Saturday, October 29, 2011

Saya rasa saya orang paling rajin bila update blog harini.

Assalamualaikum.
Tadi saya dapat tips dari pak arab tu. Anak dia comel. Saya main kejar kejar dengan anak dia pastu dia bagi tips. Oke tipu. Ini permulaan rajin saya. Gud try.


Lupakan pasal tips. Tak penting. Ada perkara yang lagi serius perlu di bincangkan. 


Tadi lagi saya kena marah dengan supervisor sebab tak nak buat obertime. Dia marah saya oke. Dia marah. Jelas. Dia marah. Puas. Saya lemparkan senyuman puas sebab dapat bagi dia marah. Saya practikal saja, anda tak perlu semangat waja nak force saya buat obertime. Saya tak minat. Perlu ka saya ulang? TAK MINAT. Sekian.


Saya dah maafkan supervisor tu sebab dia dah malukan saya depan semua staff. Dia cakap saya tak bagi komitmen dalam kerja. Oh, hampir lupa saya. Dia sangat berkaliber, komitmen tinggi macam komtar. Hampeh. Staff anda dah cerita perangai anda dekat saya dari mula mula saya practikal kat sana. Tak payah nak komitmen sangat la kan. Saya senyum saja time briefing tadi. Tangan dalam poket, habis gulagulagetah saya koyak kertas sampai semua gulagula tu terabur dalam poket. Makan dalam. Luar cool. Nampak tak sifat cool saya? Dah, tak nak cerita pasal ni la. Tak best.


Harini jugak saya tacing dengan Khairol Hafizzi. Malas cerita pasal ni. Hati sayu. Saya sangat sensitip. Sila faham.


Tadi saya tido sampai pukul lapan malam. Lambat p pasar malam. Kena denda dengan pakcik jaga tapak pasar malam. Ketuk ketampi seratus kali sambil tahan nafas. Penat. Auta.


Saya beli laksa, kurang sedap makan separuh habis. Lagi suku buang. Betul ka kira kira ni. Separuh dan suku, yang lain mana? Abaikan. Reject kedai tu. Maafkan saya. Lepastu pulak saya beli shawl, beli shawl, beli shawl. Sangat cantik bagi saya. Saya beli shawl tu duit tips daripada pengacara ustazah pilihan. Saya memang suka kumpul tips. Terkenang saya pesanan beliau. Jangan tinggal solat ya. Oke, saya janji. 


Sekarang saya membesarkan mata untuk update belog sebab ada orang cakap saya malas. Tak payah cakap pun tak pa. Saya memang tawu saya malas tahap tak boleh di maafkan. Saya selalu tak tolong mak masak dan akibatnya saya tak pandai masak sampai ke hari ini dan mungkin saya akan sambung kontrak tak masak sampai kawin. Ini kelemahan saya. Sang suami nanti tolong jangan marah saya. Ini bukan salah saya. Ianya terjadi sendiri.


Hari ni hari tension saya. Semua orang nak cari pasal dengan saya. Tapi saya cool. Saya mampu berdiri di tepi jendela bilik sambil memerhatikan gelagat kapal terbang di awan. Mereka sangat cool sampai saya rasa nak ketuk kepala mereka. Itu pun kalau saya dapat cari kat mana kepala kapal terbang. Eh sat, ini fakta ka auta? Kapal terbang tak dak gear reverse. eh? Memalukan. 


Nampak tak? nampak tak? mata bengkak tapi saya pose cool. Saya dah cakap saya memang cool.


Tadi saya terima pesanan ringkas dari kakak saya. Dia ajak saya dating esok. Oke, ada jugak orang nak ajak saya dating. Tapi mungkin esok akan menjadi hari tension saya jugak sebab dia dengan tunang dia dan saya sorang sorang. Memang tak adil langsung.


Cukup lah. Panjang panjang nanti orang cakap sangat rajin pulak. Cukup sekadar rajin. Rajin. Saya rajin.


Saya rasa cerita saya ni dah mampu buat orang cakap saya rajin update blog. Nanti nanti saya rajin lagi oke. Selamat malam. Bye! 









4 comments:

Adi Asmawi said...

update hapo nya...tampaq pala ap tak dapat..caitttttt..^_^

Jasmin Ibrahim said...

kuikuikuikui......bnyk cerita dlm 1 N3...nmpk sgt kumpul bnyk2 dulu,baru updte......hehe....

kindergartenlibrary said...

sabar je lah bila kena marah . mesti malu kan ~ hehe

AndyScenes said...

rajin la sgt hahah (;

Awak click, ieda click balik oke?