Monday, April 11, 2011

Bile demam ni nak habeh?

Assalamualaikum.
Saya sedang demam peperiksaan. Jangan salah paham dok p pikir demam yang sakit-sakit nu. Uh! dengan berbekalkan kemalasan yang tahap dewa 19 saya jawab exam untuk paper web design hari isnin 4/4/2011. Wah! bukan main semangat la kan siap awal-awal pagi. Kali tengok muka memang orang akan cakap confident gila lah boleh jawab. Padahal, ermmmm~ bole la kot.. HAHAHA. Dapat soklan saya terus demam sampai hari ni. Kesian kan? Angguk la weh!!!! Lepas paper web design saya jadi macam nie. Muka toya! Ambik hang, baloq liat lagu nie la balasan dia.

Esoknya paper Hospitality Training. Oleh kerana semalam punya paper saya dah goreng sampai hangit, maka hari ni punya paper persediaan mantap! Sapa sangka saya masuk exam hall pukul 4 dan 4.31 saya dah keluar. Gila macam kacang goreng berempah lah soklan. Uh! Tahniah kepada saya. Ini untuk saya.

Hari rabu saya ambik paper Hospitality Accounting. Sekali lagi saya blur katak dalam hall. Gila bengang kalau pengawas peperiksaan jadi tiang depan saya. Dok tengok binatang pa tah. Satgi saya jawab abeh p bukak paper tu check satu-satu. Tak payah la nak mai tengok depan muka nie. Daripada reti gak nak jawab terus tak dak idea. Pantang tok nenek betoi la kalau ada yang duk mai usha saya jawab. Rasa cam nak lempang laju-laju uh. 

Last paper Sales And Marketing...! yeayyy! done...! Lepas exam p meroyan kat taman permainan. Sumpah macam kanak-kanak riang yang kurang kasih sayang. 
haha.. pakai formal naik buaian beb. Sapa penah buat? Kalau tak pernah sila-sila la pernahkan sebab ianya best! Puas ati sebab ramai yang lalu lalang tengok macam nak makan saya. huh! bajet ada orang usha. HAHA. 

Yang penting saya dah tak DEMAM! 



No comments:

Awak click, ieda click balik oke?