kasi. so, pegi la mintak kat dia, kat SINI.

Apa azam lama yang saya masih ingat eh?
errrr~ atoi, lupa-lupa. masa kat cekolah dulu la kot. berazam beria bagai nak belajar sungguh-sungguh tapi kadang-kadang belajar sungguh-sungguh dan juga kadang-kadang main-main sungguh-sungguh. macam tu baru adil dan saksama oke. peace! 

saya nak menge-tag mereka.

"jom join ; BLOGLIST SHARA 2011"

Assalamualaikum.

important! ini trademark oke.


auch! mau join ini cik shara punya bloglist lah. 

shara tanye napa nak join bloglist shara?
 na jawab neh. sebabnya la kan shuke cerita shara la kan. menarik, tertarik and so on lah. senang baca, senang paham, sumanya senang la kot. 

categori pilihan? 
weee~ saya gadis IDAman oke.  
tulisan IDA dibesarkan sebab IDA itu saya! 

Awak click, ieda click balik oke?