Assalamualaikum.
Andainya aku pergi dulu sebelummu. Kamu harus tahu motif aku letak gamba ni dalam entry ni. Kamu cakap aku gemuk dalam gamba ni. Padanlah dengan muka kamu kan dapat awek gemuk. Padan la padan! Aku harap lepas ni aku akan lebih gemuk supaya padan muka kamu banyak banyak kali.
Andainya aku pergi dulu sebelummu, aku harap kamu tak marahkan aku sebab publishkan entry macam ni tanpa izin kamu. Kamu selalu marah kalau aku sebut pasal mati. Masalahnya masti itu pasti, entah hari ini, esok, lusa atau tulat. Itu, aku pun tak pasti. Tapi yang pastinya mati itu pasti. Aku nak kamu tahu itu.
Andainya aku pergi dulu sebelummu, ingatlah. Pada ketika ini aku sedang bermuka buku. Bosan lah teramat sebab dari pagi tadi aku kira aku bermuka buku. Hanya muka buku. Tiada lain. Oh ya, juga imesh yang aku pasti kamu tertanya tanya laman sesawang apakah itu. Tapi tak mengapa. Itu tak penting. Ianya mungkin penting jika ini merupakan laman laman terakhir buatku.
Andainya aku pergi dulu sebelummu. Tolong amil tahu, bahawasanya hari ni aku mandi dua kali sahaja di sebabkan hujan turun dengan lebatnya tengahari tadi, lalu aku membatalkan niatku untuk mandi tengahari tadi. Mana tahu mandi malam tadi kali terakhir aku mandi sendiri dengan menggunakan tangan lembutku.
Andainya aku pergi dulu sebelummu. Buat buat tahu lah, sesungguhnya dari pagi tadi aku tunggu mesej dari kamu sampaikan empat pinggan setengah nasik aku habiskan. Aku nak kamu tahu sesungguhnya kamu selalu bagi peluang untuk aku menternak lemak tepu dalam badan aku.
Andainya aku pergi dulu sebelummu. Aku nak kamu tahu, dunkin donut itu hari yang kamu cakap nak belanja tu. Aku masih mengharap aku dapat makan dunkin donut tu. Dan terima kasih kerana kamu suka buat aku menangis sambil tersenyum. Terima kasih.
Andainya aku pergi dulu sebelummu. Aku teringin satu benda ni. Tolonglah jangan panggil aku pegkikis tegar. Aku cuma teringin. Biarlah aku teringin. Tapi aku kena cakap jugak. Aku nak teddy bear yang besar besar. Teddy bear tu kalau boleh aku tak nak yang ada ekor sebab aku meluat la tengok ekor ekor dia. Bulu teddy tu kalau boleh aku nak yang warna coklat. Lepastu bulu dia serius gebu. Yang boleh peluk dan tidur tak bangun bangun lalu emak aku ambil sebaldi air jirus tepat tepat dekat muka aku baru aku nak bangun. Ya, serius. Serius aku teringin teddy bear macam tu. Aku harap kamu boleh bayangkan rupa sebenar teddy tu. Yang boleh buat aku tak bangun pagi tu. Ish, paham tak? Jangan sampai aku ulang lagi description teddy yang aku explain kat atas. Paham la k. Ish, risau pulak kalau kalau kamu tak paham.
Andainya aku tak pergi pergi selepas beberapa hari aku publish entry ni. Aku harap kamu murahkanlah kredit handphone yang kononnya mahal tu. Sila la wahai kamu untuk buat super saver dua tiga jam cukup la. tak banyak kan? Sesungguhnya aku sangat rindukan suaramu. Rindu.
#Dia call aku weh! k, bye! Assalamualaikum.