Friday, April 29, 2011

Kesalahan atas kesalahan.

Assalamualaikum.


hye peeps! Today i'm going to be Ustazah tak bertauliah mungkin. It was my standard one ambition yoo. Macam tak percaya kan saya pernah bercita-cita nak jadi ustazah. Just wanna share something with all my readers.

Nowadays boleh dikatakan semua orang ada FACEBOOK. Dari yang masih bersekolah, pelajar IPT, bekerja, surirumah dan segala lah. Bukan main lagi kan setiap saat nak update status. Gaduh dengan orang tu naik status maki hamun orang tu. Break up dengan BF/GF naik status carut-carut orang ni. Lecturer marah sebab assignment tak hantar naik status sumpah-sumpah lecturer tu. Gaji tak cukup naik status sumpah-sumpah bos. What for? Kamu tawu tak, selagi ada orang baca status maki hamun kamu tu, selagi tu la meter dosa kamu bertambah. Sebab secara automatiknya orang juga terbaca apa yang kamu tulis. Cuba bayangkan berapa ramai friend kamu di FB sana? 

Lagi satu, setiap manusia pasti ada silapnya. Tak salah kalau kita tegur, if nak tegur makesure dengan cara yang betul. Saya paling suka orang datang tegur saya kalau saya buat salah. Sekurang-kurangnya saya boleh mengubah apa yang salah pada diri. Ini tak, dah taw orang tu salah, lagi best dia p maki hamun. Ni la yang di namakan kesalahan atas kesalahan. Dia buat kesalahan atas kesalahan orang. Pastu lagi kawan-kawan dia turut serta p komen maki hamun orang tu. Memang meriah la upacara maki hamun time tu. Cuba la ubah komen-komen tu semua dengan nasihat. Sejuk mata memandang. Yang marah pun tak jadi nak marah. 


Sabda nabi saw:"Marah itu dari syaitan & syaitan itu djadikan dari api & api itu boleh dipadamkan dgn air.Maka apabila salah seorg dari kamu sdg mrh,maka hndaklah ia mengambil wuduk".
Dlm hadis yg lain juga,nabi saw bsabda:"apabila engkau marah,maka diamlah".(HR:Ahmad,Al-baihaqi dll).



Wallahualam.

notahati:Please STOP all of nonsense status kt FACEBOOK tu k. 

Thanks for reading. 

Thursday, April 28, 2011

Ketika Bercerita Tentangnya.

Assalamualaikum.


Pesal la minah ni tiba-tiba up entry bagai hilang pedoman. Actually saya macam dah hilang mood nak berblog. Sila bagi mood kepada saya. HAHA. Mula-mula buat blog dulu gila excited tak makan siang malam. Then siap lah blog yang bagai rumah tak berapa siap ni. Tapi bagi saya sangat-sangat la siap sebab i'm not professional enough pasal blog ni. Rasa sangat bersyukur bila dengan hasil blog sekarang.

Tiba-tiba rasa macam malas nak berblog with no reason. Kadang-kadang tu best ja baca blog-blog orang. Tapi bila pikir balik. Ada ka orang baca blog saya? Mungkin ada kot sebab ada yang follow. I hope all my followers had read my entry before follow my blog. Biasanya saya akan baca blog orang dulu sebelum follow. Kalau saya suka baca blog dia baru saya akan follow. 


Al maklumlah blog saya cuma bercerita tentang saya, saya, dan saya lagi. Memanglah orang kurang berminat nak baca kan. Kalau nak menulis untuk berkongsi, rasa macam tak da apa yang nak di kongsikan melainkan tentang saya. Kalau nak menulis untuk bermotivasi, saya sendiri pun macam tak termotivasi je. 

By the way, thanks to all my lovely readers also for my silent readers yang kadang-kadang PM my FB bertanyakan pasal entry baru. To all my friends yang tak dak blog tapi suka baca blog saya.


She's Saifahana yang suka baca my blog, Emi yang suka promote my blog kat FB dia, junior-junior kolej yang tahan saya tengah jalan sebab nak cakap suka blog saya. uh! terharu jap. And paling terharu tadi ada orang add FB with message there. He said "I'm just a fan for your blog , its so gorgeous ! ;D" Terharu banyak-banyak. Malas nak merepek banyak-banyak. Thanks again to all my followers and my readers. Love you all so much.





Wednesday, April 27, 2011

KAMI BLOGGER UTAGHA

Assalamualaikum.

 Hye orang kampung. Ieda da lama join group KAMI BLOGGER UTAGHA di mukabuku sana. Nak mintak ampun sangat-sangat kat admin Cik GKSB sebab baru buat entry ni. Bukan tak mau buat. Tapi masa tak izinkan dan juga BB yang sangat tidak suka berkawan dengan ieda. So, hari ni nak tunaikan syarat KBU. Officially berasal dari PULAU PINANG PULAU MUTIARA. Lahir kat Hospital Besar Bukit Mertajam. Membesar di Kampung Kuala Tasek, Pulau Pinang, Seberang Prai Selatan. Sekolah Seri Tasek dan Seri Nibong. Dan sekrang tercampak nun jauh ke Selangor pursuing my diploma there. Selamat berkenalan kepada semua geng KBU. 

" We Are Family"

TIPS NAK LUPAKAN YOUR EX YANG GILA ITU!

Assalamualaikum.

Hey! Here I bring some tips how to forget ex BF/GF yang sial nak mampos tu. Wink3.. setelah bosan bercuti di rumah. Terpikir ada pulak yang pernah Tanya camna nak lupakan ex. Uh! Memang tak di nafikan ianya memag susah KALAU salah caranya. Here I want to share that’s tips, follow this InsyaAllah it will helps you.

-          Dear, first of all you must STOP thinking about that intruder! Remember this oke.

         Jangan pernah plan untuk jumpa ur ex, if terserempak please, please, and please again buat macam tak kenal. Jangan pulak hang p buat muka seposen depan dia. Memang la dia rasa dia menang.

-          Tak payah la nak pikir “ aku tak boleh sayang orang lain macam mana aku sayang dia (ur ex)”. Tolong la jangan pikir macam tu. Belambak lagi orang yang hang boleh p sayang. Mak bapak hang lempaq p mana? So, don’t  think like that oke.

-          Haruslah, eh tak, wajiblah anda membuang, menghapuskan, memusnahkan dan men apa-apa la yang seangkatan dengannnya segala barang yang tersimpan memori “kau dan dia”. Tak nak buang pon tak pa. tapi jangan simpan. Sedekah je kat sapa-sapa yang nak. Kalau macam baju tu bole buat kain buruk kat dapur je.


-          Yeah this! Hang tolong p buat announcement sat yang hang dengan ex dah tak dak apa-apa. Jangan pulak kalau orang tanya hang dok p jawab hampa kapel lagi. Aku sekeh sorang-sorang satgi kot. Jangan nafikan oke. Redha je.

-          Jangan sesekali kamu p bukak FB your ex.  P tengok- tengok profile dia. Hang jugak yang sakit ati kan? So, don’t! aku marah nie. Errrrrrr~ kalau terFRIEND dengan dia suatu ketika dulu. Tolong REMOVE! Sekarang!


-          Sila padam contact number your ex dari handphone mahal anda! Tak payah nak gatal simpan buat kenangan la ape. Padam je. Tak dak pa yang nak di kenangkan.

-          STOP stalking your ex!  Jangan sesekali p tanya kawan-kawan your ex tentang dia. Sihat ke dia? Hidup lagi ke dia? Da mati ke belum? Tak payah. Dia sangat-sangat la tidak penting!


-          If your ex mesej anda bertanya kabar ke ape. Tolong tak payah buat-buat macam awak ni masih sukakan dia like “ saya tak boleh lupakan awak la”. Don’t! Jawab pe yang patut or tak payah reply langsung pun tak pa.

-          jgn pernah baik dgn your ex-new gf sbb adakalnya gf baru dia tu sebok je nak amik tau pasal bf baru die punye ex.

-          Jangan sesekali kamu berkurang ajar dengan your ex. Sila buat cool. Macam happy je bila dia tinggalkan korang. Jangan pulak kau p carut-carut kat dia. Behave oke. Jaga harga diri kita. “jangan lakukan dosa atas kesalahan orang lain”. Rileks sudeh.

-          Tolong jangan dengar lagu-lagu yang jiwang tuh. Pastu p nangis. STOP it! Better dengar lagu nasyid yang mendidik jiwa tuh.  Saya suka “Muhasabah cinta” edcoustic.

-          Sila jangan buat gila nak p terjun bangunan bagai, kononnya nak bunuh diri. Ish! Tak payah, buat rugi dan buang masa je. Untung-untung  maher zain datang pinang kau. Dapat gak dengar lagu InsyaAllah live sebelum tido.

Huh! Putus cinta sangat la menyakitkan. Tapi tolong, tolong dan tolong jagan jadi hamba cinta. Kita masih ada Allah untuk di cintai. Ada mak bapak untuk di kongsikan kasih sayang. Nak apa lagi kan? So, cool dear. jangan terlalu pikirkan your ex tu baik la ape. Kalau dia baik kenapa kita di tinggalkan? Biar dia bahagia dengan cara dia dan kita haruslah bahagia juga tanpa dia. Saya da cuba tips ni. Yeah! Berkesan. Wink3.




SELAMAT MENCUBA!

Friday, April 15, 2011

SAYA NAK CUPCAKES ITU

Assalamualaikum.
 Hey family ku di KBU  sana. Nak habaq kat ampa ney. Hari ni cek di seru oleh Incik Eman untuk sertai GA beliau. Sangat menarik sebab menangnya boleh dapat cupcakes yang sangat comel tajaan COCOCHIP CUPCAKES

antara contoh cupcakes yang bakal di menangi.

Senang ja kalau nak join ampa boleh p terjah blog Incik Eman kat SINI atau bole clik banner kat atas.

Syarat-syaratnya:
1. buat entry " SAYA NAK CUPCAKES ITU! " = Done!

2. masukan header blog Inchik Eman (link kan ke entry ni kalau boleh)= Done kat atas

3. jadi follower di blog COCOCHIP CUPCAKES ini. = Done

4. sejak bila jadi geng KBU? dan dari negeri mana?
= Sejak baru-baru ni ja. Lupa dah bulan berapa sebab banyak makan semut. Asal Penang. Anak Penang sejati tuh.

5. DONE! submit entry ampa tu di koment SINI.
 
Sekali lagi nak tegaskan bahawa GA ni untuk ahli KBU sahaja. 

Saya rindu family dan kampung saya.

Assalamualaikum.

Seriously saya rasa saya orang yang paling-paling rindu kampung dan family saya. Saya dah start cuti tapi belum balik kampung sebab stay Putrajaya jap umah kakak. Memang best dapat main-main dengan anak buah. Tapi sangat-sangat rindukan family sebab dah sangat lama saya rasa tak balik. Last balik time raya cina bulan 2. Sekarang dah bulan 4. Lama kan? 

Time saya exam hari tu kakak bagitau ayah excident. Tapi sumpah saya tak tanya banyak-banyak sebab saya takut teruk. Memang saya tak call kampung langsung sebab saya tak nak dengar berita buruk-buruk. Saya tengah final time tu. Minggu lepas. Risau tu ada tapi saya buat-buat macam cool. Memang baca buku tak boleh nak fokus. Lalu saya amik pen dan jalankan tugas.


Ini ubat untuk sakit rindu sebenarnya. Walaupun tangan macam kayu. Saya cuba lukis. Cantik kan? Tolong la mengaku. Ahad ni saya akan balik ke kampung. Yeaaahhh! Tak sabar sebenarnya. 

Selamat Malam!


CONTEST REVIEW BLOG FIX COMPUTER PROBLEMS



Assalamualaikum.
Saya di jemput sendiri oleh penganjur(MJ) untuk sertai contest beliau. Sesaja nak cuba sebab sebelum ni tak pernah menang contest tapi saya agak rajin juga lah join contest yang di jemput. Sebagai tanda menghargai jemputan mungkin. Contest yang saya join kali ni adalah "Contest Riview Blog Fix Computer Problems" . Saya nak heret semua pembaca saya untuk join contest ni sebab hadiah yang di sediakan memang lumayan. Sila clik SINI atau clik gambar di bawah untuk terjah ke blog beliau.



Kebaikan blog MJ
1) Blog ringan
- First time masuk blog MJ dan blog MJ sangat ringan dan tak serabut dengan widget-widget yang tak di perlukan. Boleh terus godek blog beliau.


2) Banyak Info
- setakat yang saya godek la kan sangat banyak info berkaitan IT, Tips, Tutorial, software dalam blog MJ. Sangat bermakna bagi saya yang buta IT.

- Suka tips MJ Mencegah Virus Masuk Ke Laptop, Cara jaga skrin LCD, Menjaga penjimatan bateri laptop.

Kelemahan Blog MJ
1) Header
- Saya nak cadangkan MJ buat header yang ada unsur-unsur IT dan menarik. "First impression, first perception"


2) Shoutmix
- Bagi individu yang line tak berapa nak mengizinkan susah nak bukak sebab shoutmix MJ kena loading. Letak shoutmix yang terpampang.

3) Gambar
- Gambar berkaitan post untuk nampak lebih menarik

Itu saja lah rasanya sebab saya pun bukannya pakar dan sebagainya. Itu cuma idea saya untuk blog MJ.  Sekian.


CONTEST SEHATI CWL & FARA

Assalamualaikum


Ieda nak heret hampa semua join contest ni. Keterangan lanjut sila clik banner yang cantik gila tuh. Ieda nak join contest ni. Senang sangat-sangat sebab ni contest gambar kita sendiri. Bole godek-godek gambar yang ada dan join. Ieda dengan rasa tak malunya nak pertaruhkan gambar ni.


Syarat-syarat:
1) Follow blog  CIK WANIE LOVELA dan  FARA. = dah lama Ieda follow

2) Banner mesti link ke blog CWL= dah kat atas tu dan side bar.
3) Nama entry CONTEST SEHATI CWL & FARA= siap!
4)Terbuka boy or girl= I'm a girl
5) Buat entry contest ni= Done.
6) Tag 4 orang kawan= Ieda heret orang nih:-

dan semua yang datang ke blog Ieda.

Hadiah yang sangat-sangat lumayan. Kalau tak percaya boleh p terjah belog Cik Wanie Lovela ni. Sila la buat-buat ramah untuk join contest ni.
 Sekian. 

Thursday, April 14, 2011

Dia LOVE saya weh!

Assalamualaikum.



Cuba anda perhatikan gambarajah di atas. HAHA. Nampak kan ini orang buat album orang yang dia LOVE-LOVE. Haaaiiihh! tiba-tiba la kan. Ada nama saya! Yes! HAHA. Sedikit gambar saya juga. Saya rasa dia bubuh gambar yang kecik sebab nak bagi saya nampak kecik kot. HAHA. Dia pandai cover kegemukan saya. Thanks yaw.

Dia cakap kat situ
"Kepada sahabatku ROHIDA, thanks coz sudi jadi kawan aku, aku bangga dapat kawan macam hang, thanks!"

Weeey! buat saya rasa terharu biru seketika. Uh, sama-sama kasih lah Emi ya. Kami berkawan sejak darjah 1 tu. Bukan senang nak dapat kawan yang kita boleh anggap betul-betul kawan. Saya ingat lagi time saya pernah kapel dulu-dulu kat sekolah. Wah! cinta monyet la katakan. Saya, Emi dan ex-boyfriend sekelas. Ex saya pernah warning supaya saya jauhkan diri dengan ini Emi. HAHA. Saya sangat lah tidak mahu dengar cakap dia sebab bukan laki saya pon. Buat tak tau ja dengan ex tuh. Kalau sebab dia saya nak putus kawan. Memang tak lah kan. Kang sekali hang aku tinggai p kapel dengan kawan aku hang mau? HAHA. Argh! tak mau pikiaq pasai cinta dulu-dulu dah. Semak! Sekaligus keluar tajuk. HAHA. Pape pon thanks ya Emi.

notakaki: Emi, saya balik Ahad ni. Tunggu awww!

Wednesday, April 13, 2011

Saya kena usik, saya usik orang pulek. Adilkan?

Assalamualaikum.
 Kena usik dengan jin weh. HAHA. eh-eh tak la. Ini usikan dari kawan-kawan yang sengal kat mukabuku sana. Tak boleh duduk diam kalau tengok saya senang hati, gumbira senantiasa. Budak-budak ni mesti nak kacau. Ni saya ambik paling latest la yang saya kena kat mukabuku. 


kelik pic untuk bagi gemuk

kelik pic untuk bagi gemuk
agak-agak la kan apa masalah si Micika Zulhilmi nie? HAHA. Setahu saya la kan, kalau dia kacau saya mesti dia sedang rindu saya. HAHA. kan2? Tolong la mengaku wahai Micika Zulhilmi. yeah! wait, saya balik Penang nanti kite dating ukeh. =__=

Sekarang turn saya usik orang pulek. Baru adil. Bhahahaha
kelik pic untuk bagi gemuk
Tak dak kerja sebenarnya. Suka lak saya kalau orang tu susah payah nak tegakkan keadilan. HAHA. Maafkan saya!!

notakaki: Emi and Belang.. Saya rindu kamu berdua. HAHA.. ops!

Tuesday, April 12, 2011

saya dating dengan MEREKA sebelum balik Penang. cepat jelous!!

Assalamualaikum.
Entry nie sebenarnya nak buat semua orang lam dunia nie jeles. Di akhir entry saya harap semua yang baca jeles oke.! Ini wajib, arahan dari saya sendiri. Tolong jangan abaikan arahan. HAHA! Saya ada mereka? mereka yang saya maksudkan tu sangat ramai. Ramai bermakna lebih dari satu. So, mereka itu lebih dari satu. Mereka yang pertama tergolong dalam golongan adik-adik comel, ensem, bergaya, sengal, sewel dan sebagainya. Memang pada hakikatnya saya memang sangat 'like' lah berkawan dengan ciri-ciri manusia sedemikian rupa. 

Berlepaking dengan adik-adik pun boleh. Kami gegarkan IOI oke. Ahad 10/4/2011. picture talk yewp.
kakak ke? oh! tidak, saya sangat tua.

teman acap beli dictionary kat popular.

The kanak-kanak's

adik kakak's!

kami sebaya sebenarnya! *tipuuuu

tiru gaya model dalam kedai depan tuh.=__=

acap, saya dan acap lagi. dua acap disitu.
best dapat jadik budak-budak's lagi. HAHA. rasa sebaya ja.. Umur hanya nombor! Ini golongan yang dating pertama. 

Saya dating dengan mereka jugak! Ini golongan yang sangat-sangat gila nak mati wa cakap lu. Sumpah depa ni memang gila tahap gaban. Tak tau camna nak cakap. Semalam kami lepak di Elina sebab ramai yang cakap bosan dengan Alfa (tempat dating kami). So, jalan p Elina. Da siap makan baru Tuanku datang (Chepet) dengan nyamuk dan belang. Merepek pa tah sampai 1pagi. Siap pesan-pesan bagai. Asal balik penang ja mesti nak jeruk. Pesan la jambatan Pulau Pianang sekilo ke oke la jugak. HAHA. Pastu Black cakap nak datang... errr~ lama gila lepak Elina, kami beralih ke Alfa. Alfa lagi dan lagi. Di Alfa, kami jadi kanak-kanak's lagik!

tuanku yang gila.

feza main keretapi dengan tuanku. bengong ja.. HAHA.

muka tak puas ati sebab kalah main chi ku pang.

nak toleh sangat kan? nah hambik! rasakan.

belang mengantuk eh?

siap bole main chikupang dekat situ. Kanak-kanak's lagi.

sound belang yang taknak ngaku kalah.

fokus la sangat. Kalah jugek. HAHA. Dan pukul 4pagi baru balik sebab sangat-sangat lah mengantuk tahap dewa 19.

Going to miss u ols. Doakan saya selamat sampai ke Penang dan selamat pulang ke sini semula 8/5/2011 nanti. Best dapat kenal adik-adik's yang sengal dan jugak sebaya-sebaya yang gila.



Monday, April 11, 2011

Bile demam ni nak habeh?

Assalamualaikum.
Saya sedang demam peperiksaan. Jangan salah paham dok p pikir demam yang sakit-sakit nu. Uh! dengan berbekalkan kemalasan yang tahap dewa 19 saya jawab exam untuk paper web design hari isnin 4/4/2011. Wah! bukan main semangat la kan siap awal-awal pagi. Kali tengok muka memang orang akan cakap confident gila lah boleh jawab. Padahal, ermmmm~ bole la kot.. HAHAHA. Dapat soklan saya terus demam sampai hari ni. Kesian kan? Angguk la weh!!!! Lepas paper web design saya jadi macam nie. Muka toya! Ambik hang, baloq liat lagu nie la balasan dia.

Esoknya paper Hospitality Training. Oleh kerana semalam punya paper saya dah goreng sampai hangit, maka hari ni punya paper persediaan mantap! Sapa sangka saya masuk exam hall pukul 4 dan 4.31 saya dah keluar. Gila macam kacang goreng berempah lah soklan. Uh! Tahniah kepada saya. Ini untuk saya.

Hari rabu saya ambik paper Hospitality Accounting. Sekali lagi saya blur katak dalam hall. Gila bengang kalau pengawas peperiksaan jadi tiang depan saya. Dok tengok binatang pa tah. Satgi saya jawab abeh p bukak paper tu check satu-satu. Tak payah la nak mai tengok depan muka nie. Daripada reti gak nak jawab terus tak dak idea. Pantang tok nenek betoi la kalau ada yang duk mai usha saya jawab. Rasa cam nak lempang laju-laju uh. 

Last paper Sales And Marketing...! yeayyy! done...! Lepas exam p meroyan kat taman permainan. Sumpah macam kanak-kanak riang yang kurang kasih sayang. 
haha.. pakai formal naik buaian beb. Sapa penah buat? Kalau tak pernah sila-sila la pernahkan sebab ianya best! Puas ati sebab ramai yang lalu lalang tengok macam nak makan saya. huh! bajet ada orang usha. HAHA. 

Yang penting saya dah tak DEMAM! 



Friday, April 1, 2011

Wahai kawan-kawan yang saya SAYANG..

Assalamualaikum.

Saya terasa tangan ni gatal-gatal nak buat entry ni lepas saya dapat tawu yang my classmate positive TB. Memang terkejut beruk sebab she's fine. Tak de pape yang membuatkan kami syak. Cuma dia ada batuk-batuk sikit yang mungkin itu bukan sikit sebenarnya. Terus on laptop, cik gugel tulun saya. Nak taw apa yang patot saya buat untuk tolong dia. Ini saya dapat hasil belas kasihan cik gugel.


DEFINISI TB(tuberculosis) DALAM BAHASA MELAYUNYA ADALAH BATUK KERING.

Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut. Ya Allah, selamatkan kawan saya.



TANDA GEJALA

  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih 
  • Batuk berdarah 
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam 
  • Hilang selera makan atau turun berat badan 
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam 
  • Mudah letih dan lemah 
APAKAH YANG SAYA PERLU LAKUKAN JIKA ADA GEJALA TERSEBUT?
  • Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital 
  • X-ray dada 
  • Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
ADAKAH BATUK KERING MERBAHAYA?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

ADAKAH BATUK KERING BOLEH SEMBUH DAN APAKAH RAWATANNYA?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu. 

RAWATAN
  • Rawatan perlu diambil selama 6 bulan 
  • Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan 
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan 
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh 
BAGAIMANA MENCEGAH BATUK KERING?
  • Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan. 
  • Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih. 
  • Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut. 
  • Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara. 
  • Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik 
  • Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. 

sedikit sebanyak info dari cik gugel yg saya nak share. Sama-samalah kita berdoa agar kawan saya sihat seperti selalu. Sesungguhnya saya SAYANGKAN semua kawan-kawan saya.

Surah AI-Isra' ayat 82 - bermaksud:

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya."

Hadis Rasulullah SAW dari Jabir R.A.:

"Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.

Hadis Rasulullah SAW lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;

"Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), 
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya',  Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya"

notakaki: kepada kawan-kawan yang ada symptoms yang kat atas tu, tolong la buat pemeriksaan. "Mencegah lebih baik dari merawat". Dan sekali lagi mintak tolong doakan kawan saya. Semoga dia sembuh. Amin.

sumber: google


Awak click, ieda click balik oke?