Friday, April 1, 2011

Wahai kawan-kawan yang saya SAYANG..

Assalamualaikum.

Saya terasa tangan ni gatal-gatal nak buat entry ni lepas saya dapat tawu yang my classmate positive TB. Memang terkejut beruk sebab she's fine. Tak de pape yang membuatkan kami syak. Cuma dia ada batuk-batuk sikit yang mungkin itu bukan sikit sebenarnya. Terus on laptop, cik gugel tulun saya. Nak taw apa yang patot saya buat untuk tolong dia. Ini saya dapat hasil belas kasihan cik gugel.


DEFINISI TB(tuberculosis) DALAM BAHASA MELAYUNYA ADALAH BATUK KERING.

Batuk kering adalah disebabkan oleh jangkitan kuman 'tubercle bacilli'. Ia disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Batuk kering yang menyerang paru-paru dikenali sebagai 'pulmonary tuberculosis'. Terdapat sebanyak 100 juta penduduk diseluruh dunia dijangkiti batuk kering dimana 8 juta mempunyai jangkitan yang aktif. Sebanyak 2 juta pesakit maut. Pada tahun 2003, sebanyak 15 912 kes batuk kering direkodkan di Malaysia dan 966 dari padanya maut. Ya Allah, selamatkan kawan saya.



TANDA GEJALA

  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih 
  • Batuk berdarah 
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam 
  • Hilang selera makan atau turun berat badan 
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam 
  • Mudah letih dan lemah 
APAKAH YANG SAYA PERLU LAKUKAN JIKA ADA GEJALA TERSEBUT?
  • Ujian kahak yang dilakukan di klinik kesihatan atau hospital 
  • X-ray dada 
  • Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
ADAKAH BATUK KERING MERBAHAYA?
Sekiranya tidak dikesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit adalah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

ADAKAH BATUK KERING BOLEH SEMBUH DAN APAKAH RAWATANNYA?
Ya, ia boleh sembuh. Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem DOTS (Directly Observed Treatment Short course)yang diiktiraf oleh World Health Organization. Ia bermaksud ubat diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu. 

RAWATAN
  • Rawatan perlu diambil selama 6 bulan 
  • Ubat hendaklah diambil dibawah pengawasan petugas kesihatan terlatih sepanjang rawatan 
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama diikuti 2 kali seminggu selama 4 bulan 
  • Sekiranya rawatan diikuti sepenuhnya pesakit dapat sembuh 
BAGAIMANA MENCEGAH BATUK KERING?
  • Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada batuk kering. Ia diberikan semasa bayi dan murid darjah 1 sekiranya tiada parut suntikan. 
  • Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih. 
  • Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut. 
  • Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara. 
  • Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik 
  • Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. 

sedikit sebanyak info dari cik gugel yg saya nak share. Sama-samalah kita berdoa agar kawan saya sihat seperti selalu. Sesungguhnya saya SAYANGKAN semua kawan-kawan saya.

Surah AI-Isra' ayat 82 - bermaksud:

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya."

Hadis Rasulullah SAW dari Jabir R.A.:

"Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.

Hadis Rasulullah SAW lagi daripada Usamah bin Syarik katanya;

"Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit), 
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya',  Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya"

notakaki: kepada kawan-kawan yang ada symptoms yang kat atas tu, tolong la buat pemeriksaan. "Mencegah lebih baik dari merawat". Dan sekali lagi mintak tolong doakan kawan saya. Semoga dia sembuh. Amin.

sumber: google


4 comments:

Anonymous said...

hope kwn akak cpt sembuh ok !
:)

thines revi said...

kow memang kena tb tapi tb lain

tb = tubercle blog

Nurulbadiah Lai said...

thanks 4 sharing this dear

ieda CUMA said...

wani- tq dear

thinesh- sengal..! HAHAHA

sys nurul- ur wc sys!! =)

Awak click, ieda click balik oke?