Wednesday, January 23, 2013

Nak kena kata WOW ka?

Assalamualaikum.

Terpegun. Terkesima. Terdiam. Terduduk. Tersenyum sorang-sorang bila lama tak buka laman sesawang facebook. 

Yang single dah couple. Yang couple dah tunang. Yang tunang dah kawin. Yang kawin dah berbadan dua. Yang badan dua dah bersalin. Ha kan. Baru beberapa saat saya tak buka facebook. Syukur Alhamdulillah. Tahniah.

Saya bahagia. Macam "eh, dah besar kawan-kawan aku nih". Saya kecik lagi. So, saya masih di takuk lama. Saya doakan kalian semua bahagia. Kalian haruslah doakan saya jugak. Baru sweet.



Saturday, January 12, 2013

Tak normal

Assalamualaikum.

Saya tawu semak. Sawang. Sampah. Semua yang lama. Buruk. Meluat nak pandang. Ok. Terima Kasih.

Dulu, awak jadi teman kalau saya kebosanan. Lepastu saya tinggal awak sebab saya dah ada teman. Tapi sekarang teman dah hilang. Saya harap awak dapat jadi teman saya macam dulu-dulu balik.

Macam mana saya buang awak. Macam tu la orang dah buang saya. 

Cakap banyak orang bosan. Tak cakap orang heran. Kenapakah? 

Sekarang saya ada hati, dan awak juga ada hati. Saya jaga hati saya. Awak? ikut suka awak la nak jaga ka tak mau. TERASA.


Friday, December 30, 2011

Andainya aku pergi dulu sebelummu.

Assalamualaikum.
Andainya aku pergi dulu sebelummu. Kamu harus tahu motif aku letak gamba ni dalam entry ni. Kamu cakap aku gemuk dalam gamba ni. Padanlah dengan muka kamu kan dapat awek gemuk. Padan la padan! Aku harap lepas ni aku akan lebih gemuk supaya padan muka kamu banyak banyak kali.


Andainya aku pergi dulu sebelummu, aku harap kamu tak marahkan aku sebab publishkan entry macam ni tanpa izin kamu. Kamu selalu marah kalau aku sebut pasal mati. Masalahnya masti itu pasti, entah hari ini, esok, lusa atau tulat. Itu, aku pun tak pasti. Tapi yang pastinya mati itu pasti. Aku nak kamu tahu itu.


Andainya aku pergi dulu sebelummu, ingatlah. Pada ketika ini aku sedang bermuka buku. Bosan lah teramat sebab dari pagi tadi aku kira aku bermuka buku. Hanya muka buku. Tiada lain. Oh ya, juga imesh yang aku pasti kamu tertanya tanya laman sesawang apakah itu. Tapi tak mengapa. Itu tak penting. Ianya mungkin penting jika ini merupakan laman laman terakhir buatku.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Tolong amil tahu, bahawasanya hari ni aku mandi dua kali sahaja di sebabkan hujan turun dengan lebatnya tengahari tadi, lalu aku membatalkan niatku untuk mandi tengahari tadi. Mana tahu mandi malam tadi kali terakhir aku mandi sendiri dengan menggunakan tangan lembutku.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Buat buat tahu lah, sesungguhnya dari pagi tadi aku tunggu mesej dari kamu sampaikan empat pinggan setengah nasik aku habiskan. Aku nak kamu tahu sesungguhnya kamu selalu bagi peluang untuk aku menternak lemak tepu dalam badan aku.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Aku nak kamu tahu, dunkin donut itu hari yang kamu cakap nak belanja tu. Aku masih mengharap aku dapat makan dunkin donut tu. Dan terima kasih kerana kamu suka buat aku menangis sambil tersenyum. Terima kasih.


Andainya aku pergi dulu sebelummu. Aku teringin satu benda ni. Tolonglah jangan panggil aku pegkikis tegar. Aku cuma teringin. Biarlah aku teringin. Tapi aku kena cakap jugak. Aku nak teddy bear yang besar besar. Teddy bear tu kalau boleh aku tak nak yang ada ekor sebab aku meluat la tengok ekor ekor dia. Bulu teddy tu kalau boleh aku nak yang warna coklat. Lepastu bulu dia serius gebu. Yang boleh peluk dan tidur tak bangun bangun lalu emak aku ambil sebaldi air jirus tepat tepat dekat muka aku baru aku nak bangun. Ya, serius. Serius aku teringin teddy bear macam tu. Aku harap kamu boleh bayangkan rupa sebenar teddy tu. Yang boleh buat aku tak bangun pagi tu. Ish, paham tak? Jangan sampai aku ulang lagi description teddy yang aku explain kat atas. Paham la k. Ish, risau pulak kalau kalau kamu tak paham. 


Andainya aku tak pergi pergi selepas beberapa hari aku publish entry ni. Aku harap kamu murahkanlah kredit handphone yang kononnya mahal tu. Sila la wahai kamu untuk buat super saver dua tiga jam cukup la. tak banyak kan? Sesungguhnya aku sangat rindukan suaramu. Rindu.


#Dia call aku weh! k, bye! Assalamualaikum.

Friday, December 23, 2011

Gathering at Kuala Lumpur Convention Centre

Assalamualaikum.
Ini cerita lama yang perlu di uar uarkan. Saya pergi gathering kat KLCC. Yang sebelum ni terlepas sebab saya buat buat macam sibuk dengan tugas. Padahal tak, saya balik kampung masa tu. Ini tak penting. Tinggal ini.


Cerita sebenar.


Gathering 19 haribulan hari tuh. Saya pergi naik bas. Bas ya kawan kawan. Nampak tak sedikit semangat yang saya tonjolkan kat situ. Tapi bukan sorang sorang. Kalau sorang mungkin semangat tu ilang ghaib. Saya dengan Feza, Leen, Syaza. Sampai Pasar Seni kutip Thines kat sana. Pastu gerak KLCC. 


Kami sampai lambat sebab bajet onar. Lepas register terus masuk hall. Orang semua tengok kami. Padahal TAK! Saya kecewa.


Oke, cari tempat kosong yang strategik. Jangan harap strategik sangat la. Datang pun lambat. Saya marah diri sendiri. Sedih. Kadang kadang saya boleh tacing dengan diri sendiri. Ish, senyum senyum. 


Pastu duduk kat sebijik meja yang kosong dan tak strategik. Tapi dekat dengan Chef cina. Oke, dia cakap tak faham. Sebelah sini pulak bangla steward. Dia cakap pun tak paham. Tak aci. 


Pastu kami buat onar. 
Saya makan ini

dan ini sahaja. SAHAJA. paham?


yang ni Leen.

yang ni pun Leen. Kami pulun. Lapaq.

SAHABAT.

Gamba blur blur pun nak bubuh. Taram suma.

Nah. Tak saket sangat mata. Tada kaler kaler. Muah. Lebiu.


hah! Ni la bangla sebelah meja saya. Dia dapat TV tahu? Nak sangat ambik la. Nak jugak sebenarnya.

AWESOME kot! suka yang ni seribu kali.

Nah nah. Lawa pic ni. 

Nah! Lakonan semata mata. Bajet cerita HINDUSTAN.

Ini pun berlakon. Kamen Rider kata Kamil. 

Comel Linda pakai shawl. Suka suka.

Oke, cukup. Gambaq pun tak belambak. So,rasanya dah semak kot cerita ni dengan gambaq. Seronok dapat jumpa kawan kawan. Lepas ni kalau kawin bawak bawak jemput lah. Saya balik Penang dan mungkin susah kita nak jumpa macam ni lagi. Jadikan ini sebagai kenangan terindah untuk kita.

Sayang hangpa semua. ^_______^

Thanks for reading.

Thursday, December 15, 2011

Don sangka clear wata no boya.

Assalamualaikum.
Salam 1 Malaysia dan salam 1 Blogger. 
Jangan di sangka air yang tenang tiada buaya.
i'm not so strong as my smile seem to be.
Saya tengah bengang sedikit. Nasib baik la sedikit. Cuba kalau banyak. Ha, meninggal la anda saya kerjakan. Nampak macam hebat kan? POYO. Ya, itu saya.


Nak pesan kat semua.
Walaupun kawan kita tu sangat baik pijak semut tak mati. Tolong berhati-hati dengan beliau. Baik ada makna. Dia buat baik, kita balas baik. Last last dia pijak kepala kita. Uih, nak suruh saya pijak kepala dia jugak ka? Memang tak sanggup la nak pijak kepala anda!


Saya bengang.


Sunggoh.


Sentap pon ada.


Macam macam lagi.


Sampai hati kan kawan. Saya sangat percayakan anda. Orang cerita buruk buruk pasal anda. Saya diam. Saya tetap kawan anda kan? kan? Betul tak saya cakap? Saya tak pernah pilih kawan kan? Tapi kenapa anda balas macam ni.


Cara anda buat saya rasa sangat menyampah! Paham tak meyampah? 


Ish, tak boleh nak sambung. Satgi tak pasal pasal kena mencarut. 


P/S: Insan, tolong pulangkan harta saya! paham?
Thanks for reading this. 

Wednesday, November 23, 2011

Berserabut la menda alah ni.

Assalamualaikum.
Danish butter cookies tu sedap. Serius. Saya layan cookies ni time buat report yang maha serabut kepala otak. Saya ulang, serabut kepala otak. Paham? 


Saya benci bila lori sampah presint 14 datang kaut sampah kat sini. Saya tak benci lori tu. Serius lori tu tak datangkan masalah. Serius lagi. Masalahnya sekarang, setiap kali lori sampah tu datang, dan setiap kali itu juga lah anak buah saya akan heret tangan saya, lalu berdiri di tepi balkoni sambil menikmati pekerja pekerja tersebut mengutip sampah. Oke, ini dugaan baby sitter. Saya seperti mahu jerit supaya pakcik tu heret sampah tu cepat cepat. Tapi, pastinya pakcik tu akan dongakkan kepalanya ke atas, lalu jeritkan kepada saya "sini kau tolong aku!". Saya tak nak!


Oke, lori sampah dah balik.


Tinggalkan cerita tak penting itu.
Saya demam. Sebab report. Saya benci buat report. Saya pasti yang report tu pun akan benci saya. Taip padam taip padam. Saya tak paham apa yang saya taip. Saya yakin orang yang baca lagi lagi dan lagi la tak paham. Memalukan.


Terima kasih kepada yang suka buat onar kat tempat practikal saya tu. Sebab anda la saya susah. Saya minta info semua tak boleh. Apa yang boleh? Apa pon tak boleh. Alasan tak munasabah. Saya tak boleh terima. Sekarang yang susah saya. Bukan saya sorang, tapi tiga lagi kawan yang sama tempat practikal dengan saya. Anda pasti gembira kalau tengok saya menagis kan? Anda melayu dan saya melayu. Susah sangat nak tolong sesama kaum kan? Sampai bila kaum melayu nak maju. TAK AKAN! sampai bila bila pun tak akan kalau masih ada manusia yang macam ni. Sumpah saya geram. Malu.


Saya pasti saya boleh buat! Saya akan cuba berhubung dengan onar sendiri dan bukan orang yang buat buat onar. Anda duduk diam diam. Terima kasih daun keladi. Tolong jangan langgar saya kalau jumpa kat luar. 


Report perlu di siapkan.
Saya nak menangis. Sentap. Ambik bantal tutup muka.



Saturday, November 12, 2011

Indahnya hari ini.

Assalamualaikum.
Hye kawan. 
Tadi saya kerja. Tapi salah set jam. Bangun pukul empat dan terus mandi. Kerja pukul tujuh. Memalukan. 

Dekat tempat keja ada dalam lima orang cakap saya gemok. Sentap. Tapi saya senyum. Tanda setuju. Yang saya hairan. Sejak bila kelima-lima orang tu usha saya. Sampai sekarang saya rasa macam saya artis. Geli.

Balik rumah saya duduk tepi tingkap. Tengok luar. Saya nampak kapal terbang sedang bersuka ria. Tiba tiba saya teringat Keluang Man. Tawu cerita tu? Angguk jela. Cuba nyanyikan lagu keluang man tu dengan nada mendayu dayu ja. Serius layan. Cuba la cuba. Menarik.

Tadi pegi pasar malam. Ada katak lompat naik atas seluar. Ish, bertuah. Saya kira katak tu tawu saya tak suka dia. Lagi mau manja manja. Berambus kau! Saya marah dalam hati. Tak sanggup nak luahkan kepada beliau. Takot beliau kecewa.

Apa lagi yang indah hari ni?

Oh ya. saya mengatuk. k bye!

Awak click, ieda click balik oke?