Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Assalamualaikum.


Cikgu! Selamat Hari Guru taw! Saya jerit kuat-kuat dan harap cikgu dengaq. Sumpah saya sangat-sangat rindukan mereka. Entri ni khas untuk semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar dan mendidik saya dan juga semua guru-guru didunia ni. Tanpa mereka siapalah kita.

Setiap tahun para warga pendidik akan menyambut sambutan hari guru pada 16 Mei. Memang best la kan time tu boleh main netball dengan cikgu, parut kelapa, main bola. Hahadoi, bayangkan la betapa bestnya tengok cikgu parut kelapa. Selalunya datang sekolah mengajar ja kan. Sumpah rindu zaman-zaman tu. Time tu la cikgu yang garang jadi tak garang langsung!

Dulu-dulu kan kalau cikgu yang suka marah-marah tu kan saya kata mereka garang. Padahal cikgu tu garang sebab dia nak kita berjaya. Kena la tegas sikit. Bagi saya profession keguruan ni sangat-sangat mencabar. Sapa cakap senang mai sini aku nak tampaq hang laju-laju. Dah la ramai yang nak di ajar, yang mengajarnya sorang. Uish, kalau saya la kan. Confirm sorang-sorang kena cekik. HAHA. Sebab tu saya tak di takdirkan jadi cikgu. Masuk lokap dah kot gamaknya.

Oke, tema hari guru tahun ni adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Uish! Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. sebabnya sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Hadaoi, sekali lagi saya nak cakap saya macam tak layak sunggoh jadi cikgu. HAHA. Tiada kekuatan la kot. Jadi cikgu tadika mungkin boleh. Tapi akan di pertimbangkan la. 

Sungguh saya nak cakap bahawasanya tugas guru ni sangat lah mencabar. Oleh itu harap sangat-sangat kita semua hargai guru kita. Sentiasa hormat mereka walaupun mereka bekas guru kita. 

Sekali lagi saya nak cakap selamat hari guru buat cikgu-cikgu saya yang tak pernah saya lupa. Puan Sarifah Markom, Puan Hajah Rosna, Puan Aniza, Puan Azlina, Ustazah Salina, Ustazah Nor Hayati, Ustaz Nik Mohd Aufa, Encik Rosli Saidin, Puan norhayati, Encik Azhar, Puan Rahayu, Cik Suhaila, Encik Nor Azam dan semua sekali la. Tak dapat nak senarai semua sebab terlalu ramai. Itu baru cikgu sekolah menengah. Sekolah rendah lagi. Adoi, sangat banyak. Tak lupa juga buat Keisha yang baru ja kenal.


Sajak buat guru,



Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 
 Jasa guru tiada tandingnya, tanpa mereka siapalah kita. Terima Kasih cikgu!


thanks for reading.

9 comments:

LindaRahim said...

kalau xde cikgu ajar tulis n membaca...x dpt nk komen kat sini...

ieda CUMA said...

hehehe... btul 2.. x dapt jugak ieda bt entri ni.. =)

qwert. said...

bangga ada anak murid macam nih ;)

Kira Sakura said...

ade antara cikgu yang dh jadi mcm kawan baek.. =)

Anonymous said...

selamat hari guru =)

ieda CUMA said...

@ unieMARKS :)
harap macam tu la.. =)

ieda CUMA said...

@kiera'sakura
btol tu.. suka2..=)

ieda CUMA said...

@zOeY zAu YaH
hehe..=)

ieda CUMA said...

@kiera'sakura
btol tu.. suka2..=)

Awak click, ieda click balik oke?