Sunday, October 30, 2011

Di tengah alam Queensbay.

Assalamualaikum.
Pagi tu bangun lambat sikit. Tak banyak pun. Sikit cuma. Mandi dan blablabla tak perlu nak cerita semua. Nanti saya malu dan anda pun malu juga. Persoalannya di sini. Kenapa perlu malu? Tolong fikirkan. Saya tinggalkan cerita ini di sini. 


Feza cakap muka saya macam nak berak. Najis!

Main topic.
Semalam saya pergi Queensbay dengan kakak saya. Dia datang dengan tunang. Oleh kerana saya tak peroleh tunang, saya ajak Feza jadi tunang saya sat. Syukur dia tak keberatan untuk jadi tunang saya. Saya bangga. Perlu di ulang BANGGA. Oke, cukup.


Oh ya, maaf la Syidah sebab tak dapat tunggu anda semalam. Terpaksa balik awal. 


Sampai kat Queensbay. 


Mak datuk kau kereta sedang bermegah megahan kat sana. Saya hampir tak faham. Situasi kat situ  macam ada yang bagi barang percuma dalam Qb tu. Sungguh bangga kereta kereta berpusu pusu masuk parking. Parking luar sudah lah penuh. Kecewa. Ujan renyai renyai (gerimis kot). Kat tepi laut tu ada yang sedang main kejar kejar dengan pasangan masing masing. Saya seperti mahu turun kereta dan menjerit. "Hoi! tak reti ujan ka?". Tapi saya takot. Saya yakin saya akan makan selipar percuma. Abaikan mereka.


Tunggu nak masuk parking dalam 10jam. Saya tipu. Tiba tiba ada pakcik ka abang tah. Tak pasti usianya. Dia bukak parking bawah tanah. Saya terkinja kinja dalam kereta jerit terima kasih dekat manusia tu. Saya pasti dia tak dengar. 


Masuk Qb, manusia penuh kat situ. Sini. Saya berdiri tepi kaki lima tu dan tengok bawah. Manusia lagi. Tengok atas. Manusia jugak. Tengok kiri kanan. Semua manusia. Syukur. Saya pasti lari kalau semua hantu. Memalukan.


Saya di tinggalkan dengan Feza. Kami buat onar dekat Qb. Pergi Elianto. Beli semua serba satu. Cis! Pondan rupanya dia punya promoter. Dah habis perempuan agaknya. Saya tak kan maafkan mereka. Dia benar benar tipu saya. Ingatkan perempuan. Hampeh.


Saya mula rasa menyampah sebaik saja kepala pusing pusing bagai roda. Saya tak boleh tengok ramai manusia macam tu. Saya duduk diam diam kat tepi tepi dinding tu. Ish, rimas. Saya nak balik!


Sebelum balik kakak belikan KFC. Dia tak boleh lama kat situ sebab mak dah call suruh balik. 


Tenang lah kami bila dapat balik ke tempat asal. Syukur. Kat rumah tak dak orang. Saya dah tak pening. 



No comments:

Awak click, ieda click balik oke?