Wednesday, January 12, 2011

Zaman Gelap.

Assalamualaikum.

semalam sedang berFB, chat dengan cikgu disiplin sekolah kot, En.Rosli Saidin. kalo dengar nama tu time skola dulu memang sume cabut lah kan. tapi sekarang siap boleh chat macam kawan kot. maka dengan itu ter-rindu la pulak kat sekolah dulu-dulu. HAHA. nak gelak pun ada gak la sikit. macam tak boleh blah la bila pikiaq balik time sekolah dulu.  agak nakal ketika itu. siap ada geng bagai. tak paham troih. saya sekolah kat seri nibong,Nibong Tebal,Pulau Pinang! dah confirm lah kat Penang kan.

sekolah saya nih macam pelik sikit kadang-kadang. cuba tengok pic hamba Allah ni. kun tudung hat warna hijau terang nak mati tuh lah yang selalu dibebel. kun tudung tu tak pa la jugak sebab macam tak berapa nak kacau idup orang tapi masalahnya siap kena pakai jarum hat ada kepala nuh! adoi la, punya rimas. kalo la jarum tuh color putih tak pa la jugak weh, ni warna ijau terang benderang kot! gila macam sakai. sumpah kami suma jadi cantik bila pakai jarum tuh. *geli gila arh! 


name tag ni lagi la masalah,siap color kuning pastu combine dengan biru. apakah wei? HAHA.. tapi kami semua redha ja. buat-buat bangga bila pakai. geng-geng saya boleh la di katakan yang agak tidak nakal la sangat. tapi yang paling tak tahan, geng tuh macam wajib pulak. time form2 paling ramai lah ahlinya. lebih kurang dalam 14 orang 1 group. semua dok hostel and bila lapaq ja kami semua sedaya upaya berusaha untuk "fly" sama-sama. gila best weh bila dapat "fly". cuba bayangkan 14orang nak lompat pagar. memang kantoi lah kan. HAHA.. sakai betoi la. awat yang bongok sangat tah.

mai form3 pulak semua excited nak exam. conteng merata alam lah '8A PMR'. hotak hang! 8A celah mana kalau asik nak mengukur sekolah. HAHA. seronok la kot bila dapat tawu luas kawasan sekolah. ngoks! time 'prep' pulak semua pakat-pakat tidoq. warden pun sampai tak terkawal dah. sekali senior-senior pun tidoq,apa kes nih? itu bagus untuk kesihatan oke. 

time form4 dah ramai ahli-ahli yang tak dak. pindah sekolah segala. so, tak berapa nak otai lah time tuh. dalam tak otai pun boleh jugak ada yang kena tangkap panjat dinding hostel. HAHA. itu saya and kilah oke. motif panjat sampai sekarang tidak diketahui. errrr~ saja bikin hal.

 time bulan posa pulak terawikh di sebelah malam itu wajib bagi kami walaupun sunat. punya la malas nak p tarawikh. time tu Aina iaitu kawan baik saya memegang jawatan sebagai ketua Exco Ibadah. waktu tu saya and the geng tak kawan ngan dia. HAHA. dia geng lain. *anti gila kat hang aina wei. maka dengan itu saya and the geng pakat-pakat tak p semayang tarawikh. konon bijak lah kan. siap p sembunyi dalam fire hoses bagai. lebih kurang 6orang la kot time tu. kalau semua kecik-kecik satu hal la kan. ni tak, semua hat gedabak punya nu. siap main gelak-gelak lagi dalam fire hoses. memang kantoi la kan. errrr~ denda! jahat hang Aina. sanggup noh hang denda kami. HAHA. last-last Aina jadi geng kami.

tak serik pun. lampu dorm wajib tutup pukul11 malam. tapi jangan tutup taw. rileks dulu, makan megi ruski Tom Yam. gila femes la megi nih time tuh. yang paling saya ingat lah kan hawa, ninim and nisa and semua la kawan-kawan saya sangat suka itu megi. kalau makan diam-diam tak pa la jugak. tapi kami pelik sikit, makan dan juga bercakap! bising tu wajib oke. pastu warden datang. ceramah sikit then bawak selimut segala tidoq kat dataran ampaian oke. sejuk nak mati. padan muka! 

bab bercinta pulak serah la. HAHA. macam bangang! orang sibuk nak exam. kita sebuk nak cinta-cinta pulak. tak paham teroih. siap main-main tulis atas kertas. suruh kawan bagi. gila jijik arh. muntah wei. awat la jadi gu tu. selamat lah saya ni jenis teror sikit. tak penah kena tangkap couple. mungkin sebab couple tak ikhlas kot. weeeee~ shhhh. rahsia. bongok!

time form 5 pulak agak dah besar kot. tak dak la sangat benda terkutuk yang kami buat. ni la masa untuk kami pulak rasa apa yang senior rasa time jaga kami dulu. gila macam sakai perangai. memang ramai adik-adik lah time nih. macam-macam perangai. ada ka patut pasal berus gigi pun nak gado. gelak guling-guling arh! ada sorang adik nih, Izzati kot nama dia kalo tak silap. dia ni paling pelik sekali la di dunia. setiap kali balik dari rumah kan, dia mesti bawak bekalan untuk saya. HUHU. kadang-kadang kek la, kuih itu dan ini, nasik segala. macam-macam la. bila di tanya kenapa bagi? dia cakap mak yang suruh bagi kat Kak Da. celah mana la mak dia kenal saya. HUHU. sangat beruntung!

paling tak best sekali time tuh tak bole bawak handphone and camera segala. tapi ada la jugak yang bawak. HAHA. so, tak da la pic nak ditunjukkn. bila di godek-godek balik lam laptop nih, jumpa la sikit pic saya and mereka. tapi bukan time sekolah lah. time dah besar kot.

time perjumpaan Alumni. dari kiri Nana,Wanis,Ustaz Hasrol Dani (kaunselor),Me,Feza.

ni kawasan kelas saya oke! mish!

tuh la hostel kami. kiri Aspura and kanan Aspuri

nih emi, kawan laki yang paling cool lah. kenal dari darjah 1 sampai sekarang kawan lagi weh! *weh sewel! rindu hang.

nih ira. kawan dari darjah 1 jugak. comel kan?

ini Wanis a.k.a Wanda. mish u.

hat ni Nana. kenal sejak form 1. dia macam tukang sikit. macam-macam dia bole buat. mish hg weh!

ini Kilah. yang kantoi panjat dinding hostel tuh. agagaga. jum dating Kilah! rindu nih.

ni Faema ku sayang! duk dua-dua lam class. belakang sekali oke. rindunya time tuh!

time p raya umah dia 2 taun lepas.

ni Feza. dia masih bersama saya hingga sekarang. so tak rindu lah. lebiu!


time graduate form 5. muka baik. HAHA. hat depan nih Maisarah

time join 3R (Remaja Raikan Ramadhan) kat USM.

ni pic time grad jugak. rindu sama kamu suma la weh! jum reunion nak? plezzzz!


time p kenduri Sofi kawin.

Me,Kin,Warah,Kilah,Ninim

bila tengok balik pic ni, sumpah nak nangis weh. 5 taun hidup sama-sama,kadang-kadang gado,kadang-kadang baik pulak. sungguh tak paham. tapi kalian suma sahabat,kawan, teman dan segala.

hatilimpaparu: Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah KAWAN berfikir yang baik.. ♥ kalian terbaik!



5 comments:

faema said...

aku sayang hg sgt ieda..cantik suma ni..wat aku windu kat suma kwn2 kta wei..

Jasmin Ibrahim said...

wahh ieda...."KIUT" nya perangai...hehehe

~AJ~ said...

mmg best ar!!! Dan mmg bertepatan ngan apa yg kami kenal kak da & de geng dulu.....heheheh!!! tapi, pape p0n, tu suma dah jadi memori.....=)

ieda CUMA said...

faema
mish u too..

min
hehehe.. maluuu...

AJ
hehe... kenal x pa la..

angah said...

ieda bisa la benda da blalu kn..
wait tolg bg ada tulisn boleh jenuh la...huhuhu

Awak click, ieda click balik oke?