Sunday, July 31, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur. Bulan syaaban dah pun melabuhkan tirainya. Muncul ramadhan. Syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang untuk saya dan kita semua untuk bertemu dengan bulan ramadhan tahun ini. Alhamdulillah. 

Tahun ni saya menyambut bulan ramadhan di rumah kakak putrajaya di sebabkan ada tugas yang perlu di selesaikan di kota Kuala Lumpur ni. Lepas ni mungkin dah jarang kot saya ke KL. Saya akan kembali ke tanah air. Bajet macam duduk luar negara. HAHA. Balik kampung saya di Penang. Tak sabar nak balik ke pangkuan keluarga. 

Teringat masa zaman hingusan dulu. Kalau nak puasa mesti nak duit. Sehari puasa seringgit. Budak-budak la katakan. RM30 macam tiga juta la. Time tu tak berapa nak faham pasal pahala semua tu. Kira nak duit jela. Sekarang kalau mintak sepak terajang bole la dapat. HAHA. 

Kalau bab nak mangkit sahur tobat malas. Mula-mula mak akan kejut. Pastu kakak-kakak suma. Pastu paling teruk di dunia ayah yang kejut. Tudia. Baloq liat. Calon isteri ni. HAHA. Lepas sahur paling best kalau tido balik. Memang terbaik la kan. Sapa nak tolong semayangkan kat saya? Oke, bangun untuk kali ke dua.

Bila time bukak puasa memang paling best la. Siap tunggu depan-depan makanan nu. Buat macam tak makan lapan belas tahun dah. Apa punya turr da. Lepas makan pulak p main bunga api. Time tu mercun di haramkan oleh ayah. Budak kicik macam saya tak boleh main mercun. bahaya. Budak besar tak bahayakah? Lu pikir lah sendiri.

Uh, nostalgia yang paling tak akan saya lupa sampai bila-bila. Main bunga api semangat gila nih. Sampai tak sempat pakai baju. Kecik lagi masa tu. Ntah kenapa saya kuar depan rumah tak pakai baju. Main bunga api. Syok dok main sekali kakak saya halakan bunga api tu kat arah badan saya. Pergh! Terbaik. Mau tak nagis sampai nak meninggal time tu. 

Oke, di kesempatan ini saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua orang-orang islam. Jangan setakat puasa ja. Banyakkan amalan dan tingkatkan iman. InsyaAllah kita di berkati. 



No comments:

Awak click, ieda click balik oke?