Monday, March 28, 2011

Kawan saya

Assalamualaikum.
Saya di paksa untuk perkenalkan mereka di sini oleh Z (bukan nama sebenar). HAHA. Dia sibuk cakap pic dia tak dak langsung kat belog saya. So, untuk memenuhi kehendak budak sengal tu. Saya pun dengan berat hati buat entry ni. HAHA. Ini empunya tuan yang paksa saya letak pic dia kat sini.
Zaki Amani namanya. Lepas tu pulek dia siap suruh perkenalkan Sang kawan-kawannya jugek. Adoi, bapak bermasalah ini manusia. By the way layan jela. Ini Amir pulek.Amir suh buh pic ni sebab kurus katanya.

dan ini Kamil. Maaf curi pic kat ain. Puncanya Z.

last but not least Shah. No description. HAHA.

mereka kawan sekelas saya yang sangat mereng lagi gila. Dan ini kami bersama Mr.Naga masa beverage training.

sekian terima kasih.

notakaki: Z, Kamil, Amir dan Shah. memandangkan kita kat KFC,sila belanja saya makan KFC.


Mencari Ketenangan

Assalamualaikum.

Hello all my dearest! Nak buat pengumuman lagi dan lagi. Wah! saya bikin ini belog macam tempat buat pengumuman je kan. HEHE. Tak de pengumuman penting pon yang saya nak buat. Juz nak cakap yang saya nak balik Putrajaya malam ni. So, sapa-sapa yang ade area putrajaya jum detink! HAHA. Study break seminggu.

 Dah plan tak nak balik Penang dan Putrajaya juga. Memandangkan ada masalah yang saya hadapi dengan tak pikir langsung terus saya cakap kat kakak yang saya nak balik Putrajaya. Saya malas nak jadi tunggul kayu dalam rumah. Sembang macam saya tak dak kat dalam rumah je kan. HAHA. Buta! Balik Putrajaya lagi bagus ada cinta hati saya, Ajim! Anak buahku. HUHU. 24 jam bercakap saja. Tak reti penat punya budak. Tapi itu lagi bagus, sebabnya dia bercakap semua orang dengar sebab dia tak main bisik-bisik and cakap berdua-dua je dalam bilik. errrr~
"Berkawan lah selagi ada hati, bercintalah selagi ada yang sudi, bergembiralah selagi ada teman di sisi" correction, bergembiralah selagi ada Ajim di sisi. Bye!

notakaki: Next week saya final exam. Doakan saya dapat jawab dengan tenang tanpa gangguan makluk halus. HAHA.

Sunday, March 27, 2011

To who may concern.

Assalamualaikum.

Hye. Nak buat pengumuman untuk sekelian alam. Saya malas nak bertikam lidah untuk menegakkan kebenaran. Sebabnya saya rasa itu amat merugikan masa saya. Dalam erti kata lain tak berfaedah. Tapi diam tak bermakna saya takut. Saya cuba mengalah. Mengalah tak beerti kalah oke. Saya malas nak dengar cerita-cerita dongeng yang hangat di perkatakan seantero dunia. Dan lagi satu, saya tak suka ambik tawu kalau benda tu tak da kaitan dengan idup saya. Buatlah apa yang anda suka asalkan tak ganggu hidup saya. Bukan saya suka-suka tak nak ambik tawu tapi kalau saya ambik tawu akan merugikan saya sendiri. Saya adalah saya.Sekian.

Contest Photo Anakku Ceria

Assalamualaikum.
Nak join contest ni. saya ada anak kah? HAHA.. actually tertarik dengan contest ni. Memandangkan saya juga ada anak. Rasa gatal-gatal jugak lah nak try. 
kalau korang nak join bole klik banner ni oke.

Sangat-sangat berkenan dengan gambar ni. Si Kecil ni satu-satunya anak saya. Anak buah ja pon. HAHA
nama ibu: Rohiza Razali
nama anak: Wan Muhammad Khairil Hazim Bin Wan Khairul Anuar.
umur: 4tahun

saya tag di SHOUTMIX.


Wednesday, March 16, 2011

Malam sudah tua.

Assalamualaikum.
Terjun sini jap nak buat kecoh. Tajuk malam tapi sekarang sudah pagi. Saya tak tidur lagi. Siapkan Web design yang maha susah itu. Kusut gila kepala. Pusing-pusing sudah. Rasa cam nak p kat lua jerit kuat-kuat sampai semua orang kondo ni keluar lalu tampar saya laju-laju. oh! puasnya hatiku time tu. Baru boleh lena dengan tenangnya. Esok kelas web design mesti Cikgu tu nak tengok keja ni. Adoi.. Tengok jela yang mana siap dulu. Malas nak pikir da ni. Saya nak tido. Babai. 


notakaki: Sesapa bangun awal esok tolong kejutkan saya k.

Kahwin di Pahang.

Assalamualaikum.
hai rakyat jelata. Nak inform awai-awai bahawasanya saya belum makan dari pagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 2. Maksudnya saya akan kurus dengan mendadak. HAHA. Actually tak dak mood nak makan. Lebih berminat untuk habiskan masa di library yang serba indah ini. bweeeek! Oleh kerana saya sangat banyak aktivity sejak kebelakangan nih (bajet macam orang penting), terlupak lak incik belog saya yang maha bersawang ini. So, take time nak story mory dulu. ohh! saya kona lagi. Tak masuk topik lagi nih. Memang menjadi taggungjawab saya untuk mengauta dulu sebelom menyampaikan fakta. CAKAP BANYAK ITU WAJIB OKE!

Kahwin di Pahang? sapa? oke-oke. Duk diam-diam saya nak cita kat hampa ni. Minggu lepas saya dan kawan-kawan p Pahang. Sebenarnya da lama si Syuhada invite untuk ke majlis perkahwinan dia. Setelah bejuta kali pikir, mintak kebenaran yang bertanggungjawab menjaga serta mendidik saya dari kecik, segala mak, ayah, kakak, adik, pakcik, makcik, tokwan, nenek, boyfren, girlfren suma kena mintak izin. sungguh tidak faham. tapi buat-buat paham. Punya la panjang bejela soalan depa tanya. Padahal nak mintak izin p Pahang ngan kawan-kawan ja pon. Saya tabah ja dengan soklan-soklan tu sebab terlalu excited nak p jalan-jalan. Tak penah kot jalan jauh-jauh ngan kengkawan. Dengan itu saya mendapat kelulusan dari semua pihak. Settle satu bab. 

Kemas-kemas baju, Feza tolong buh baju lam beg. Sangat pemalas. Nak bertolak malam jumaat, petang tu baru kemas baju. Pastu kami semua (saya, feza, ain, lin, siti) bersiap bagai nak p buat fashion show. *tipu-tipu. Tunggu mereka datang jemput kat hostel. Bersiap punya awai padahal Black and Chepet cakap dyeorang kat rumah lagi. Kami tunggu agak lama. Tabah2. Agak dalam pukul 11 malam jugak la kami bertolak. Pemandu berhemah saya ialah Black dan tukang teman sebelah tu adalah Belang (dua-dua bukan nama sebenar). Dalam perjalanan sangat la tak bole tido. Saya bajet belom kua puchong da tido. Last-last rancangan saya gagal sebab dalam keta ada concert weh. Pemandu saya artis la katakan. Mawu tak concert sampai lebam. Ada pulak backup singer kot tepi yang sampai sekarang saya tak paham apa yang dia nyanyikan. Pecah perut gelak sebab dia ja. Pastu singgah kat mana tah. Ambik pic sebab ini wajib sebagai bukti.
pic ni ja yang mampu. Perempuan semua cukup tapi laki ada dua ja lam pic. Singgah sini sat ja sebab kami dah lambat sebenarnya. Pastu masuk keta dan teruskan perjalan. Dalam perjalan pon bole bergambar oke.

jangan tiru aksi ini. Kami buat ini jalan macam kami punya jalan. HAHA. untuk kereta yang dipandu oleh Syamil sila jangan jeles sebab pic anda berkereta tak di ambil. Kami punya DSLR tertinggal plak. HAHA. Dan teruskan perjalan lagi. Macam biasa la, saya orang yang paling malas nak mengetahui di mana tempat kami berada. Singgah lagi dan lagi. Tapi tak tau kat mana. Lain kali tinggal saya di situ oke. 

Sampai lebih kurang pukul 2.30 pagi kat umah Lin. Terus masuk bilik. Banggg! campak beg. Tukar baju, cuci muka segala terus tido. Markah lebih, saya pakai kain batik time tido! Tengkiu mak Lin. Lena tak ingat dunia. Bangun agak awal sebab time saya bagun yang lain belum bangun. Tapi Lin da bangun la sebab tuan rumah la katakan. Cey, bagun dan terus p mandi bajet macam awai gila saya mandi hari tu. Rupanya-rupanya dah agak pukul 10 lebey oke. Mak,abah,along and adik-adik lin siap tak da kat umah lagi time tu. Sangat malu. Tapi buat macam tak malu. Siap-siap p beli barang sebab malam nak sambut besday mak Lin. sangat penat sampaikan yang lakinya p jalan-jalan pun kami tak ikot. Tengkiu Chepet sebab ajak tapi unlike semua pic ni. HAHA.

kecik,syamil,black,belang,chepet. sapa snap pic nih?

lalalalalalalala~ sila bangga sebab saya masukkan pic anda semua.

Malam BBQ bersempena sambut besday mak Lin. Satu kejutan elektrik untuk saya sebab mereka beli kek untuk saya jugak. Walaupun dah bedekad besday saya lepas. uh! HIPERBOLA, padahal baru 2, 3 ari lepas. Segunung trima kasih untuk anda semua, tak lupa jugak untuk along yang buat susah-susah je belikan kek untuk saya. Lain kali beli besar sikit oke! HAHA. *joke.

muka terharu tapi buat rileks. Tak tau nak cakap pa. Diam ja.

Macam biasa la kan. Bila jadi besday girl nih dia akan bagi pakej jadi artis sekali. Bergambar dengan peminat. HAHA. Sila muntah. Habis malam BBQ settle satu masalah lagi. Kemas semua yang berkaitan iron baju segala untuk kenduri esok. 

Bangun sangat lambat, pukul 11 kot. terus p mandi. Awal dari yang lain jugak. HAHA. gelak bangga. Tak sempat siap Black dah sampai. Gerak p kenduri umah kecik dulu. Tinggal Lin and Feza atas kesulitan yang tak dapat di elakkan. Kat sana jumpa kecik, Bob, Rimau, Belang, Kak Mila, Kak Ekin dan juga kenal dengan Mira. Kawan PLKN mereka jugak. Sangat sweet ya kamu. Best dapat kenal kamu. Time tu tak sembang pon ngan Bob and Rimau. Tapi last-last Bob geng saya oke. Rimau tak kenal sangat. Tapi sangat kelaka orangnya. Suka dapat jumpa kalian. Lepas umah kecik umah Ada pulak. Time sampai orang dah tak da. Padahal baru 2.30 kot time tu. Satu lagi kejutan elektrik buat saya. Rupanya memang style mereka kenduri habeh awai. Tapi lauk tetap ada untuk kami makan. Siap bawak balik sorang sebungkus lagi. Tengkiu tuan rumah susah-susah je. Len kali bagi dua bungkus taw. *joke.

Time sampai pengantin tengah tuka baju nak potong kek. so, kami lah main kawin-kawin atas pelamin tu dulu. 
 Lepas tu baru kami kawin ramai-ramai. Sekali dengan budak laki yang agak jeles tengok budak pompuan ja yang kawin.
oh! yang kiut miut tudung warna putih tu Wani. Sangat peramah. Suka kenal kamu. 
Asik bergamba sampai lupa nak makan. Sampai kena suruh baru la kami semua kua p makan. Tadi makan dan sekarang makan lagi. Pastu Wani jemput ke rumah dia pulak. Makan lagi. Sebelum balik snap pic lagi.

ini pic last kat umah Ada
ni kat umah Wani.

Dan last skali balik. Masing-masing macam tak nak balik je. Al maklumlah agak susah nak jumpak-jumpak cmni. Pape pon sangat hepi dengan kamu semua. Time balik ikut jalan pa tah panjang gila. Memang tak tahan tapi buat-buat tahan. Last-last Feza tewas. HAHA. Kesian. Sampai KL agak lewat dalam kul 10 cmtu. Bole p makan lagi dan lagi. Pastu lepak KLCC jap. Pastu balik. Penat gila. Gila pon tak penat cmtu. Mereka hantar sampai hostel. Uh! macam sedey je nak berpisah. Sedih ka? HAHA.. Tamat la sudah.

notakaki: Kalian terbaik, terima kasih sebab ajak saya juga walaupun macam tak da kena mengena dengan PLKN. Sangat best sebab semuanya sporting. Bahasa lain GILA! haha..






Wednesday, March 9, 2011

Saya dan Feza.

Assalamualaikum.
hye semua. Moga dalam keadaan sihat hendak Nya. wah! macam tulis surat kan? *angguk la wey!. Cik tuan punya nama sila berbangga sebab nama anda tertera di atas sana. Sp Feza? Tengok ni.

ni Feza nama dia. Saya kenal dia sejak tingkatan 1. Kami dua sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong. best sekolah tu. memang rindu gila la. Oleh kerana rumah macam jauh ja dengan sekolah saya duk hostel. Sama la dengan Cik Feza. Tolak tambah darab bahagi saya dan Feza dah kenal dalam 9 tahun camtu la. Sampai sekarang saya masih belajar di tempat yang sama dengan dia. 
yup! Kolej MASA. tah macam mana rasa cam nak bersama lagi la kot sebab tu pilih tempat belajaq sama-sama. Selama kenal Cik Feza ramai yang cakap kami kembar. Kembarkah? sikit punya gedabak perbezaan. HAHA. Mungkin sebab da lama bersama sebab tu terperasan macam kembar. Padahal Cik Feza nih amatlah cun dari saya. *qeyau Feza wey!
kan? HAHA.. Tiba-tiba,apa yang kan wei? Tah. merepek! Saya dan dia suka bergambar. Tapi tak bule lak nak tempek suma gambar tu kat sini. Semak la pulak. 
kami jugak suka pakai baju sama! HAHA. Tengok ni.

kami jugak berkongsi BF yang sama. caya tak? tadaaaa...

HAHA. Boyfren itu kawan lelaki oke. *Mati la kita kena sepak wei..

malas nak cita lebih sal Cik Feza nih sebab nanti dia nangis terharu. HAHA. Kalau terharu kan dia akan buat ini.
dia akan kiss saya and saya pulak
errrrr~ tanak la wey. HAHA.
sangat suka merepek. kesimpulannya saya nak cakap kat sini bahawasanya saya bosan duk umah tataw nak buat apa! HAHA. so, elok lah kiranya saya merapu meraban di belog saya ini. Oleh itu sapa yang agak-agak nak berkenalan dengan kawan saya ini boleh la p ngorat dia kat SINI. P la ngorat kalau dapat. Kalau dapat jangan lupa belanja saya oke. WAJIB!

Sekian Terima Kasih. 

notakaki: Maaf kepada pihak yang terlibat! Cik Feza, saya promote anda nih. Sila lah belanja saya.


Tuesday, March 8, 2011

Ketinggalan Zaman kah?

Assalamualaikum.
hye semua! ewww~ apa khabaq? sila jawab dengan tenang oke. huh! sangat penat menjawab wish orang kat Facebook nun. HAHA.. sangat ramai yang wish. cek sukaaaaaa~ Ada pulak yang wish sampai tiga kali wey. Pagi, tengahari and malam. Apakah la yang dia excited sangat. Itu wish kat Facebook tiga kali. Lagi sekali dia wish time jumpa kat kolej tadi. Gila terharu lah dengan kamu! HAHA. By the way thanks again and again to all dearest! Intro sangat panjang. Saya patah balik ke tajuk entry oke. sebenarnya la kan, 8 Mac juga hari wanita kah? Cik Google tulun saya! 

Hari Wanita sedunia adalah bersempena dengan hari di mana para wanita Rusia diberi hak bersuara oleh pemimpin Rusia pada 8 Mac 1917, setelah 2 juta tentera Rusia terbunuh dalam peperangan. Wanita2 ni keluar membuat demonstrasi jalanan membawa slogan “Bread and Peace!” (Roti dan Perdamaian). Walaupun dihalang oleh pihak berkuasa, namun mereka tetap berada di landasan menuntut supaya Tsar Rusia turun dari tampuk pemerintahan. Bertitik tolak dari peristiwa itu maka tiap2 tahun pada 8 Mac, seluruh dunia meraikan Hari Wanita.

weh, sumpah saya baru tawu bahawasanya 8 Mac bukan saja hari saya. 8Mac juga hari semua wanita dunia. Alamak! nampaknya saya terperasan 8 Mac tu untuk saya ja. HAHA.. tu la, excited sangat. Terima kasih banyak-banyak ya Cik google. oh ya, dikesempatan ni saya nak ucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita dunia. *bajet macam seluruh dunia akan baca entry nih.  

Wanita-wanita, meh baca ni.

MATLAMAT HARI WANITA
Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

TUNTUTAN WANITA
  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie

NABI MUHAMMAD DAN WANITA
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

gambar hiasan:keganasan terhadap wanita. HAHAHAHAHA

Wahai wanita-wanita sekalian alam, sempena hari wanita sedunia ni, marilah kita wanita-wanita menanam azam dan semangat untuk mencontohi tokoh-tokoh wanita yang bukan saja berjaya menjadi ibu, isteri malah anggota masyarakat yang berjasa dan berbudi. wow! ala-ala pidato gitu. Gilo! 

Bagi lelaki-lelaki pulak, sayangilah wanita kerana mereka amat berharga. Dan tolong jangan jeles sebab wanita ada hari khas. HAHA..

sekian, terima kasih.
sumber:wikipedia



Monday, March 7, 2011

8 Mac Hari Saya!

Assalamualaikum.
Hye semua! hari saya? yup! today is my birthday! promote kah? oh tidak. just nak luahkan kata-kata terharu yang teramat sangat! ramai kawan-kawan yang wish kat FB. no wonder lah kan. ada reminder kot tepi tu. HAHA... tapi terharu la jugak sebab mereka sanggup luangkan masa beberapa minit untuk loading bukak page saya, pikir-pikir ucapan untuk saya, taip-taip ucapan tu, pastu klik kat benda alah hat ada tulih POST tu. Uih! nampak la yang mereka sangat prihatin akan birthday kawan-kawan seFB. Terima kasih juta-juta untuk anda! saya terharu oke. Yang paling terharu tepat jam 12.01am kawan sekelas, sebelah saya time sekolah dulu mesej! "Salam, epy befday my beloved friend.. Hope u happy n success inur life.. miz u,luv u ieda..". Mish you and LOVE you too dear! sangat terharu. Keduanya? ehem... tuuuuutttt... "Happy birthday sayang". HAHA... of coz la my incik! Thanks dear.. *wei..! asal reply sini? dia tak dengar laaa! 

Dan keseterusnya ada yang mesej and kat FB. sangat ramai kawan! by the way, saya harap sangat-sangat sempena ulang tahun saya yang ke 21 nih saya akan jadi lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni tak baik eh? Tak-tak!! bukan camtu, nak jadi lebih baik. Sebelum ni baik ja. HAHA. merepek wey! oke-oke, tak merapu punya nih. Nak cakap terima kasih taw kat semua yang wish my birthday. Sangat-sangat hargai hangpa semua. Kalian terbaik. Saya janji kita kawan selamanya k?
JANJI?
eh2 salah!

JANJI....!
ni baru betol.. semangat gila muka.. HAHA... 

oke la. nak tido da. Macam bernasib malang ja kat class nanti. da ad pulak yang warning bawak baju spare. HUH! Ala. depa acah ja tuh. Rileks ewww~ bye. nite n monink!

Saturday, March 5, 2011

Buat duit dengan HEARTBEAT jum!!

Assalamualaikum.
Sebenarnya saya ni tak pernah join mana-mana pengiklanan pon. Almaklumlah saya budak baru belajar. Ala-ala budak sekolah rendah gitu ya. Setelah ramai yang mengenalkan, saya rasa macam agak berminat nak pasang HEARTBEAT ni. caranya sangat mudah! jum kita pasang ramai-ramai jum. Mula-mula korang klik kat iklan bawah nih.


klik yang atas nih taw!

Kalau dah klik saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab kamu da sumbangkan RM0.04 untuk saya. Sekarang saya belom ada earning lagi sebab baru berjinak-jinak petang tadi. frst of all saya nak inform tutorial ni saya refer toturial CIK HUDA sebagai bukti.


wow! mane tak terpengaruh weh. Sila besarkan bijik mata dan tengok betoi-betoi. bagi yang dah join HB ni mesti la promote sikit kat kawan-kawan untuk join jugak. tak kena bayar pape pon. free registeration dan korang akan dapat manfaat. Mengikut Cik Huda ni la kan, HB ni tak de effect dengan Nuffnang pon.100% guarantee!! dh tanya Nuffnang direct pun!! no worries ok!! Heartbeat bukan competitor Nuffnang pun, sbb HB jual brg2 souvenir, bukan advertising company mcm Nuffnang or innity(pakcik hijau) etc.

Lets start yaw!
1) Clik Banner kat bawah ni

2) Click icon HEARTBEAT yang saya bulatkan tu


3) Click CREATE ACCOUNT dan isi semua maklumat yang diperlukan


4) Masukkan password email address then click i agree HeartsBeat's Term of services then click continue.

5) Then dah create account klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah.

6) Klik Online Application (seperti yang ditunjukkan dibawah) then isi kesemua maklumat yang diperlukan




7) Masukkan maklumat mengenai Blog anda (seperti contoh borang dibawah)

8)  Pilih cara pembayaran yang hendak dibuat kepada anda...then klik continue

9) Klik My HB!Affiliate untuk mendapatkan code iklan heartBeat

10) Klik GET A CODE (seperti lampiran dibawah)

11) Copy Code2 yang anda kehendaki(bertanda merah bulat), ada 4 code untuk iklan Heartbeat (seperti lampiran yang bertanda kotak merah blah atas)--setaip code adalah unik/tak sama utk setiap member heartbeat tau (mcm nuffnang punya code gaklah)
12) Lepas dah dapat code tu korang tawu kan camne nak pasang? cam biasa la p kat Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript > paste kan code yang korang dah dapat tadi > save. siap! drag and drop la kat mane yang korang suka ya. 

Notakaki: kalau korang da klik saya punya HB ni p jerit kat SHOUTMIX saya taw. senang saya nak klik kamu punya HB jugak! adil kan? and lagi satu, bole ja kalo nak copy tutorial nih. tapi inform saya and backlink taw. Selamat Mencuba!









Awak click, ieda click balik oke?