Friday, May 27, 2011

Kadang-kadang rasa bahagia tu ada sebenarnya.

Assalamualaikum.
Hye semua kesayangan saya. Kalau bole nak update seawal pagi tapi terbangun selewat pagi pulak. So, ini adalah entry selewat pagi oke. Dengan hati yang berbunga-bunga macam dalam cerita winter sonata tuh saya update blog nih. Time baca entry kali ni pastikan anda membayangkan ada bunga-bunga jatuh di sekeliling anda oke. Itu perlu bagi menrealitikan fantasi. Oke, saya merepek.

Straight to the point

Semalam saya dating dengan Incik saya oke. Itu ja nak habaq. K bye. HAHAHA. Saya sedang mintak sepak. Sila beratur untuk sepak saya secara bergilir-gilir.


Kebelakangan ni saya sangat teramat rindu Incik. Cuma boleh p ketuk pintu bilik kawan then story mory kisah duka saya yang jauh dengan Incik. Semalam Incik call dan saya memaksa dia datang ke KL. Dengan nada paling kejam teramat! Namun dengan selamba Incik cakap "Oke, awk siap saya datang". 

Terkelu seketika. Penang ke Kuala Lumpur? Awak nak datang sesenang itu?.. tuuuut....tuuuuutt...teeeeeettt... mesej Incik. Saya benci awak sebab awak gila! Huh! lega dapat cakap orang gila.


Ringggggg! Incik call. "Cepat siap, saya da nak sampai" . Errrrr~ "Wei gila!". teeeetttt! Letak hp. Then Incik call lagi. "Rumah awak kat mana?" malas nak layan orang gila. Rupa-rupanya Incik memang on the way datang sungguh! Ini serius oke. Lalu saya p bersiap ala kadar. Sambil senyum-senyum bajet comel.

Kami ke Putrajaya teman kawan Incik settlekan kerja. Tinggal dia disana dan kami bermenggedik! Jalan-jalan, makan-makan. Sungguh saya tak percaya di saat saya sangat rindukan dia. Dia ada disisi. Oke, saya jiwang. Maaf.

Disamping itu saya sempat berkenalan dengan kawan kepada kawan Incik iaitu Abg Ciko. Terima kasih untuk Abg Ciko. Rugi tak dapat jumpa Kak Nisa. Dan terima kasih juga untuk Shah sebab sudi bawak kami jalan-jalan. Saya orang paling bahagia ok.

Nah! sorang-sorang muka tak mandi.

notacinta: Terima kasih awak. Love you more!

Thanks for reading.

Wednesday, May 25, 2011

Demi Nur Kasih.

Assalamualaikum.



Hye you ols! *sumpah macam gedik. Anda semua pasti sangat banyak kali p tengok wayang kan? Oke, bagus. Ni nak cerita buat pertama kalinya saya masuk panggung wayang. First time seumur hidup memang tak pernah masuk wayang. Sadis kan cerita ni. Sila menangis oke. Saya tak masuk panggung sebab saya bukanlah peminat movie dan sebagainya. Television pun tak tengok apatah lagi wayang. Oh tidak sama sekali. 

Buat pertama kalinya terexcited nak p tengok NUR KASIH THE MOVIE saya tiba-tiba termasuk panggung pada hari pertama cerita itu di tayangkan. Sampai sekarang saya masih belum percaya yang saya masuk panggung. Dan saya masuk bukanlah di ajak tapi saya yang mengajak kawan untuk tonton cerita tu. Buang tebiat kot gamaknya. 

Oke, saya berlima tengok cerita tu. Dekat IOI Mall Puchong. Kamil, Zack, Shah, Leen dan saya. 


Lets picture talk yewp!


Hangpa penah ka p tengok wayang pakai baju kurung? Excited terlebih lepas class zassssss!

Leen sedang mengiklankan tiket wayang. 

Pelakon tambahan kot. Pelakon bajet.


Makan eskrim itu kadang-kadang perlu.

Selesai sudah. Sampai sekarang saya dalam dilema kerana termasuk pawagam secara tidak sengaja. HAHA. 

P tengok cerita ni dah lama tapi sekarang baru update sebab masih dalam keadaan trauma. HAHA. Masuk kelas kena bahan habeh la kot. Semua nak trauma susah la kan. 

notakaki: saya bukan antisosial. 

Thanks for reading.

Saturday, May 21, 2011

Saya budak sekolah. Sapa jeles sila terjun longkang!

Assalamualaikum.


Bagi sesapa yang tak percaya tu sila-sila la buat-buat macam percaya yang saya budak sekolah. HAHA. Rasa macam ada yang boleh mati mengejut dengan entry kali ni. Maafkan saya. Uh! Saya sangat la pelik dengan budak-budak sekolah yang menambah saya di FACEBOOK. 


Add friend pastu tegur kat chat. Oke I treat them as my little brother and my little sister. Tapi yang peliknya. Saya punya la berKAKAK bagai dia tetap berSAYA AWAK. 

Eh! saya yang tersalah tengok umur dia ka eh? oh tidak, saya betul sebenarnya. Saya tetap akan bahasakan diri kakak sebab saya ni jenis yang sedaq diri ini agak tua. Lagi satu kalau di panggil kakak rasa macam saya gila matang tahap gaban, teeeeeet, padahal tak. Sekian.

Tapi yang saya peliknya bukan sorang yang kata saya budak sekolah. Tapi berjuta lemon orang yang kata camtu. hahaktui! Sumpah hang perasan. Sat hangpa tengok ni.


Dik, akak form 1. Caya tak? HAHA. Sampai mati pun dia tak percaya. Muka style boleh menikah dah dia kata budak sekolah. Haish. Tolong ajaq sat macam mana nak jadi matang nih. Tak reti kot.

Ni lagi satu, saja suruh dia teka umur berapa. Harapan troih la kan. 

Nah ambik seketoi dia bagi tingkatan 3, tingkatan 4. Kalau tingkatan 6 oke la jugak. Hangit aih. 

Yang paling saya pelik sekali di dunia. Kenapa mereka anggap saya sebegitu muda? Ish! sumpah pelik. Tolong ajar saya untuk tidak lagi menjadi budak sekolah. Please!


notacinta: Saya sayang awak Khairol Hafizzi. Ini terjadi tiba-tiba kerana dia dah hampir sepuluh kali call saya time saya tengah buat entry ni. 

Thanks for reading.

Thursday, May 19, 2011

Lu bikin gua panas la der!

Assalamualaikum.



hey onar rumah sebelah! hang balik setaun sekali pun susah, tiba2 balik hang p buat report kt management kata kasut kami buat habuk masuk rumah hang. Kasut pun ada habuk ka wey! Selamat hang bagi tau, kalo tak sampai mati pun aku tak tau sebab habuk kasut kami tu tak pernah masuk rumah kami. Dia masuk rumah hang ja. Pandai habuk kasut tu pilih rumah. Sedar diri la wei, habuk tu wujud sebab hang balik rumah setaun sekali. Kalau sebab kasut dah lama kami semua mati dalam habuk! 

Sumpah aku rasa cam nak p bakar rumah hang. Dah memang dasar malas sapu lantai, sampai bersawang pintu rumah hang. Hang boleh p kata sawang tu pun sebab kasut kami. WTF!

Hang tau dak sebab apa time hang mai tadi aku terus masuk rumah? Sebab aku meluat gila tengok muka hang. Sumpah aku meluat. Hang nak kata aku biadap? Memang aku biadap pun. Aku biadap dengan orang yang biadap macam hang ja!

nota: sori to all my readers, saya geram sangat-sangat dengan orang gila ni. Terpaksa buat luahan perasaan. Sumpah saya nak nangis dengar report dari dia. Semoga Allah yang membalas perbuatan dia.

Thanks for reading.

Wednesday, May 18, 2011

Areliff: Pencarian Bloglist Terbaru.

Assalamualaikum.


Hye! Ieda join bloglist Areliff dan nk ajak korang pun join sekali. Jum la sama-sama kita meriahkan suasana. Tak terpilih pun tak kisah. Just join je. Mane tawu kalau nasib baik dapat gak tempek link kita kat blog orang lain. Nak join sila klik banner kat atas untuk terus ke blog Incik Areliff.

Incik Areliff ada suruh nyatakan jantina. Uh! Ieda perempuan oke. Perempuan sejati. HAHA. Itu je kot. Bye.

notakaki: Ieda ajak semua readers and followers join sekali taw.

Thanks for reading.

Tuesday, May 17, 2011

Cukup 44 kali boleh gedabak aku weh!

Assalamualaikum.
Hye dearest readers and followers. Nak mintak tolong boleh? HAHA. Muka tak malu tiba-tiba nak mintak tolong kat orang. Oke, tolong tampar muka saya laju-laju sat. HAHA. 

Oke, ni senyum tak ikhlas ngerti enggak?

- Bapak tembam kau!-
Aku ke bapak aku yang tembam ni. Cer hang cakap betul-betul sebelum aku tampaq hang laju-laju.

- Ieda macam da berisi la-
Jap-jap! Terus terang boleh? Hang nak cakap aku gemuk kan? 

- Ieda balik kampung buat pe je? Macam lain sikit-
Ni sorang lagi. Lain tang mana? Habaq mai. Tobat nak kata aku gemuk. kan?

- Nampak ieda macam bahagia je-
Celah mana la hang boleh p nampak aku bahagia ni? Pandai hang tilik noh. Hang habaq mai sat bila tarikh aku nak mati?

- Sihat nampak kau Cik Ieda-
Sihat? Agak la. Pandai hang teka noh. 


 So, doakan saya tak berisi atau tembam atau dalam kata biadapnya GEMUK! Bukan nak kurus kering macam kerengga kurang kasih sayang tu. Cukup sekadar saya yang macam dulu tu. Berat badan naik mendadak *tak leh tulis sini. Tak tau pasai pa. Bole bagi tips-tips nak kurus tak.. HAHA.

notahatilimpaparu: Uh! saya bukan seorang pemarah. Saya tak garang. Jangan takut dengan saya okeh. Dalam hati ada taman la der.

Thanks for reading.

Monday, May 16, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Adik Dan Ayah.

Assalamualaikum.
Hye, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat hari lahir buat adik yang numbor 5 tu lahir pada 15/5,ayah 16/5, dan adik yang kecik sekali 19/5. Hampa kaut habeh bulan 5 kat hampa no. Di kejauhan ini (bajet macam luar negara) saya mendoakan agar kalian panjang umur dan di murahkan rezeki.


Untuk ayah (Razali Bin Ariffin),

Selamat hari lahir ayah! Memandangkan hari lahir ayah sama dengan hari guru maka saya dengan sendirinya iktirafkan ayah juga seorang guru bagi saya. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki, InsyaAllah. Terima Kasih atas segala jasa dan pengorbanan ayah selama ini. Ayah adalah ayah yang terbaik buat kami. Semoga sentiasa menjadi yang terbaik bagi kami anak-anak,isteri dan juga terbaik bagiNYA. InsyaAllah.



Untuk Atan (Mohd Nur Ameen),

Selamat hari lahir, semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Semoga sihat-sihat selalu. Jangan pernah jatuh dengan segala ujian yang Allah berikan. Ingat! Allah akan menguji mengikut kemampuan kita untuk mengharunginya. Kamu adalah yang mampu hadapi ujian Allah itu. Jangan mudah jatuh. Jangan cepat mengalah dan mengaduh. Harungi semua itu dengan tabah. Senjata yang paling bermakna bagi kita umat islam adalah doa. Banyakkan berdoa dan dekatkan diri kepadaNya. InsyaAllah kamu akan sihat seperti biasa. Masih ada sinar dan harapan bagi insan yang tabah dan sabar dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup. Ingat!



Untuk adik (Mohd Ikmal Hakimi)

Yeah! He is my lil bro yang paling cute! Dik, Selamat hari lahir. Adik taw ka hari lahir tu apa? HAHA. Mai kak nak habaq, hari lahir tu maksudnya hari adik di lahirkan ke dunia ni, iaitu pada 19/5/2003. Lebih kurang 9 bulan 10 hari camtu mak kandungkan adik. Lama kan? so, lepas ni rajin-rajin la dengaq cakap mak. Masa tu adik keluaq kat dunia kecik lagi. Ala-ala baby gitu. Mak yang jaga adik. Pastu senang-senang adik tak mau dengaq cakap mak. Sekeh baru tau. Apa pun kak nak ucapkan selamat hari lahir, semoga panjang umur dan di murahkan rezeki, semoga berjaya dalam pelajaran. Kak bangga tengok adik dah pandai baca. Teruskan usaha. 

SAYANG KALIAN SEMUA!

Thanks for reading.


Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Assalamualaikum.


Cikgu! Selamat Hari Guru taw! Saya jerit kuat-kuat dan harap cikgu dengaq. Sumpah saya sangat-sangat rindukan mereka. Entri ni khas untuk semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar dan mendidik saya dan juga semua guru-guru didunia ni. Tanpa mereka siapalah kita.

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut sambutan hari guru pada 16 Mei. Memang best la kan time tu boleh main netball dengan cikgu, parut kelapa, main bola. Hahadoi, bayangkan la betapa bestnya tengok cikgu parut kelapa. Selalunya datang sekolah mengajar ja kan. Sumpah rindu zaman-zaman tu. Time tu la cikgu yang garang jadi tak garang langsung!

Dulu-dulu kan kalau cikgu yang suka marah-marah tu kan saya kata mereka garang. Padahal cikgu tu garang sebab dia nak kita berjaya. Kena la tegas sikit. Bagi saya profession keguruan ni sangat-sangat mencabar. Sapa cakap senang mai sini aku nak tampaq hang laju-laju. Dah la ramai yang nak di ajar, yang mengajarnya sorang. Uish, kalau saya la kan. Confirm sorang-sorang kena cekik. HAHA. Sebab tu saya tak di takdirkan jadi cikgu. Masuk lokap dah kot gamaknya.

Oke, tema hari guru tahun ni adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Uish! Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. sebabnya sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Hadaoi, sekali lagi saya nak cakap saya macam tak layak sunggoh jadi cikgu. HAHA. Tiada kekuatan la kot. Jadi cikgu tadika mungkin boleh. Tapi akan di pertimbangkan la. 

Sungguh saya nak cakap bahawasanya tugas guru ni sangat lah mencabar. Oleh itu harap sangat-sangat kita semua hargai guru kita. Sentiasa hormat mereka walaupun mereka bekas guru kita. 

Sekali lagi saya nak cakap selamat hari guru buat cikgu-cikgu saya yang tak pernah saya lupa. Puan Sarifah Markom, Puan Hajah Rosna, Puan Aniza, Puan Azlina, Ustazah Salina, Ustazah Nor Hayati, Ustaz Nik Mohd Aufa, Encik Rosli Saidin, Puan norhayati, Encik Azhar, Puan Rahayu, Cik Suhaila, Encik Nor Azam dan semua sekali la. Tak dapat nak senarai semua sebab terlalu ramai. Itu baru cikgu sekolah menengah. Sekolah rendah lagi. Adoi, sangat banyak. Tak lupa juga buat Keisha yang baru ja kenal.


Sajak buat guru,



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 
 Jasa guru tiada tandingnya, tanpa mereka siapalah kita. Terima Kasih cikgu!


thanks for reading.

Saturday, May 14, 2011

Bila Baskin Robbins tu bapak aku yang punya.

Assalamualaikum.
Hye dunia. Saya update blog ni weh. Sila duduk diam-diam dan hayati kisah ini. Sedang saya bermesej sama itu junior saya. Dia mengoffer nak bagi aiskrim. Uh! I love it oke. Please bawak banyak-banyak sebab saya kebulur itu aiskrim. Dalam situasi ni saya cuma bergurau senda sebenarnya. Huh! Bapak gedabak.

sangat besar ya bungkusan yang saya terima

Hamik kau! Nak sangat kan?

Pilihan pertama. Tiga perasa. Yummmmmy!

Last-last camni la jadinya. Bedengung habeh pala otak. 

Hamek kau! puas? HAHAHA. Makan sampai lebam. 

Thanks for reading.

Tuesday, May 3, 2011

Macam mana nak SUKA kalau dah BENCI.

Assalamualaikum.


I'm not in good mood. Tapi terhegeh-hegeh nak update sebab rindu nak taip. Alasan tak munasabah langsung. Boleh p terjun longkang sekarang! Bosan yang di tahap dewa 19 sebab nak ber SMS tak de yang sudi. Ber FACEBOOK ing, macam sunyi sepi je even though 100 orang lebih friend yang online. Uh! almaklumlah, saya tak femes orang tak pandang pun. HAHA. Haruskah femes baru di tegur? Boleh p mati la kalau orang tegur-tegur tu hang rasa hang femes! Langsung TAK femes! Tak payah nak perasaan la wei!

Saya sedang tak puas hati sebab saya ternampak ada orang men FRIEND kan dirinya dengan Incik saya di FB. Bukan tak bagi FRIEND dengan orang tapi saya tau manusia tu nak jaga tepi kain orang. Saya sangat-sangat kenal dia. Cukup-cukup la hang hantaq orang jadi spy kat FB aku. Sekali FB bf aku pun hang nak hantaq spy? Apa la masalah hang ni? Aku tak kacau hidup hang kan? Hang boleh dak p berambus jauh-jauh sikit. Sumpah aku meluat gila kat hang. 

"Kalau kita benci seseorang tu maka sepuluh orang lain akan membenci kita"

Macam mana saya nak suka kalau dia yang paksa saya benci dia? Penat la macam ni. Tak habis-habis nak buat kacau. Tolong la berpuas hati dengan apa yang kamu ada. Jangan ganggu kebahagiaan saya please.


Awak click, ieda click balik oke?