Friday, February 25, 2011

Sedih DAN Gembira.

Assalamualaikum.
hye semua. Hari ni hari last budak batch 1 rumah saya kat sini. Dah abis blajaq da. Then kami ada la buat majlis sikit. Sangat best dan jugak sedih. Mula-mula buat keja sama-sama, happy ja. Then last-last semua nangis time nak berpisah tuh. Tak sangka dah 2tahun lebih kami bersama. Banyak kenangan suka dan duka kami lalui bersama. Kenangan yang tak mungkin saya lupakan. Kalian terbaik. Punya pulun p qeyau sampai mata pon bengkak habeh. Update sikit ja. esok cita detail sebab gambaq tak masuk laptop lagi. Mata tak berapa nak bole angkat dah haih. Kononnya buat keja teruk lah kan. Bukti? nah amik nih..

bajet macam ala-ala Chef la konon. Bwekkkk! muntah teroih. Sedang saya menaip ni saya terasa tangan saya sakit. Rupa-rupanya sedikit terluka disitu. Bila masa pulak p luka tak tau. Sakit wey! Buat terok namanya oke.. HAHA. Esok sambung cita. Sekarang mau layan FB pulak. Adesss.. Babai. 

Thursday, February 24, 2011

Tolong vote adik saya oke.

Assalamualaikum..
adik saya? yup! dia ada masuk Contest Si Gojes by Apple Pink Bow. so, dia minta saya tolong promote jap. Follower saya tak la ramai sangat tapi bole la kot nak tolong dua tiga tu kan. camni caranya,

First step:
like page Apple Pink Bow ni.

Second step:
like pic Nur Atikah Izwani ni.


Siap! kerjasama anda amat dihargai. 

nota: Untuk page and pic tu bole klik kat nama page and nama adik saya yang di highlight dengan warna merah tuh sebab dah di link kan terus ke page.

Wednesday, February 23, 2011

Nasib badan.

Assalamualaikum.
hye semua orang di dunia.. huh! bajet macam semua orang akan baca. semalam tidoq dalam pukoi 4.30pagi. Malamkah? salah! itu pagi. Maksudnya saya nak cakap yang saya tidur hampir lewat pagi. Sebabnya saya balik lambat dan asssignment saya belum siap! hari ni kena hantar. ouh! buat keja last minit kan? padan muka hang! Buat sampai siap segala. Tidoq! memang lah assignment yang ala kadar ja kan. Saya kena buat resume guna HTML. Memang la resume macam ujan belantara wei. Nasib jela. Ni kira redha jela nak dapat berapa marks. Sebelum tidoq mesej incik sat, pastu hp pon punggai celah mana tah terus p lena. 

Pagi-pagi buta incik hentam p telepon pulak. Gila malas nak jawab tapi buat-buat macam tak malas. HAHA.. takot kena reject sebab mangkit tidoq lambat. Tapi yang pastinya saya da lupa pa yang saya cakap ngan incik tadi. Merepek apa tah. Padan muka! sapa suh bantai p telepon pagi-pagi buta. Pastu lena balik sampai pukoi 10! kelas pukoi 11. baguih kan? Mangkit pulak jalan pelan-pelan, mata tak bukak pastu pala p kena pintu. Memang bedengung teroih. Terus mata bukak besaq-besaq. 

muka toya troih.

Hari ni pakai baju kurung p class. Tudung pun pakai hat sarung ja. Gila malas nak jalan. Memang penat tahap gaban. Hari ni nak hantaq assignment yang buat semalam. Sebelum hantaq tuh nak bukak la dulu tengok elok ka dak. Haihhh! assignment tu bantai p ilang pulak. eh, bukan ilang. Folder ada tapi tak boleh bukak. Adoi, bikin gua panas ja. Camna nak buat nih. Miss!!!!! saya jerit kuat-kuat lam class. Miss tanya knp? lalu saya pun jawab. Resume tak boleh bukak. Dia senyum dan dia cakap hantar dulu. Kalau saya bukak tak boleh jugak kamu buat lain. HAH! buat lain? Miss tolong buat boleh? HAHAHA. Mati la wei, padan muka hang! sapa suh buat keja last minit. Sekarang saya tengah redha sambil doa-doa resume cabuk saya tuh boleh bukak. 


p/s utk Miss Jun: Miss jampi-jampi la dulu sebelom bukak tuh taw. 
p/s utk pembaca: Hangpa toksah dok diam ja. P doa resume saya tu bole bukak.


notakaki: hangpa semua tak payah nak tiru perangai saya ni taw. Lecturer bagi assignment terus buat, tak payah p punggai dalam file.


saya nak kena p tidoq sebab saya sangat mengantok.. Babai.

Tuesday, February 22, 2011

Thanks Mariam Farhani.

Assalamualaikum.
hye semua. lama gila tak update blog. bersawang weh! maaf la kalau ada yang masuk sambil terbatuk. tuan belog ini sangat baloq untuk meng-update belog. ha amik hg, tegeliat lidah. bab merepek serah. kembali ke tajuk asal. sapa Mariam Farhani? dia boifren saya oke. eh salah, girlfriend saya lah. dia rakan sekolej. Saya batch 02 tapi dia batch 01. Maknanya dia senior saya? senior sama umur. apakah? HAHA. batch lain-lain tapi semester ni kami digabungkan sekelas. wah! bapak meriah kau. wey, saya merepek lagi. straight to the point nak cakap tengkiu kat kau Mariam sebab sajak tadi tuh. sebelom keluaq kelas tadi Mariam bagi selai kertas tuh. Then saya baca lah. wow! saya dapat surat cinta u.. camni isinya.


Rohida...
rencah hidupmu yang pelbagai menjadikan siapa dirimu kini..
Orangnya kelihatan ceria namun tiada siapa yang mengerti di dalamnya..
Halangan yang datang tanpa di duga kau hadapi dengan tenang dan tabah..
Imanmu semakin teguh pabila agamamu menjadi pendirian dan panduanmu..
Dulu hingga kini perubahan dirimu tidak dapat di bezakan kerana dirimu tetap dirimu..
Apa yang kau inginkan pasti akan kau capai dengan keazaman yang membara bagaikan api..

Aku bukan seorang penyair atau penyajak, namun aku karang kan kamu sebuah sajak agar dapat kau abadikan sebagai hadiah dari sahabatmu.
 Dari,
MF

terharu tak? sangat-sangat merhargai ini oke. sapa lagi nak bagi adiah kat saya? angkat tangan! wey! gila ramai. HAHA.. perasan suda. 

notakaki: saya suka berterima kasih sebab "terima kasih" bagi saya kita terima kasih yang orang tuh bagi kat kita. merepek lagi. babai.

Wednesday, February 16, 2011

Rimas!

Assalamualaikum.

Entry ni khas untuk kamu yang tiba-tiba kantoi jadi stalker saya senyap-senyap. Motif? Saya tak faham apa yang awak nak. Dah terang-terang mesej last saya untuk awak dulu. saya cakap saya tak nak awak ganggu hidup saya lagi. Saya guna bahasa mudah. Paling senang untuk di fahami. Kenapa perlu awak nak stalk saya lagi? Come on lah. Saya paling benci dengan orang yang macam awak nih.

 Kalau saya cakap saya benci maknanya saya benci. Awak tak payah nak intip-intip saya oke. Saya tak perlukan tu semua. Upah spy tak bertauliah untuk skodeng saya kat FB. Awak ingat saya tak tawu? ohhh.. Tolong la jadi matang sikit. Ni bukan zaman budak-budak sekolah oke. Tak payah la awak nak amik tawu pasal saya. Awak dah ada GF awak sendiri kan? Apa masalahnya awak nak mesej-mesej saya lagi? Kenapa awak nak tawu pasal blog saya? Nampak sangat lah kan yang awak masih nak amik tawu pasal saya. Sumpah saya tak suka! Kalau awak datang singgah lagi kat blog saya ni and terbaca entry saya ni. 

Saya terang-terang nak bagi tawu yang saya sangat-sangat bencikan awak! Ada faham? Sila berambus dari blog saya! Tolong jangan ganggu kebahagian saya. Untuk pengetahuan awak lah kan. Saya dah dimiliki. Terima Kasih kerana tinggal saya. saya lebih bahagia dengan dia. PEACE!


nota kaki: jangan datang lagi taw! RIMAS!

Monday, February 14, 2011

Lepak dengan artis di RedBox.

Assalamualaikum.
Yeeay! sangat hepi sebab hari ni cuti. Bila cakap cuti semua benda saya nak cuti termasuklah cuti dari mandi. Dah pukul 2.30PM saya masih belum mandi. Sila baca sambil tutup idung!! Nak cerita kisah dongeng semalam. Tajuk nak best-best je kan. Tapi hakikatnya memang best sangat-sangat lepak ngan artis. Kejadian ni belaku semalam. 
Lepas class saya, Feza, Ain, Thines and Vijay p IOI Mall untuk menggedik. Memang semua tak dak motif p sana. Just nak p jalan-jalan cuci mata. Masing-masing tengah bajet 2011. Masa kat sana ada la sorang kakak yang sangat comel nih datang terjah secara tiba-tiba. *Pe dia nak heh?. Akak tu sampaikan hasrat hati beliau. Dia sebenarya nak ajak kami join artis lepak kat RedBox. Apa??? Da la masing-masing macam sakai. Lepas kelas lah katakan. Artis punya pasal ikut sajalah. Kami ikut ja akak tu masuk RedBox dengan muka yang macam tak da matlamat hidup. HAHA.

 wow! memang betul kot. Artis bersepah dalam tu. Bilik yang agak besar, ada makan-makan (paling saya nampak). Sangat enjoy dengan mereka! Sporting, gilak-gilak! activity yang diaorang buat pun best. Arh! orang bukan kenal kita. join saja. Sempat snap pic dengan artis-artis nih.
tengok la.








sekian, saya nak mandi. babai.

"CONTEST gambar muka sedih paling menarik "

Assalamulaikum.
Di heret untuk sertai contest ni oleh Jaz_meant. contest di anjur oleh Cik Ekin.


ni muka sedih saya.


nak join sila clik banner. saya tag di SHOUTMIX

I LOVE YOU! (143)

Assalamulaikum.

follower saya hari ni 143! tak lah ramai sangat. Tapi nak cakap kat sini macam bertepatan la pulak dengan hari ni iaitu Hari Maulidur Rasul. hari yang saya anggap macam hari kekasih.So, I LOVE YOU. Bagi menzahirkan kasih sayang serta sanjungan kita terhadap baginda S.A.W adalah dengan mengingati baginda dan menyambut maulidur rasul. 

saya ada buat award khas untuk follower saya yg ke 143. Cik Fiza Yezza. sudi-sudi la amik ya Fiza.


biasa ja. amik taw! sebagai penghargaan untuk kamu sebab follow blog saya pada hari bersejarah ni.



Tuesday, February 8, 2011

Senyum Tak Nampak Gigi.

Assalamualaikum.

sangat-sangat lama tak update incik belog. lalu beliau menjadi maha bersawang lah. sangat simpati akan kamu wahai encik. terjalan-jalan melihat blogger. jumpa kawan baru, follow dia. then rasa macam menarik la pulak segmen yang dia buat. HAHA. cek suka. Dia buat segmen senyum tak nampak gigi. Cik Muas, ni pic ieda yang agak tak nampak gigi. sila jangan gelak.


dan juga selamat berkenalan. ngeee~ kalo nak join segmen nih bole la klik SINI.

saya heret mereka untuk join di SHOUTMIX oke.


Awak click, ieda click balik oke?