Monday, November 15, 2010

Chinese Set Dinner.

Assalamualaikum.


hah! rasanya anda semua nampak kot pic yang terpampang kat atas ni. kalau nampak gud ye! lulus ujian rabun warna. =)

sebenarnya tujuan entry ni adalah bersempena dengan final exam hari ni. iaitu FOOD SERVICE SKILLS. so, dikesempatan ini (ayat mintak sepak) saya nak la jugak kan kongsi pengalaman ni kat semua-semua orang lam dunia ni (bajet semua akan baca)

kami semua ni di tugaskn untuk mensetkan ( sedih cikgu BM aku) untuk function pa tah lupa da. tapi yang pastinya Chinese Set Style. uhhh! lupa suda cmna nak set ni. yang supervisor pun 1. asal budak Kolej MASA buat kerja ja semua dia nak tinggal cmtu ja. pecaya sangat kat budak-budak ni. tapi turut bangga gak la kan, pihak KLCC sangat percaya kat budak-budak Kolej kami. sebabnya kami sume baik-baik kot (perasan la kau!)



ok2 sedia. nak cita dah ni (harus ka bersedia?HAHA) mula-mulanya pergi belakang nu. mksud saya kat tempat bangla-bangla steward duk basuh pinggan nu. hah! yang tu la. p kat situ amik barang-barang untuk chinese set ni. then longgok atas meja macam kat atas ni. ok, siap.



ok, pastu kan, bila semua cutleries n groceries tu semua da cukup bole la mula set. mula-mula letak bb plate. nama penuh beliau adalah bread and butter plate.




pastu kan, letak benda alah tu. chopstick nama dia.




pastu pulak, letak tu. dua bradik kembar tu. dessert fork dan dessert spoon.




pastu kan, letak piring kecik tu. nama dia soya sauce dish.



pastu pulak letak chinese tea cup.




then, letak rice bowl.




lepas tu,letak smoked glass.




ni la kesungguhan dalam menjalankan tugas.




ok, lepas da siap letak suma benda-benda tu, bole la letak napkin. bukan letak camtu ja tau.




kena bukak camni. paham?




ni hampir siap. budak-budak ni tengah bukak napkin.




ni macam da siap. nampak kan soup bowl atas lazy susan and tooth pick holder kat tepi tu. semua-semua tu pun kena letak gak.




bila semua da siap kan. boleh la kita semua main! naik atas troli linen tu and suh orang tolak.




pastu boleh min pose-pose maut tepi troli linen. (macam tak de tempat lain da)





min jadi-jadi model.




pastu kua kat koridor amik pic ngan twins tower yang tinggi melayut tu. tunggu sampai lebam sebab kerja siap awal. bagi kerja senang cmtu. kacang jela. siap bole main-main lagi.

tu ja nak cita. untuk pengetahuan semua pic saya tak berapa nak banyak sebab saya tukang tangkap gambar ja. then,gud luck tuk yang amik paper FOOD SERVICE SKILLS.

dari ieda untuk DHM student: kalau ada soalan suh set untuk function jangan la bengap p cita sal yang kita main-main tu. paham? 

No comments:

Awak click, ieda click balik oke?