Tuesday, July 26, 2011

Dua kategori orang yang berdebat tak nak kalah.

Assalamualaikum.
Face everything with smile. Open your heart. When you are ready to cry its mean u are ready to smile again.

Alhamdullillah. Saya di beri peluang untuk bernafas lagi hari ini. Syukur. Dikeheningan pagi yang dingin ni. Sedang manusia lain sibuk tarik selimut. Pergh! memang best la tido. Sumpah rasa macam tanak bangun sampai esok malam. Pengakuan jujur, saya memang orang paling malas nak bangun subuh. Tapi bangun. Kadang-kadang alarm postpone sampai dua tiga pat kali. Cari apa tah. Kan senang kalau bagun p solat ja terus. Tak payah nak banyak cakap. Oke STOP!

Lepas subuh blogwalking. Baca komen. Balas komen. Komen-komen balik. Dengan hati yang tenang time tu. Komen pun kena la yang tenang-tenang jugak. Macam-macam ragam manusia saya perhatikan. Dan saya nak konklusikan kat sini tentang dua kategori manusia yang berdebat tak nak kalah.

KATEGORI A
Pendebat adalah orang yang pandai-pandai. Berdebat dengan bukti dan fakta yang kukuh dah bernas bole di terima pakai. Lebih kepada memberikan bukti daripada maki tak ketahuan hala. Pendebat kategori ini boleh di kategorikan sebagai pendebat penawar. Kehalusan budi pekerti ada pada mereka. 

KATEGORI B
Pendebat adalah yang kurang pandai mungkin. Komen tak nak kalah. Tak attach bukti atau fakta. Cakap ikut sedap mulut. Komen ikut suka huruf nak di taip. Semuanya gara-gara dia sangat tak berpuas hati dengan seseorang tanpa usul periksa. Tanpa membuat kajian terus nak fire orang. Pendebat seperti ini jatuh di bawah pendebat racun.

Saya bukanlah doktor falsafah nak berdiri bermaharajalela untuk komen sesapa. Saya manusia biasa yang juga ada silapnya. Kadang-kadang ada tutur yang tak kena. Yes! boleh di tegur. Boleh di komen sebab ada ruang komen. Kalau tak bole komen dah lama saya disable ruangan komen. TETAPI...!

Ingatlah kamu wahai manusia. Untuk mengkritik atau komen orang tolong berikan alasan yang jelas. Tolong fahami apa yang orang nak sampaikan. Tolong baca enam belas ribu kali supaya tak salah faham. Kalau tak faham sila lah bertanya. 

Kesimpulannya kat sini, jadi lah pendebat kategori A. Sila baca sesuatu dan cuba fahami maksud yang nak di sampaikan. Jangan nak berdebat tak ketahuan hala tanpa alasan dan bukti yang kukuh. Sekian.


Thanks for reading.


2 comments:

Aleen Aiden said...

sape2?sape yg jenis berdebat xnak kalah tu?huhuh

ayanuts said...

he..he..lagi ske berdebat dengan kategori A

Awak click, ieda click balik oke?