Wednesday, November 23, 2011

Berserabut la menda alah ni.

Assalamualaikum.
Danish butter cookies tu sedap. Serius. Saya layan cookies ni time buat report yang maha serabut kepala otak. Saya ulang, serabut kepala otak. Paham? 


Saya benci bila lori sampah presint 14 datang kaut sampah kat sini. Saya tak benci lori tu. Serius lori tu tak datangkan masalah. Serius lagi. Masalahnya sekarang, setiap kali lori sampah tu datang, dan setiap kali itu juga lah anak buah saya akan heret tangan saya, lalu berdiri di tepi balkoni sambil menikmati pekerja pekerja tersebut mengutip sampah. Oke, ini dugaan baby sitter. Saya seperti mahu jerit supaya pakcik tu heret sampah tu cepat cepat. Tapi, pastinya pakcik tu akan dongakkan kepalanya ke atas, lalu jeritkan kepada saya "sini kau tolong aku!". Saya tak nak!


Oke, lori sampah dah balik.


Tinggalkan cerita tak penting itu.
Saya demam. Sebab report. Saya benci buat report. Saya pasti yang report tu pun akan benci saya. Taip padam taip padam. Saya tak paham apa yang saya taip. Saya yakin orang yang baca lagi lagi dan lagi la tak paham. Memalukan.


Terima kasih kepada yang suka buat onar kat tempat practikal saya tu. Sebab anda la saya susah. Saya minta info semua tak boleh. Apa yang boleh? Apa pon tak boleh. Alasan tak munasabah. Saya tak boleh terima. Sekarang yang susah saya. Bukan saya sorang, tapi tiga lagi kawan yang sama tempat practikal dengan saya. Anda pasti gembira kalau tengok saya menagis kan? Anda melayu dan saya melayu. Susah sangat nak tolong sesama kaum kan? Sampai bila kaum melayu nak maju. TAK AKAN! sampai bila bila pun tak akan kalau masih ada manusia yang macam ni. Sumpah saya geram. Malu.


Saya pasti saya boleh buat! Saya akan cuba berhubung dengan onar sendiri dan bukan orang yang buat buat onar. Anda duduk diam diam. Terima kasih daun keladi. Tolong jangan langgar saya kalau jumpa kat luar. 


Report perlu di siapkan.
Saya nak menangis. Sentap. Ambik bantal tutup muka.



Saturday, November 12, 2011

Indahnya hari ini.

Assalamualaikum.
Hye kawan. 
Tadi saya kerja. Tapi salah set jam. Bangun pukul empat dan terus mandi. Kerja pukul tujuh. Memalukan. 

Dekat tempat keja ada dalam lima orang cakap saya gemok. Sentap. Tapi saya senyum. Tanda setuju. Yang saya hairan. Sejak bila kelima-lima orang tu usha saya. Sampai sekarang saya rasa macam saya artis. Geli.

Balik rumah saya duduk tepi tingkap. Tengok luar. Saya nampak kapal terbang sedang bersuka ria. Tiba tiba saya teringat Keluang Man. Tawu cerita tu? Angguk jela. Cuba nyanyikan lagu keluang man tu dengan nada mendayu dayu ja. Serius layan. Cuba la cuba. Menarik.

Tadi pegi pasar malam. Ada katak lompat naik atas seluar. Ish, bertuah. Saya kira katak tu tawu saya tak suka dia. Lagi mau manja manja. Berambus kau! Saya marah dalam hati. Tak sanggup nak luahkan kepada beliau. Takot beliau kecewa.

Apa lagi yang indah hari ni?

Oh ya. saya mengatuk. k bye!

Awak click, ieda click balik oke?