Saturday, January 1, 2011

Katakan TAK NAK!

Assalamualaikum.
credit to google
nak cakap-cakap sikit kat sini pasai rokok ni sebab saya sangat la tak suka itu benda alah. nak tawu tak mereka mengaut keuntungan atas kesengsaraan si perokok. Itu tanggapan awal saya setiap kali kerajaan menaikkan duti eksais rokok dengan alasan "rokok membahayakan kesihatan." Saya tidak pernah membantah tentang bahaya dan puakanya menghisap rokok ini. Saya setuju malah agama sendiri telah membariskan surah yang melarang kita merosakkan tubuh badan dan membahayakan kesihatan.
credit to google

Ramainya juga maklum perbahasan ini.
"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan," - Surah al-Baqarah, ayat 195
Bagi saya ayat ini terpakai bukan sahaja untuk yang merokok, bahkan jika kita memandu laju di jalan raya dengan mengundang celaka kepada nyawa dan orang di sekeliling kita, ianya juga satu larangan keras dari agamaYa, saya bukan nak berhujah tentang surah atau bercerita seperti orang yang pandai agama tetapi nak bercerita tentang natijah dan padahnya menjadikan rokok sebagai teman hidup.
Kononnya dengan merokok dapat menyelesaikan atau sekurang-kurangkan mengurang beban di fikiran. Begitulah dangkalnya minda yang belum matang. huh! salah oke. Ternyata rokok hanya sebagai teman duka lara tidak banyak membantu, bahkan menambahkan lagi satu masalah baru, iaitu ketagihan. Dengan harga yang mahal, sebagai pelajar, sering mencari akal dan alasan untuk meminjam atau meminta duit daripada sang ayah untuk memenuhi kehendak nafsu itu.
credit to google

Mereka yang berhenti merokok setelah mendapat serangan jantung memiliki kemungkinan untuk meninggal 10 kali lebih sedikit dibandingkan mereka yang terus merokok.
Itulah sebabnya, kalau pelajar hisap rokok, mereka mesti 'steng' atau kongsi sikit seorang. Kadang-kadang sebatang kongsi lima orangIanya sesuatu yang 'luxury' (mewah) dan sering digambarkan sebagai seorang yang mempunyai 'gaya dan keunggulan' dan dipandang hebat di mata ramai. Itu dari sisi pandang seorang perokok. Bagi yang memandang, pasti menyampah! sumpah!

Di asrama dulu-dulu, aneka helah dicerna untuk memastikan ketagihan itu dapat dilunasi. Bayangkanlah, kalau ditangkap kerana menghisap rokok, tak cukup tanah dikerjakan cikgu sekolah. Oleh itu pelbagai cara digunakan untuk menyembunyikan hanya sebatang rokokAntaranya sorok di sisi stoking, sebatang pen yang diubah suai, sesuai dengan saiz batang rokok, siling sekolah, batang-batang besi katil yang mempunyai lubang kecil dan 1001 macam cara untuk menjadi 'penjenayah' tidak bertauliah.


Tidak mudah berhenti merokok
Itulah sebabnya, saya simpati dengan si perokok dan sebenarnya tidak mudah untuk berhenti rokokKalau sudah terjebak, cukup perit untuk berjuang meninggalkannya. 
Rakan serta keluarga anda tidak hanya harus menghadapi penyakit akibat merokok yang anda alami, kebiasaan merokok anda juga akan meningkatkan risiko mereka untuk sakit dan meninggal.
Bila perokok menghentikan kebiasaanya, 79 % dari mereka akan bertambah berat badannya, namun pertambahan rata-ratanya hanya 2.3kg, bersenamlah segera!

credit to google
Tidak cukup dengan itu, perokok ni lebih kurang macam penting diri sendiri. Asap yang berkepul, dihidu insan tak 'berdosa' terutamanya si kecil yang tercungap-cungap, cuba menghirup udara nyaman.

Pohon kepada Allah
credit to google
Amalan berpuasa dari pandangan islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat.. oh yaa! dan juga merokok!
Setiap hari, walaupun mungkin tidak haram tetapi anda buat kerja yang tidak disukai Allah, pasti sukar mendapat rahmat dari-Nya. Pasti, tidak ada kecukupan dan berkat dalam kehidupan. Tidak ada cara lain, melainkan memohon pertolongan Allah. Allah sahaja yang tahu sengsaranya hidup sebagai sang perokok. Di luar bergaya, di dalam malapetaka.
"Ya Allah. Berhentikanlah tabiat menghisap rokok ini. Hanya pada-Mu sahaja yang berkuasa mengubah hati. Tutuplah hati dan perasaan ingin merokok mereka. Aku tidak mahu mereka merana lagi dan tidak mahu melakukan sesuatu yang tidak kau redhai." Amin.
notakaki: Kepada yang berhajat untuk berhenti, sesungguhnya ruang pengampunan dan pertolongan Allah Maha luas, pintalah nescaya diperkenankan.Kepada yang mahu mencuba, lupakan saja, kerana bimbang-bimbang sukar untuk kembali ke pangkal jalan!Kepada yang ingin membantu, jangan caci dan hina si perokok tetapi bantu bimbing semangat mereka kerana mereka juga manusia biasa....

No comments:

Awak click, ieda click balik oke?