Wednesday, November 17, 2010

Notes And Ketupat!

Assalamualaikum.



suka la jugak kan raya haji taun ni. =) sebabnya dapat la jugak merasa raya ngan kawan-kawan. first time la kot raya macam ni. mula-mula tu memang malas gila lah nak bangun. encik boyfren pun hantar mesej yang berbunyi *mesej ada bunyi ka? (sila pikir ya). beliau berkata "selamat hari raya sayang,mudah-mudahan raya tahun ni adalah yang pertama dan terakhir sayang di perantauan. saya bangga dengan awak sebab awak dah buat pengorbanan untuk raya tahun ni. sayang awak." hah! camtu la bunyinya. sedih la jugak baca mesej tu. tapi malas nak melayan perasaan sedih tu sangat. 

ayah pun ada call pagi tadi. cakap ngan ayah, cakap ngan mak, cakap ngan kakak, cakap ngan adik. cakap ngan semua la kot kesimpulannya. sangat happy hari ni sebab semua orang sayang saya! sayang kalian jugak oke. 

tapi yang paling best sekali lah kan, first time la kot pagi raya saya tidur. bukan saya saja oke. kawan-kawan pun tidur gak. mna tak nya, kul 5 pagi baru tidur la kot. semuanya melayan perasaan. haihhh. tak paham da aih.

then eyka bagi tau nak datang rumah. eyka bawak nasi impit, rendang ayam, dan kuah kacang! HUH! kami pun raya jugak oke. tapi raya dan study. lebih kurang macam ni la kesimpulannya.

rendang ayam


rendang ayam dan buku


rendang ayam lagi


notes yang panjang sekali

nasi impit pulak


nasi impit dan rendang ayam dan buku jugak


notes lagi

nasi impit dan kuah kacang


notes balik

hah! siap. sila kira makan dan baca notes mana lagi banyak? *kira cepat!. ni la makna raya korban saya taun ni. raya yang paling bermakna dalam hidup. saya suka situasi ini. sangat best. esok last paper la kot. doakan saya dan kawan-kawan tau. akhirnya saya juga raya macam kalian semua. sangat happy. sumpah saya tak kan lupa pengalaman ni.

nota hati limpa paru: thanks sangat-sangat untuk mak ayah yang call pagi tadi. boyfren yang tak henti-henti bagi saya kata-kata semangat. dan kawan-kawan yang raya bersama tahun ni. ilyasm!



No comments:

Awak click, ieda click balik oke?