Wednesday, December 15, 2010

Letih la letih..

Assalamualaikum.

Hampir bersawang belog saya ni. al maklum lah kan, saya duk kampung ja. lepas final exam ritu cuti 3 minggu. kat kampung line tak berapa nak mengizinkan untuk saya meng update belog ni. masa cuti tu macam-macam la jugak yang sempat saya buat kat rumah. sampaikan sekarang saya telah demam! sangat tidak suka akan demam. rimas la. batuk,sakit tekak, kepala rasa berat ja, hidung lak tak leh bernafas. rasa macam nak mati la pulak. huh! tamau la kot. 

kebetulan balik ritu kakak yang nombor 2 tu nak kawin. so, saya and mak kemas-kemas rumah yang maha bersepah tu. godek-godek bilik yang bagai stor simpan baju tu. jumpa baju baby yang sangat comel sekali. mak tunjuk baju yang mak pakaikan kat saya time baru lahir tu. ouh! sangat-sangat kecik! 

mak cakap ni baju 1st saya pakai.

punya la nak tunjuk batapa besarnya saya sekarang berbanding time baru lahir.

semua ni baju saya time comel dulu, sekarang da tak comel.

lepas kemas-kemas rumah segala, saya menjalankan operasi buat kotak comel untuk hari knduri tu. mula-mula tu saja-saja nak test. tiba-tiba kotak tu jadi comel betol-betol.. *ops! perasan la kau!


kotak yang di maksudkan. comel kan?*sila angguk kepala anda oke



saya buat kotak ni 450 biji. sangat penat sekali lah. 

da habeh cita buat kotak mai pulak hari kenduri. mensnap pic kakak saya yang kawin itu. 







ni pic lepas nikah. waktu sanding baju len. tak sempat nak snap sebab ramai tetamu.

adoi la, sangat penat. hah! nak cita ni. sangat-sangat la geram pada en.boifren saya. ayat punya la best minta maaf sebab tak dapat datang. tut tut, sampai depan rumah. rasa macam nak cekik ja la kan. tapi orang ramai, terpaksa la buat-buat cool.


nampak macam cool kan? tapi hakikatnya letih oi.

ha tudia, hudoh troih!

saya terdemam!

dengan berbekalkan iman dan takwa (haha, sila muntah) saya terpaksa menghadirkan diri ke kelas. sebab terpaksa adalah kerana saya da terponteng kelas hari isnin. sebab ponteng pula adalah kerana saya balik ke puchong ni lambat. sebab balik lambat adalah kerana kesian kat family nak mengemas rumah yang maha serabai selepas kenduri tu. kukuh kan alasan? *angguk cepat!

sekarang saya tengah demam. malas nak cita panjang walaupun ada banyak lagi cita yang belom diceritakan. lain kali la kot cita. babai.

pesanan untuk tukang baca: sila doakan saya cepat sembuh. da tak tertanggung da ni. thanks. =_=

No comments:

Awak click, ieda click balik oke?