Tuesday, June 28, 2011

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum.


Saturday, June 25, 2011

Entry berbalas ..aku rindu kamo...

Assalamualaikum.


I'm here to commenting because of my picxa are there, I mean HERE. yes! thats my old pic. agak kurus walaupun gemok berbanding sekarang yang sangat gemok. 

Adab berkawan. baik bila berdua. bila di tambah lagi 1, mula la ada yang tak kena. Sebabnya boleh buat rotation kutuk-kutuk. Oh! sungguh tidak faham.

Mula nak bawak mulut. yes! mulut wajib bawak sebab melekat. Maksud bawak mulut disini adalah suka kata belakang. 

Contohnya:
Bila A dan B berjumpa. ha, mampos la kau C. kena kutuk kaw2. Apa C buat suma tak kena. C tak sporting sebab tak boleh keluar malam-malam. C ni kan kalau cakap ikut sedap mulut dia ja. C ni bla bla bla. Yes! mereka perfect!

Bila A dan C berjumpa. Wah! kemain A cakap baik je dgn C. A pura-pura suci pijak semut tak mati. dan begitu juga lah dgn B kalau jmpa C. Padahal korang tak suka C kan? Kenapa tak cakap dengan dia terus? Perlu ke kutuk belakang? Oh, betul la orang tak tawu sebab A dengan B ja time tu. Awak silap sayang, Allah maha segalanya. 

Bila dating reramai then tiba-tiba salah sorang tak boleh join. Mati la kau, sapa suruh kau tak join. Lepas ni segala chapter kau terlepas. Kau wajib duduk diam-diam. Bila borak gelak-gelak suma. "eh, korang borak ape?" jawabnya " ko tak tawu dah la, ko tak de time tu". Sadis~ Hang dok buat emo pa wey? Aku manusia yang ada perasaan. Terima kasih.

Kalau macam ni la kan. Better tak payah nak berkawan. Hipokrik. Depan je baik. Belakang? oke, emo lagi sekali.

Pesanan untuk semua termasuk saya sendiri, untuk menjadi sahabat sejati kita mestilah:

1) Jangan jatuhkan kawan kalau kita nak berada di atas sekalipun. Tolong jangan tolak orang. Faham?

2) Perlu menghargai kalau nak rasa di hargai. Paling lemah sekali bab ni la. Tak reti nak hargai orang. Maaf la.

3) Tidak perlu menyatakan ketidak puas hatian kepada rakan lain. Elok lah kiranya face to face dengan individu yang awak tak puas hati. Sekurang-kurangnya individu tersebut tawu apa salahnya.

4) Kalau la tak suka atau jeles atau sakit hati atau rasa macam nak lebih dari seseorang tu. Jangan la p reka cerita dongeng kat orang lain.

5) Jangan selalu mengaggap apa yang kita buat tu semuanya betul. Cuba terima pendapat orang.

6) Yang paling penting. SETIAKAWAN. Faham? 

Be nice to me and i'll be very very nice to you. Saya tegur segala pelusuk manusia dalam dunia even mamak alfa sekalipun. Saya sangat suka berkawan tambah-tambah lagi dengan orang yang selalu duduk sorang-sorang. Saya gembira bila tengok kawan-kawan saya ketawa. Tapi SAYA SANGAT TIDAK SUKA KALAU SAYA TEGUR TAPI ORANG BUAT MACAM SAYA CAKAP DENGAN KERBAU TEPI LOMBONG! dan SAYA SANGAT TIDAK SUKA BILA KAWAN YANG SAYA ANGGAP KAWAN BAIK DATANG NAK MAKAN TAPI DUDUK MEJA ASING SEBAB ADA KAWAN LAIN NAK DATANG! Eh nak tanya. Dia bukan kawan saya jugak eh?  Saya sangat terasa oke. Awak berjaya buat saya sakit hati. Terima kasih.

Ya, I'm not perfect. I cant pretend to be. But before you start pointing your finger, please make sure that your hands are clean. Setiap yang berlaku pasti ada sebab. Cuba betulkan diri sendiri sebelum cari kesalahan orang. 

To all my dearest friend especially Chepet, thanks sebab rasa ingin pertikaikan   hal ni. Sama-sama kita betulkan. 


Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman .

Thanks for reading.

Thursday, June 16, 2011

DIAM!

Assalamualaikum.


Bercakap tentang diam. Memang tak kena dengan saya lah kan. Saya orang paling bising tahap tak boleh di maafkan tapi tolong lah maafkan. Cuba untuk menjadi pendiam or nak berdiam diri amat la susah bagi saya. Rasa macam tak hidup. Tapi kadang-kadang berdiam diri itu perlu.

Orang yang mendiamkan diri tak semestinya dia bodoh. Tapi sebenarnya dia malas nak melibatkan diri dalam benda bodoh.

Orang yang banyak cakap tu tak semestinya dia cerdik. Kadang-kadang apa yang dia cakap tu sepatah haram pun tak berguna. 

Kesimpulannya, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh tapi banyak pulak bunyinya.


Tetapi, haruslah kita mengingati bahawasanya setiap kesalahan diri sendiri tak akan kita nampak. Dengan rasa rendah dirinya tolong memberi dan menerima teguran serta nasihat kepada yang berkenaan. Sesungguhnya menasihati orang yang bersalah adalah tidak salah tetapi yang salahnya adalah bila kita memikirkan kesalahan orang lain. Nah! tolong la buat-buat paham. 

Nah! Enjoy my pic trying to be taciturn.

look like annoying!

WTH i'm trying to do? Don't you dare to ask me that question oke. Please ask and answer by yourself.

Kalau lah teddy tu boleh bercakap pasti mereka akan berbisik kepada saya "hang gila ka pa dok susun kami lagu ni?"

Cuba beraksi macam Botak yang dalam cerita JUVANA tu. Botak tengok pasti muntah. Maafkan saya.

Berkawan dengan yang tiada hati. 

Dan akhirnya saya bercakap sorang-sorang. Nak ambik, macam orang gila.

notasikit: Saya tak gila wey! 

Thanks for reading.

Kalian buat saya rasa dekat dengan adik-adik saya.

Assalamualaikum.


Hye kesayangan. Bercerita tentang adik-adik lagi. Sumpah adik saya memang banyak milion lemon. Tak tersenarai kalau sembang sumpah sampai subuh tak habis. 

Tadi kebetulan terjumpa kanak-kanak ni kat kedai makan terus p join sekali. Best borak dengan budak-budak ni sebab rasa diri ni sepuluh tahun lebih muda dari usia. They're like my little brother yang dekat rumah tu. Sembang mau gelak 24 jam. Boleh putus semua urat kalau silap gelak.

Sifat semuanya yang bajet macho membuatkan saya bangga ada adik-adik macam ni. Wah! Berani tampil menegakkan keadilan. Bagus! 100 markah penuh untuk kalian. 

Buktinya 


    

Korang nampak tak permainan ni? Betapa bajetnya mereka. HAHA. Gambar pertama tanpa description. Gambar kedua beserta description. Yes! mereka kacak.

Dan semuanya bercita-cita tinggi 18 tingkat.
errr~ style uh!

Dan juga kalau bab-bab buat muka tak snonoh serah kat depa la.

reject troih.

Oke, saya malas nak taip panjang-panjang. Penat tahap tak boleh di maafkan da ni.

Notabuatkalian: Acap,Sidi,Hafiz,Bob,Opie,Dikman,Wawa,Amirul dan sapa tah lagi dua orang tak ingat nama. Gud luck oke. Terima kasih sebab tolong jadi adik akak kat sini.

Thanks for reading.

Wednesday, June 15, 2011

Serious teringin weh!

Assalamualaikum.
Terima kasih kepada saya sendiri sebab tersalah set alarm. Lalu saya terbagun awal hari ni ya. Harap-harap lepas ni banyak-banyak kali lagi la saya tersalah set. Oh! indahnya pagi. Last saya bagun pagi buta camni sebulan lepas kot itu pun sebab nak p himpunan sejuta belia. Kalo tak jangan harap eden nak bagun weh.

Bangun terus terduduk dan memikirkan apa perlu di lakukan di saat semua orang best dok tidoq. Nampak lappy yang tersadai kat lantai sebab semalam online tinggal cmtu ja terus tidoq. Sangat tidak bertauliah.

Lalu saya mengOnlinekan diri. Facebooking. Uh! bosan tahap kuasa dua. Semua orang tak reti-reti nak bangun lagi. Nak bertwitter tobat saya buta twitter. Tak reti kejadah apa pun dalam tu. Myspace lagi bosan tahap dewa 19. YM tak menarik perhatian. 

Sambil-sambil tu saya pun godek-godek pic dalam lappy ni. Terjumpa si adik YM saya. Adik Ym pon ada. kalau nak di campurkan kesemua adik memang juta lemon lah. Saya paggil adik ni adik YM sebab kenal dengan dia kat YM. Saya suka cara adik ni sebab dia memang ada ciri-ciri seorang adik. 

Sopan ja kalau chat dengan dia. Dan yang paling penting! Dia suka share lagu-lagu nasyid dengan saya. Lagu Muhasabah Cinta antara yang adik ni suggest. Paling saya suka!

cuba dengar, sangat best sampaikan saya dan kawan-kawan serumah menghafal lagu ni.

Saya kenal dia dari dia habis SPM sampai la sekarang dia berada di Egypt Mesir. Selalu dia chat mintak doakan dia dapat belajar di sana. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak cita-cita kamu dik. 

Bestnya dia kat sana. Saya jelous! Saja nak bagi saya jelous lalu dia hantar berjuta lemon gambar dia. 

Ni la budaknya. Hampeh muka pun tak nampak. HAHA.

lupa la benda pa ni. =__=

kemain lagis!

Sweet je mudak-mudak pompuan nuh.

Serious saya rasa macam teringin pulak nak p sana. Ada sapa-sapa nak p ka? Nak tumpang. HAHA. Hang ingat nak p kedai beli gula kat mak hang ka Ieda? Jangan ada yang komen camni taw.

p/s: Dah ada p/s bagai, lempang nak? Adik! maaf guna pic kamu. Simpan dalam lappy ni pun buat besawang ja. Gud Luck and take care. 

Thanks for reading.


Tuesday, June 14, 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum.


Setiap hari rabu setiap blogger akan post gambar tanpa description di blog mereka. Gambar yang akan menceritakan segalanya.

Thanks for reading.

Perlu ka makan tapai?

Assalamualaikum

macam sedap!

Yes! Tadi tengok kawan makan tapai. So teringin nak tengok apa la khasiatnya. Sebab apa ramai yang suka makan tapai padahal bagi saya ianya kurang sedap. Malas nak cakap tak sedap satgi marah pulek orang yang memang minat gila tahap kuasa dua tu. Menurut Chef Amir, kalau nak taw lebih lanjut sila google oke. 

Menurut Incik Google Kajian awal yang dijalankan oleh sekumpulan pakar di Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, bakteriosin iaitu sejenis protein yang dihasilkan melalui proses penapaian memberi hasil positif terhadap aktiviti antikanser. 

Tapai ubi berpotensi mencegah tujuh penyakit kanser seperti servikal, ovari, payudara dan leukimia. 

Oke, lepas ni saya nak try makan tapai. Tapi macam kena tutup hidung ja. Tak tahan la bau dia. 

Nah! hambik sedikit kawan saya yang sangat minat tapai. Mereka makan saya tengok. Fine!

Ain kusyuk gila

Ainun juga begitu

dua ni seringgit! bapak mahal.

Thanks for reading.

Thursday, June 9, 2011

Berusaha untuk puaskan hati semua orang adalah amat menyakitkan.

Assalamualaikum.

Mengadu pada yang tak mempunyai hati

Entry sedang menangis, kesat air mata pastu taip balik. Ieda sedang berusaha menjadi yang terbaik untuk semua orang, tetapi ternyata Ieda sangat tidak mampu kuasa dua. Untuk puaskan hati semua orang amat lah susah ye kawan-kawan. Pernah terasa ingin mengabaikan semua orang dan ikut diri sendiri. TIDAK! Ieda tak boleh hidup sendiri. Ieda perlukan sokongan semua tidak kira tua ataupun muda. 

Seriously, Ieda tak mampu untuk tidur sensorang di kala malam gelap gelita. Memang! Memang Ieda penakut. Sila catat. *perlu ke catat?. Sanggup tunggu kawan untuk tidur dan kadang-kadang terlena sendiri. Kalau terlalu takut tahap kuasa dua Incik jadi mangsa. Maaf, Ieda memang tak berani.

Ieda tak mampu jalan sensorang ke kolej even perjalanan dari hostel ke kolej tak makan jam pun. Berapa minit ja da sampai. TAK! Tak pernah Ieda jalan sensorang sebab Ieda takut. Yes! takut. 

Kalau tak de orang kat hostel, Ieda sanggup tahan lapar sebab Ieda takut nak keluar sensorang. Kadang-kadang terpikir, kenapalah takut sampai macam tu sekali. Orang lain rileks je jalan ke sana ke mari. Tak takot pun. Nak jadi macam ampa weh. Tapi kenapa tak bole? *Ambik bantal tutup muka, sapu air mata.

So, dengan keadaan Ieda yang penakut tu. Bila p tempat lain mesti Ieda boleh di katakan antara yang peramah sebab Ieda takut tak de kawan then susah nak buat keja sensorang. Sekaligus kawan Ieda ter over dose! Maksudnya Ieda sangat ramai kawan. Dari kecik-kecik comel , sekolah rendah, sekolah menengah dan sampailah sekarang cemey. Terlalu banyak hati yang Ieda kena jaga. Sumpah tak larat.

Ribu riban hati yang perlu di jaga. Kadang-kadang penat nak mati. Confirm ampa pun penah kan rasa penat macam ni? 

Tak dak mood. Esok sambung, nak tido k bye.

Thanks for reading.

Tuesday, June 7, 2011

Cuti Blogging.

Assalamualaikum.

Hye kesayangan. Sejuta taun lebih jugak la kan saya tak update blog. Tak dak alasan lain. Cuma malas yang menguasai diri. Tambahan pula dah start semester baru. Last sem pulak kan. Kena la buat-buat macam rajin study. Semua pakat dok pesan-pesan last sem buat elok-elok. 

Sangat rindu akan dunia bloging tapi terpaksa ambik cuti untuk berbelog. Dah lama tak update blog. Sampai dah bersawang habeh dah. 

Dalam ketidak rajinan saya update blog. Saya tak lupa untuk singgah baca entry kat blog-blog orang lain. Cuma malas nak menaip macam hangpa. Baca pon bole. Da lama jugak tak lepak dekat group KBU suma. Harap ada la yang rindu. Oh, ada ka? HAHAHA. Tak rindu pun tak pa. Saya tetap rindu kalian. Kalau Encik Angah tu memang confirm la dia sentiasa rindu Ieda. HAHAHA. Pastu suka kacau Ieda kat FB. Pastu suka tacing-tacing. Yeah! Ieda taw, Angah rindu Ieda kan? HAHA. Sila muntah la Angah oi. 

Oke, saya rindu kampung. Semua ahli keluarga ada kat kampung. Saya sorang di perantauan. Rasa macam nak lari balik sekarang jugak. Apa kan daya. Ish! merepek. P jalan sikit da penat, tambahan pula nak lari balik Penang dari KL. Kurus dua minit la jawabnya.

Kesimpulannya saya rindu semua orang. Yes! semua orang yang saya kenal. Bole tak nak buat gathering besar-besaran nak jumpa semua orang? Gilos! Bukan ratusan, riban-riban kot banyaknya. Tapi saya buat-buat macam tak rindu sesapa pun sebab saya tengah pujuk hati saya supaya duduk sini belajaq sampai habeh pastu boleh la p meronggeng dengan semua orang. Peace! Masa untuk study!



Awak click, ieda click balik oke?