Tuesday, March 8, 2011

Ketinggalan Zaman kah?

Assalamualaikum.
hye semua! ewww~ apa khabaq? sila jawab dengan tenang oke. huh! sangat penat menjawab wish orang kat Facebook nun. HAHA.. sangat ramai yang wish. cek sukaaaaaa~ Ada pulak yang wish sampai tiga kali wey. Pagi, tengahari and malam. Apakah la yang dia excited sangat. Itu wish kat Facebook tiga kali. Lagi sekali dia wish time jumpa kat kolej tadi. Gila terharu lah dengan kamu! HAHA. By the way thanks again and again to all dearest! Intro sangat panjang. Saya patah balik ke tajuk entry oke. sebenarnya la kan, 8 Mac juga hari wanita kah? Cik Google tulun saya! 

Hari Wanita sedunia adalah bersempena dengan hari di mana para wanita Rusia diberi hak bersuara oleh pemimpin Rusia pada 8 Mac 1917, setelah 2 juta tentera Rusia terbunuh dalam peperangan. Wanita2 ni keluar membuat demonstrasi jalanan membawa slogan “Bread and Peace!” (Roti dan Perdamaian). Walaupun dihalang oleh pihak berkuasa, namun mereka tetap berada di landasan menuntut supaya Tsar Rusia turun dari tampuk pemerintahan. Bertitik tolak dari peristiwa itu maka tiap2 tahun pada 8 Mac, seluruh dunia meraikan Hari Wanita.

weh, sumpah saya baru tawu bahawasanya 8 Mac bukan saja hari saya. 8Mac juga hari semua wanita dunia. Alamak! nampaknya saya terperasan 8 Mac tu untuk saya ja. HAHA.. tu la, excited sangat. Terima kasih banyak-banyak ya Cik google. oh ya, dikesempatan ni saya nak ucapkan selamat hari wanita kepada semua wanita dunia. *bajet macam seluruh dunia akan baca entry nih.  

Wanita-wanita, meh baca ni.

MATLAMAT HARI WANITA
Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

TUNTUTAN WANITA
  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa.Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita' dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut.Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie

NABI MUHAMMAD DAN WANITA
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syerga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

gambar hiasan:keganasan terhadap wanita. HAHAHAHAHA

Wahai wanita-wanita sekalian alam, sempena hari wanita sedunia ni, marilah kita wanita-wanita menanam azam dan semangat untuk mencontohi tokoh-tokoh wanita yang bukan saja berjaya menjadi ibu, isteri malah anggota masyarakat yang berjasa dan berbudi. wow! ala-ala pidato gitu. Gilo! 

Bagi lelaki-lelaki pulak, sayangilah wanita kerana mereka amat berharga. Dan tolong jangan jeles sebab wanita ada hari khas. HAHA..

sekian, terima kasih.
sumber:wikipedia



2 comments:

Aida Azryn said...

slmt hari wanita.. ;D

yaya ASHRAF said...

weyyyyyyyy gamba cm tak sesuai je. hhahahahaa

Awak click, ieda click balik oke?