Wednesday, January 26, 2011

Saya tetap nak cakap saya SAYANG dia. Ada masalah?

Assalamualaikum.

muka marah style baru.

awas! saya tengah marah. HAHA. ayat mintak sepak sampai mati. nak buat luahan perasaan kat kamu wahai belog. sila dengar. nak habaq nih, saya sedang berexam. semalam buat-buat jadi macam ulat buku, baca buku gila tekun lah kan. tapi macam biasa tekun dan juga hingaq sampai semua orang boleh hafal apa yang saya hafal. itu style saya. sila jangan tiru. 

sebenarnya tengah marah ni. tapi buat-buat macam tak marah sangat. haha. bole lak camtu. baca buku tu sangat bosan oke. so, amik keputusan untuk on FB sat. bukan sat! lama kot. macam biasa, saya layan chat yang penting sahaja. kalo setakat chat yang dok p tanya "dah makan?, dah minum? dah tido?, dok buat apa?, BF sehat? nak no bole? nak kenal bole? awak dok mana?" saya sangat tidak akan layan. sebabnya saya da terangkan segala bagai detail saya di FB sana. nak tanya apa lagi? tampaq maw? tak reti baca ka?

pastu kan ada la sorang insan nih. saya sangat yakin yang dia menyimpan rasa ketidak puas hatian terhadap saya. *betol ke ayat tuh? detail insan tuh, laki, sebaya saya sebab sekelas masa skola rendah nu, tak da la hensem sangat. errrr~ memang tak hensem pon! amik hg!

dia ni dulu pernah menyimpan perasaan kat saya. bukan saya nak perasan tapi dia memang penah mintak couple. eeeer~ please try later lah. saya tak layan orang macam anda. semalam tiba-tiba dia chat saya. dia cakap " weh! nak habaq nih. dah relationship rupanya. dulu hg nih bajet tiptop gila, aku ngorat tak layan, tapi lani baru aku taw. tak da la apa sangat hang nih. biasa ja."

weeee~ dia cakap saya bajet tiptop? nak bajet tiptop macam mana eh? tolong ajaq mai sat. adakah sebab anda tak di layan terus anda cakap saya bajet tiptop? awww~ suka aku lah! kacau hang? 

da relationship? yup! ada masalah dengan tu? kacau hang jugak? tak kan? so? paham-paham jela.

heh! tak ada apa la sangat saya nih? sapa cakap tak da? saya di lahirkan sempurna  oke. cukup sifat. tak pernah kacau hidup orang macam yang anda buat. itu lebih baik oke.

anda ngorat saya tak layan pun salah ka? suka ati saya lah saya nak layan ke tak. saya tak da maki hamun awak kan? saya cakap baik-baik kan? sumpah saya tak suka la habiskan masa nak maki orang.

haihh! apa la masalah dia ni. sampai sekarang saya tak berapa nak tau apa yang dia nak. tak paham bahasa melayu kot. maaf la, saya tak tau nak cakap bahasa omputih macam ayaq. so, bahasa indah saya melayu jela. tolong la cuba paham. saya malas nak layan anda oke. saya nak anda tahu yang saya SAYANG dia. tolong tak payah nak ajar saya oke. saya tau apa yang saya buat. tak suka saya tak yah la dok buat-buat ambik tau hal saya. saya tak perlukan semua tu.

saya adalah saya oke! kawan-kawan yang comel sekalian, doakan saya dapat jawab exam dengan tenang ya. muahhh! ops! bye.

4 comments:

segi tiga said...

jawab elok2...usaha lebih,dapatla lebih kan.. muge berjaya :)

ieda CUMA said...

insyaAllah.. thanks ya.. =)

Anonymous said...

sabaq ieda.....dh dia x nsem,dia dengki r tu..hahaa...apa2pn gud luck..blk peng elok2 no...

yusuke urameshi said...

saye ensem kan? :P

Awak click, ieda click balik oke?