Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur. Bulan syaaban dah pun melabuhkan tirainya. Muncul ramadhan. Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya dan kita semua untuk bertemu dengan bulan ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. 

Tahun ni saya menyambut bulan ramadhan di rumah kakak putrajaya di sebabkan ada tugas yang perlu di selesaikan di kota Kuala Lumpur ni. Lepas ni mungkin dah jarang kot saya ke KL. Saya akan kembali ke tanah air. Bajet macam duduk luar negara. HAHA. Balik kampung saya di Penang. Tak sabar nak balik ke pangkuan keluarga. 

Teringat masa zaman hingusan dulu. Kalau nak puasa mesti nak duit. Sehari puasa seringgit. Budak-budak la katakan. RM30 macam tiga juta la. Time tu tak berapa nak faham pasal pahala semua tu. Kira nak duit jela. Sekarang kalau mintak sepak terajang bole la dapat. HAHA. 

Kalau bab nak mangkit sahur tobat malas. Mula-mula mak akan kejut. Pastu kakak-kakak suma. Pastu paling teruk di dunia ayah yang kejut. Tudia. Baloq liat. Calon isteri ni. HAHA. Lepas sahur paling best kalau tido balik. Memang terbaik la kan. Sapa nak tolong semayangkan kat saya? Oke, bangun untuk kali ke dua.

Bila time bukak puasa memang paling best la. Siap tunggu depan-depan makanan nu. Buat macam tak makan lapan belas tahun dah. Apa punya turr da. Lepas makan pulak p main bunga api. Time tu mercun di haramkan oleh ayah. Budak kicik macam saya tak boleh main mercun. bahaya. Budak besar tak bahayakah? Lu pikir lah sendiri.

Uh, nostalgia yang paling tak akan saya lupa sampai bila-bila. Main bunga api semangat gila nih. Sampai tak sempat pakai baju. Kecik lagi masa tu. Ntah kenapa saya kuar depan rumah tak pakai baju. Main bunga api. Syok dok main sekali kakak saya halakan bunga api tu kat arah badan saya. Pergh! Terbaik. Mau tak nagis sampai nak meninggal time tu. 

Oke, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua orang-orang islam. Jangan setakat puasa ja. Banyakkan amalan dan tingkatkan iman. InsyaAllah kita di berkati. 



Tuesday, July 26, 2011

Dua kategori orang yang berdebat tak nak kalah.

Assalamualaikum.
Face everything with smile. Open your heart. When you are ready to cry its mean u are ready to smile again.

Alhamdullillah. Saya di beri peluang untuk bernafas lagi hari ini. Syukur. Dikeheningan pagi yang dingin ni. Sedang manusia lain sibuk tarik selimut. Pergh! memang best la tido. Sumpah rasa macam tanak bangun sampai esok malam. Pengakuan jujur, saya memang orang paling malas nak bangun subuh. Tapi bangun. Kadang-kadang alarm postpone sampai dua tiga pat kali. Cari apa tah. Kan senang kalau bagun p solat ja terus. Tak payah nak banyak cakap. Oke STOP!

Lepas subuh blogwalking. Baca komen. Balas komen. Komen-komen balik. Dengan hati yang tenang time tu. Komen pun kena la yang tenang-tenang jugak. Macam-macam ragam manusia saya perhatikan. Dan saya nak konklusikan kat sini tentang dua kategori manusia yang berdebat tak nak kalah.

KATEGORI A
Pendebat adalah orang yang pandai-pandai. Berdebat dengan bukti dan fakta yang kukuh dah bernas bole di terima pakai. Lebih kepada memberikan bukti daripada maki tak ketahuan hala. Pendebat kategori ini boleh di kategorikan sebagai pendebat penawar. Kehalusan budi pekerti ada pada mereka. 

KATEGORI B
Pendebat adalah yang kurang pandai mungkin. Komen tak nak kalah. Tak attach bukti atau fakta. Cakap ikut sedap mulut. Komen ikut suka huruf nak di taip. Semuanya gara-gara dia sangat tak berpuas hati dengan seseorang tanpa usul periksa. Tanpa membuat kajian terus nak fire orang. Pendebat seperti ini jatuh di bawah pendebat racun.

Saya bukanlah doktor falsafah nak berdiri bermaharajalela untuk komen sesapa. Saya manusia biasa yang juga ada silapnya. Kadang-kadang ada tutur yang tak kena. Yes! boleh di tegur. Boleh di komen sebab ada ruang komen. Kalau tak bole komen dah lama saya disable ruangan komen. TETAPI...!

Ingatlah kamu wahai manusia. Untuk mengkritik atau komen orang tolong berikan alasan yang jelas. Tolong fahami apa yang orang nak sampaikan. Tolong baca enam belas ribu kali supaya tak salah faham. Kalau tak faham sila lah bertanya. 

Kesimpulannya kat sini, jadi lah pendebat kategori A. Sila baca sesuatu dan cuba fahami maksud yang nak di sampaikan. Jangan nak berdebat tak ketahuan hala tanpa alasan dan bukti yang kukuh. Sekian.


Thanks for reading.


Terharu dua minit..!

Assalamualaikum.


Sila jangan buat-buat tak nampak. Tenyeh mata 44 kali. Tak caya Abg Ben folo blog saya. Mungkin blog ampa ramai la kot blogger hebak folo. Tengok folower pon ada berapa ketoi la sangat blog selekeh tak kena gaya nih. Sapa sangka blog cikai ini sudi di folo oleh Abg Ben Ashaari. Eh, serius rasa terharu sampai terjerit. Kawan cakap saya gila. Saya cakap balik ampa gila kuasa dua! Hamek. HAHA. 

Sebenarnya memang minat baca blog Abg Ben nih. Abg Ben juga menjadi senarai yang memang wajib di kunjung la kalau blogwalking. Siap letak kat bloglist kot. Tapi terjah diam-diam ja. Tak penah komen. Rini gatai tangan nak komen. Lalu  beliau ter folo saya. Thanks Abg Ben. Nangis~

Monday, July 25, 2011

Ustazah pencen bole la.

Assalamualaikum.
Salam muhibbah. Manis tak kurma itu? heh! ayat lapok la makcik. Oke, fine. Sebenarnya saya rasa macam telan nasik banyak-banyak tapi tak boleh kenyang. Itu makan tak bismillah namanya. Bukan itu la. Tadi ada sorang lelaki idaman setiap insan ni chat saya. Kenapa idaman setiap insan, sebab rambut kale perang tak nak kalah. Muka bole la nak cakap hensem. Hati? Sori saya tak ambik taw. First dia bagi salam, oke saya jawab. Dalam hati "oh, islam rupanya". 

Lelaki: Awak, nak tanya. Awak alim eh?
Saya: Gulp! errrr~ kenapa tanya cmtu?
Lelaki: Sebab gambar awak semua bertudung. Jap, kenapa awak bertudung?
Saya: Wajib.
Lelaki: Kenapa ada yang tak pakai?
Saya: Mungkin belum dapat hidayah.
Lelaki: oo, kiranya yang tak pakai tudung semua belum dapat hidayah la?
Saya: OFFLINE!

Oleh kerana saya nak tidoq. Saya nak serahkan soklan itu kepada mereka yang tak bertudung. Tolong jawab sat. Silap-silap haribulan lelaki itu chat lagi. Boleh la saya tolong sampaikan jawapan anda.

Nyte! Tata.

Sunday, July 17, 2011

Terima Kasih Hakers!

Assalamualaikum.

Out of mood! Semua gara-gara  FB nak kena hack. Terpaksalah men-deactive-kan account FB. Terima kasih orang. Hang terbaik la weh. Muka tak tawu pape pastu p layan orang tu. Mana tak layan. Budak pompuan sekolah aku kot yang tego. Junior aku, kalau tak layan confirm kena cop sombong, riak, takbur bagai.

Tapi yang peliknya budak ni speaking terbaik ah. Aku pun bajet2 la speaking jugak. Walaupun omputih aku kelaut. Pastu dia bagi link cakap tu video aku. Aku pun pelik r, sejak bila la pulak aku ada video bagai. Tahik sungguh la. Dengan rajinnya aku p klik. Terbaikkkk! Apa pon tak bole.

Nasib baik ada Angah. Tengkiu Angah atas nasihat. Jasamu di kenang. 

Pesanan penaja: Len kali kalau ada orang tegur duk speaking2 tanya khabar la hape, tolong jangan layan. Kalau dia bagi link tak payah nak buat rajin macam aku. Tak payah klik. Paham? Sekian.

Thanks for reading.

Saturday, July 16, 2011

July Give Away:kau sahabat kau teman by Hana,syafa dan kak yana

Assalamualaikum.


Di pagi yang hening Ieda di invite oleh tuan penganjur sendiri untuk join contest mereka. Ieda paling suka join kalau tuan penganjur sendiri yang invite. Rasa macam bertuah gitu. Yeah! Jum join bagi meriah. Tapi untuk perempuan sahaja. Kalau nak join boleh click banner yang comel tu oke.

Syarat-syarat:
  1. korang mesti follow blog hanasyafa dan kak yana
  2. contest ini adalah terbuka untuk sesiapa saja yang berminat.
  3. buat satu entry bertajuk July Give Away:kau sahabat kau teman by Hana,syafa dan kak yana
  4. copy banner kat atas letak dekat entry anda.
  5. ceritakan tentang sahabat baik anda . gambar korang dengan sahabat anda mesti ada(kalau takda letak lah gmbar sahabat anda).
  6. ceritakan tentang sahabat anda contoh: perangai dorang,fizikal "dia"
  7. ceritakan dugaan apa yang anda pernah tempuh bersama-sama
  8. ceritakan pengalaman paling manis anda dengan sahabat anda.
  9. copy syarat-syarat ini dan copy senarai sponser.
  10. tag kan contest ini dekat kawan-kawan korang sekurang-kurangnya 2orang (diorang mesti tahu tentang contest ni)
  11. lepas dah buat entry komen dekat post ini.


    Senarai sponsor:
    1. Husnaman Lens Shop
    2. FazUnique Collection
    3. many presents from kak yana
    4. Lovely Lil Efashion
    5. Topup from hana

Oke dah cukup syarat yang perlu di copy. Here we go untuk syarat yang ke 5,6,7,8.


Cerita tentang dia.

Oke, she is my friend, my best friend, my classmate, my roommate, and also my everything. Nama comelnya Feza. Saya dan Feza berkawan sejak tingkatan 1 dan sampai sekarang. Saya sangat kenal dia dan dia pun rasanya kenal saya kot. kami sentiasa meluangkan masa bersama seperti shopping, jalan-jalan, berkongsi pendapat, berkongsi cerita, berkongsi suka dan duka dan banyak lagi. kadang-kadang kalau kami keluar ke mana-mana pun ramai yang tegur dan tanya kami ni kembar ke adik beradik. kami mengiyakan sahaja. hee.. puas kami tilik entah mana sama muka kami ni. mungkin aura keakraban kami yang menampakkan kami seakan kembar or adik beradik. ahaks! apa pun saya sayang dia sangat-sangat! Bagi saya 9 tahun tu sangat lama. Oke. Feza ada lesung pipit. Dan dia kidal. (harus di inform ke? haha)

Shopping!

Dalam persahabatan banyak dugaannya, memang tak dapat di nafikan. Ramai yang saya tak pasti la dengki ke hape. Tapi pernah ada yang sengaja kot nak pecah belahkan kami dengan cara mereka cerita, menfitnah saya. Saya tak akan lupa pasal ada seorang kakak ni menfitnah saya yang menceritakan bahawa Feza keluar dengan laki lain la ape sedangkan time tu saya dan Feza balik ke kampung sama-sama. Tak sangka ada lagi manusia yang tak boleh tengok orang senang. Sumpah saya rasa macam kelakar sebab kakak tu macam tak de keja lain nak buat. Nasib baiklah kan si Feza lebih kenal saya dari kakak tu.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong Tempat kami berlari dan bermain.

Pengalaman paling manis yang saya dan dia pernah lalui adalah kami bersama selama 5 tahun di asrama yang sama. Best sangat time tu. Yang nakal itu kami, yang baik itu kami, yang senior itu kami, yang junior itu kami. Kesimpulannya semua adalah kami. Masa untuk serius kami serius dan masa untuk bergurau kami bergurau. 

Dan sekarang kami masih lagi belajar bersama. We are pursuing Diploma in Hospitality Management. And going to grad this year.InsyaAllah.
Harap persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. Amin.

Saya tag:
dan semua pembaca.

Thanks for rading

Alhamdulillah dan Terima Kasih MJ.

Assalamulaikum.
Fisrt of all nak marah kat Encik Poslaju tu sebab dia dengan sesuka hatinya tak tekan loceng rumah saya. Padahal saya berada di rumah semalam. Kejam! Keluar dari rumah nampak ini tertempek kat dinding umah.

Ada nama saya oke. Dengan bangganya tarik notis tu buh dalam beg sebab nak balik putrajaya time tu. Eh maaf, senyum sorang-sorang dalam lif. Mana taknya, first time join contest dapat hadiah. HAHA. Jakun jap.

Tadi abang ipar p keja. Notis tu pun dia tak bawak. Tapi boleh ambik je barang. Sebab abang ipar keja kat pos. HAHA.

Lalu saya belek-belek bungkusan tu. Oh! baru teringat. MJ dah poskan hadiah tu. Saya ada join Contest Riview Blog Fix Computer Problems yang di anjurkan oleh MJ. Saya menang hadiah misteri. Alhamdulillah saya terpilih.

Ini yang saya dapat. USB drive 4GB. Terima kasih bebanyak MJ. 

Jum berkunjung ke blog MJ. Blog MJ adalah blog berkaitan dengan IT. Banyak info dan tips yang boleh dapat kat sana. Dan yang bestnya MJ ada banyak hadiah nak di beri kepada semua. Hanya perlu komen, untuk menjadi pengomen bertuah setiap bulan dan setiap tahun jugak. Hadiah yang sangat berbaloi-baloi.

Tekan SINI untuk ke blog MJ.

Thanks for reading.

JALINAN Untuk Semua.

Assalamualaikum.
Alhamdulillah follower dah agak ramai walaupun tak la beriban. 400 lebih tu dah cukup untuk saya cakap banyak. Syukur. Semakin ramai kenalan. Bahasa dan adab dalam menulis sangat perlu di titik beratkan. Ini sangat perlu bagi memastikan tiada pihak yang terasa dan bagi mengelakkan meter dosa naik dengan laju. Bak kata pepatah "kata ibarat pedang tajam yang bisa membunuh lawan" tetapi kata-kata yang berhikmah boleh menyedarkan kita. Terima kasih kepada yang sudi follow, yang sudi baca, yang sudi komen. Saya hargai anda. Boleh tuju lagu tak? HAHA. Lagu ni untuk semua.

JALINAN-UNIC


Teringat zaman sekolah dulu. Saya layan nasyid round a clock. Sampai boleh hafal semua lagu. Rindukan saat itu.

Thanks for reading.

Thursday, July 14, 2011

Mengenali perempuan adalah sangat comel dan awesome!

Assalamualaikum.
Mungkin anda merasakan bahawa entry Ieda kali ni macam serabut kepala sampai rasa macam nak tanggalkan kepala lalu di jual di kedai besi buruk. Oke tipu. Hati, limpa, paru Ieda sekarang tengah bersinar-sinar macam bunga api yang main masa kecik-kecik dulu time bulan puasa. Cuba bayangkan sangat sweet ya zaman muda-muda dulu. Sangat rindu saat itu. Oke berbalik ke pangkal jalan.

Sebenarnya beberapa bulan yang lepas, bila tah tak berapa nak ingat. Ieda ada dating dengan Incik BF. Ieda ada cerita kat SINI. Pastu dengan excitednya pegi rumah kawan Incik sebab dengan harapan bole berjumpa dengan Puan beliau. Tapi nasib tak baik Puan beliau tak dak kat rumah. Sedih kot. Tapi sejak tu rasa macam eh2 comelnya dapat berkenalan macam tu. GF kawan BF saya. Betul ke tak nih? Hentam! Niesa Kechik sangat comel dan nak jumpak kamu sangat-sangat.

Niesa Kecik yang memang kecik dan comel.

Sebelum ni pun ada berkenalan dengan GF kepada kwn BF jugak. Fatin namanya tapi yang tak bestnya la kan. Kami berkenalan kat alam maya ni ja. Tak pernah jumpa pun. Selalu chat dengan fatin dan boleh rasakan yang dia ni agak gila-gila sama macam Ieda. HAHA. Sumpah mesti best kalau dapat jumpa. Lagi sekali rasa macam comel berkenalan dengan kaum-kaum hawa.

Ieda jeles dengan kamu Fatin! pandai buat kek yang sangat cantik sampai bole juling mata uh.

Baru dua hari lepas berkenalan dengan GF kepada kwn BF lagis. Berapa banyak kawan tak tawu la kan Incik Ieda ni. Mis Zana, eh2 budak ni asik-asik cakap comel-comel. Amin, cakap lagi 44 kali nanti jadi comel betul-betul kot. HAHA. Mis Zana pun sangat comel. Tapi Ieda agak kurang kenal dengan Incik Mis Zana. Dah habeh segala macam Incik Ieda explain tetap tak tau. HAHA. Tapi nak jumpak kamu jugak oke. Sekali lagi saya rasa sangat comel berkenalan dengan kaum hawa.

Miz Zana budak comel yang suka cakap orang lain comel.

Kenapa eh rasa macam " alahai sweetnya la kan dapat berkenalan dengan kawan-kawan perempuan pastu ajak-ajak dating" . Adus, sumpah sweet. Dah la yang saya kenal ni semuanya comel-comel belaka. Tak bole nak explain la bertapa comelnya keadaan ni. 

Sumpah cakap saya memang suka tengok perempuan cantik. Love to look and admire others girls beauty tapi yang pastinya saya bukan lesbian oke. Cuma appreciated girls beauty. Ieda selalu cakap sweety, sayang, dear, darl kat girlfriends Ieda. Sangat sweet! Sebab tu lah Ieda gunakan cara tu untuk hargai girlfriends Ieda. Yang tak suka di panggil macam tu tolong la paksa diri untuk suka. HAHA. Kejam! By the way, love u'll so much! Nak dating! Oke puas menjerit. Bye.

Thanks for reading.



Tuesday, July 12, 2011

Buat sampah jap.

Assalamualaikum.

Bersih kotor bersih kotor. Naik serabut pala otak. Naik ijau bijik mata. Naik lenguh kaki tangan aku baca menatang ni. Padan lah dengan muka aku kan sebab aku dengan rela hati nak baca. Yooooo! Isu panas ni. Apa-apa pon saya menyeru kepada semua untuk daftar mengundi. Pertahankan hak masing-masing. Kalau semua dok p conteng-conteng kat blog tapi apa pun tarak. Bole p delete balik ye entry anda sekalian. Sekian untuk itu.


Isnin
Kelas dengan Chef Amir. Oke, Chef hensem.
Pergi keja kat KLCC.
Balik pukul sebelas malam. Penat nak meninggal kau tahu.


Semalam
Bangun seawal yang mungkin.
Pergi kerja lagi pukul tujuh pagi balik sebelas malam. Cuba kira berapa jam. Oke, sekali lagi rasa macam nak meninggal.
Balik dan terus meninggal seketika tanpa hiraukan keadaan sekeliling.


Hari ni.
Bangun pukul sepuloh. Terpaling awal antara semua. Wah!
Tak tentu arah.
P mandi dan siap. Tatau arah tuju pun.
Telefon semua orang suruh siap nak p makan. Oke, aku lapaq sebenaqnya. HAHA.
Nak p kolej jumpa lec jap. Ko, tak perlu tau sebab apa. HAHA.
Tunggu kawan lembab gila nak siap. mekap ke gamaknya.
Japgi nak balik baca buku sampai muntah. Jangan kacau aku!


Esok
Exam Hospitality Accounting. Nah! nak buat muka konfiden untuk jawab. Nerves nak meninggal kau tahu. Tak ketahuan hala dah ni. Sapa rasa pro tu mai la ajaq sat. Bantuan anda sangat di perlukan. Terima kasih.


Last but not least, saya rindu anak buah saya.
Dia sedang cuba untuk teman saya baca buku.


p/s: (ber p/s bagai, lempang nak?) Doakan saya ya.
Incik BF: Awak buat rileks ja kalau awak tak di layan dengan baik. HAHA. Padan muka!


Thanks for reading.

Friday, July 8, 2011

"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"

Assalamualaikum


Wow! Nak join nih. Saya nak heret semua follower or reader join nih oke. Kalau berminat nak join sila click banner tu or SINI.

Hadiah sangat lumayan. Boleh tengok kat SINI. WOW! kan? 

Senarai sponsor:

saya tag:

Thursday, July 7, 2011

Aduss!

Assalamualaikum.

SAYA TAK FAHAM KENAPA MANUSIA A NAK TERASA BILA SAYA CAKAP KAT MANUSIA B. MUNGKINKAH MANUSIA A JUGA SAMA SEPERTI B.

Yes, words can't bring me down. Dont you bring me down today.

Malas nak layan benda tak masuk akal. Cuba nak tolong tapi di salahkan. Haih!

Bukan kedekut tapi....

Assalamualaikum.

serba salah la noks!

Hai rakan sejawat yang perasaan akan entry ini. Jum luangkan masa untuk membaca rintihan saya di pagi buta ni. Kawan-kawan semua dah tido. So, saya agak kurang boleh tido. Tatau sebab pa. Memang hobi kot tido lambat-lambat nih. Padahal penat tahap cipan sebab siang tadi teman kawan membeli belah. Teman ja oke. First time p shopping sengaja bawak 50 hengget sahaja dan tak luak pun. Yes! saya berjaya menahan nafsu membeli belah pada hari ini. Syabas. Permulaan yang baik. Ntah-ntah ni la yang mula dan ni jugak yang terakhir. Huh! jangan wey.

Berbalik kepada tajuk entry. Ceritanya berbunyi begini. Ampa penah tak share makanan or minuman dengan kawan laki? Ya ampun wey! sumpah saya tak boleh nak share dengan kawan-kawan laki. Kadang-kadang tuh kan saya tengok best ja kawan dok share dengan kawan laki. Tapi tobat saya tak minum dah air tu kalau bekas laki. Bukan masalah jijik ka hape. Tapi ntah, rasa macam tak boleh nak telan la pulak. 

Ada satu hari tu saya beli ayaq mineral kot kalau tak silap. Then dengan semangatnya saya bukak dan minum. Tiba-tiba sorang kawan laki mai dan dia mintak air sikit. Lalu saya errrrrrrr~ apa nak jawab ni. Blur la bengong. Tak bagi satgi confirm dia cakap "kedekut gila minah ni. Dia ingat aku tak mampu ka nak beli air mineral spritzer sehengget sekupang tu. Pegi mam la hang!" dan yang peliknya aku boleh tawu pulek apa orang tu nak cakap. HAHA. 

Dalam kes tu kan. Demi menjaga hati kawan saya minum sikit dan bagi kat dia "Nah, ambik semua la. Aku dah tak nak". Tapi kalau seribu kali dia mintak memang tokey balak pon bankrup der. Asik p bagi kat dia ja. So, sekarang saya ambik keputusan untuk buat pengumuman "WOI! KALAU NAK MINUM P BELI SENDIRI BOLE TAK? JANGAN NAK MINTAK KAT AKU SANGAT LA KAN. AKU TAK SHARE  HARTA BENDA AKU DENGAN BUKAN MUHRIM. SEKIAN"

Thanks for reading.

Wednesday, July 6, 2011

Sekali Lagi Terbaik.

Assalamualaikum.


Setelah sekian lama menghilang kini saya muncul. Nak buat cerita dongeng lagis. Ampa mesti dah tengok kan cerita ' Sekali Lagi' nih? Eh! peduli hape. Dengan lafaz " suka hati aku lah nak cerita kat sini" saya nak cakap yang buat kali kedua dalam hidup saya p tengok wayang. Yes! saya sangat jakun. 

P tengok bersama-sama adiks tersayang. Hafiz, Acap, Sidi, Suzila, bunga Hafiz dan sapa lagi sorang lupa nama. Ampun na. Tunggu budak-budak ni hampir sejam gak la kan. Tapi buat muka macam suka gila lah tunggu depa. HAHA. Bosan tak payah habaq la kan. Memang tak boleh di maafkan dah. 

saya berselekeh ini sahaja untuk kali ni.

Dah 4 taun tunggu baru nak sampai. P beli tiket. Cerita tu lambat sangat nak start. Hentam p main game pulek budak-budak ni. So, buat muka redha dan ikut saja.

natang pa la ampa dok tekan. sepatah haram pun tak paham.

sumpah poyo! haha

Pas main game tengok cerita tu. Sumpah cerita ni best gila tahap gaban. Lisa dan Mia sangat comel nak mati. Kesimpulannya memang sangat best la. Sila la p tengok kalau tak tengok lagi. Tapi kalau da tengok dok diam-diam. K Bye.

Thanks for reading.

Tuesday, July 5, 2011

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum.


Thanks for reading.

Awak click, ieda click balik oke?