Sunday, October 30, 2011

Di tengah alam Queensbay.

Assalamualaikum.
Pagi tu bangun lambat sikit. Tak banyak pun. Sikit cuma. Mandi dan blablabla tak perlu nak cerita semua. Nanti saya malu dan anda pun malu juga. Persoalannya di sini. Kenapa perlu malu? Tolong fikirkan. Saya tinggalkan cerita ini di sini. 


Feza cakap muka saya macam nak berak. Najis!

Main topic.
Semalam saya pergi Queensbay dengan kakak saya. Dia datang dengan tunang. Oleh kerana saya tak peroleh tunang, saya ajak Feza jadi tunang saya sat. Syukur dia tak keberatan untuk jadi tunang saya. Saya bangga. Perlu di ulang BANGGA. Oke, cukup.


Oh ya, maaf la Syidah sebab tak dapat tunggu anda semalam. Terpaksa balik awal. 


Sampai kat Queensbay. 


Mak datuk kau kereta sedang bermegah megahan kat sana. Saya hampir tak faham. Situasi kat situ  macam ada yang bagi barang percuma dalam Qb tu. Sungguh bangga kereta kereta berpusu pusu masuk parking. Parking luar sudah lah penuh. Kecewa. Ujan renyai renyai (gerimis kot). Kat tepi laut tu ada yang sedang main kejar kejar dengan pasangan masing masing. Saya seperti mahu turun kereta dan menjerit. "Hoi! tak reti ujan ka?". Tapi saya takot. Saya yakin saya akan makan selipar percuma. Abaikan mereka.


Tunggu nak masuk parking dalam 10jam. Saya tipu. Tiba tiba ada pakcik ka abang tah. Tak pasti usianya. Dia bukak parking bawah tanah. Saya terkinja kinja dalam kereta jerit terima kasih dekat manusia tu. Saya pasti dia tak dengar. 


Masuk Qb, manusia penuh kat situ. Sini. Saya berdiri tepi kaki lima tu dan tengok bawah. Manusia lagi. Tengok atas. Manusia jugak. Tengok kiri kanan. Semua manusia. Syukur. Saya pasti lari kalau semua hantu. Memalukan.


Saya di tinggalkan dengan Feza. Kami buat onar dekat Qb. Pergi Elianto. Beli semua serba satu. Cis! Pondan rupanya dia punya promoter. Dah habis perempuan agaknya. Saya tak kan maafkan mereka. Dia benar benar tipu saya. Ingatkan perempuan. Hampeh.


Saya mula rasa menyampah sebaik saja kepala pusing pusing bagai roda. Saya tak boleh tengok ramai manusia macam tu. Saya duduk diam diam kat tepi tepi dinding tu. Ish, rimas. Saya nak balik!


Sebelum balik kakak belikan KFC. Dia tak boleh lama kat situ sebab mak dah call suruh balik. 


Tenang lah kami bila dapat balik ke tempat asal. Syukur. Kat rumah tak dak orang. Saya dah tak pening. 



Saturday, October 29, 2011

Saya rasa saya orang paling rajin bila update blog harini.

Assalamualaikum.
Tadi saya dapat tips dari pak arab tu. Anak dia comel. Saya main kejar kejar dengan anak dia pastu dia bagi tips. Oke tipu. Ini permulaan rajin saya. Gud try.


Lupakan pasal tips. Tak penting. Ada perkara yang lagi serius perlu di bincangkan. 


Tadi lagi saya kena marah dengan supervisor sebab tak nak buat obertime. Dia marah saya oke. Dia marah. Jelas. Dia marah. Puas. Saya lemparkan senyuman puas sebab dapat bagi dia marah. Saya practikal saja, anda tak perlu semangat waja nak force saya buat obertime. Saya tak minat. Perlu ka saya ulang? TAK MINAT. Sekian.


Saya dah maafkan supervisor tu sebab dia dah malukan saya depan semua staff. Dia cakap saya tak bagi komitmen dalam kerja. Oh, hampir lupa saya. Dia sangat berkaliber, komitmen tinggi macam komtar. Hampeh. Staff anda dah cerita perangai anda dekat saya dari mula mula saya practikal kat sana. Tak payah nak komitmen sangat la kan. Saya senyum saja time briefing tadi. Tangan dalam poket, habis gulagulagetah saya koyak kertas sampai semua gulagula tu terabur dalam poket. Makan dalam. Luar cool. Nampak tak sifat cool saya? Dah, tak nak cerita pasal ni la. Tak best.


Harini jugak saya tacing dengan Khairol Hafizzi. Malas cerita pasal ni. Hati sayu. Saya sangat sensitip. Sila faham.


Tadi saya tido sampai pukul lapan malam. Lambat p pasar malam. Kena denda dengan pakcik jaga tapak pasar malam. Ketuk ketampi seratus kali sambil tahan nafas. Penat. Auta.


Saya beli laksa, kurang sedap makan separuh habis. Lagi suku buang. Betul ka kira kira ni. Separuh dan suku, yang lain mana? Abaikan. Reject kedai tu. Maafkan saya. Lepastu pulak saya beli shawl, beli shawl, beli shawl. Sangat cantik bagi saya. Saya beli shawl tu duit tips daripada pengacara ustazah pilihan. Saya memang suka kumpul tips. Terkenang saya pesanan beliau. Jangan tinggal solat ya. Oke, saya janji. 


Sekarang saya membesarkan mata untuk update belog sebab ada orang cakap saya malas. Tak payah cakap pun tak pa. Saya memang tawu saya malas tahap tak boleh di maafkan. Saya selalu tak tolong mak masak dan akibatnya saya tak pandai masak sampai ke hari ini dan mungkin saya akan sambung kontrak tak masak sampai kawin. Ini kelemahan saya. Sang suami nanti tolong jangan marah saya. Ini bukan salah saya. Ianya terjadi sendiri.


Hari ni hari tension saya. Semua orang nak cari pasal dengan saya. Tapi saya cool. Saya mampu berdiri di tepi jendela bilik sambil memerhatikan gelagat kapal terbang di awan. Mereka sangat cool sampai saya rasa nak ketuk kepala mereka. Itu pun kalau saya dapat cari kat mana kepala kapal terbang. Eh sat, ini fakta ka auta? Kapal terbang tak dak gear reverse. eh? Memalukan. 


Nampak tak? nampak tak? mata bengkak tapi saya pose cool. Saya dah cakap saya memang cool.


Tadi saya terima pesanan ringkas dari kakak saya. Dia ajak saya dating esok. Oke, ada jugak orang nak ajak saya dating. Tapi mungkin esok akan menjadi hari tension saya jugak sebab dia dengan tunang dia dan saya sorang sorang. Memang tak adil langsung.


Cukup lah. Panjang panjang nanti orang cakap sangat rajin pulak. Cukup sekadar rajin. Rajin. Saya rajin.


Saya rasa cerita saya ni dah mampu buat orang cakap saya rajin update blog. Nanti nanti saya rajin lagi oke. Selamat malam. Bye! 









Thursday, October 13, 2011

Because of you are my lil sys, NUR SARAH~


Assalamualaikum.

Listen to me dear,

Kenapa dalam dunia ni perlu ada perasaan dengki terhadap sesuatu yang di capai orang lain? dan kenapa pula perlu ada perasaan gembira dengan sesuatu yang hilang dari orang lain? KENAPA?

Why people Hate you?
There are two reason why peaple HATE you. First is they hate you because of they wanna be you and they hate you because you are not like them.

Kadang-kadang manusia tak suka kita ataupun lebih di kenali dengan dengki akan kita kerana mereka tak dapat apa yang kamu ada. Yes! jelous babe. Mereka tak benci kamu sebenarnya tapi mereka nak jadi macam kamu but they cant.

Mungkin kamu cantik, mungkin kamu pandai, mungkin kamu tak cantik tapi kamu pandai dan mungkin juga kamu tak pandai tapi kamu cantik. Oke, aku dah putar belitkan ayat. Supaya kau pening. Padahal aku nak cakap yang mereka ni jeles la dengan kelebihan yang kamu ada. Itu ja. Dalam erti kata yang lagi indah mereka cemburu, mulanya cemburu lama-lama akan berubah kepada benci. Lepastu pulak akan terdetik kat hati "yes! i HATE this girl. Sukahatinenekdia. 

Bila tanya kenapa?
Dia ni sombong, riak, takbur, pecah amanah, kurang didikan agama, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa. Hah! banyak la pulak kau punya songel kan? oke2, kau perfect. Aku tawu itu.

please yeah, if you feel hurt when people hate you, assuming that they want to have what do you have. so, why not share a lil bit with them. Nampak macam chill bukan? ya memang bukan. lol~

Simpan ni kat otak! bila manusia bencikan awak, buat tak tahu je oke? people who hate successful people are usually, unsuccessful. Kadang kadang kita rasa macam. "Wei, meh sini kita lawan nak" rasa geram, rasa down, rasa macam errrrrrrrrrrr~ tekanan! so, so n so, my advice is if you become a successful and any people decide to hate you, its because their own fears. Just ignore them. Full STOP.

Keduanya pula, people hate you just because you are not like them?

Just let them be, jangan sesekali rasa macam. Alahai, kenapa la aku tak jadi macam dia. JANGAN fikir macam tu oke. Jadi apa yang kita nak jadi. Jangan jadi orang lain. Ada faham? Stand for the truth. Fight for the right. Be yourself. CONFIDENT! wajib. 

Akhir kata, pedulik apa yang orang nak kata pasal kita. Anggaplah tak pernah wujud perasaan tu semua dalam hidup.

notakaki: life is too short to wasting your time by hating people. Be what you wanna be. Then let them be what they wanna be. Live with peace! yeahhhh. 

notacinta: try to understand my message ya. just because i treat you as my lil sys dear.

Tuesday, October 4, 2011

Khairol Hafizzi


Awak, 
English saya tak bagus tapi saya nak cakap I LOVE YOU.

Awak, 
saya tak pandai Geografi sebab saya selalu tido kelas cikgu Dolah tapi saya tawu yang awak tinggal kat hati saya.

Awak,
saya tak suka nak hafal-hafal Sejarah tapi saya ingat first time saya kenal awak.

Awak,
subjek Kimia bagi saya sangat la susah tapi saya boleh bagi tindak balas bila awak senyum kat saya.

Kesimpulannya saya tak la hebat dalam semua subjek melainkan topiknya adalah awak.


Awak click, ieda click balik oke?